"Dalam surat ini pula, diberikan dua nama sekali pecat.
Kenapa nama Shahbadi dan saya kena pecat duduk dalam satu borang?"
Berikutan dipecat saat akhir, dua bekas ahli UMNO Bahagian Bagan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, malam tadi.
Foto: Astro AWANI
Astro AWANI melaporkan, bekas Naib Ketua Pemuda Bahagian Bagan Mohamad Afendi Azni dan bekas ahli jawatankuasa bahagian Shahbani Mat Diasa mendakwa menerima surat pemecatan pada jam 5.30 petang Jumaat, sekali gus membuat mereka hilang kelayakan bertanding jawatan tertinggi peringkat bahagian, hari ini.
Mohamad Afendi dan Shahbani yang sepatutnya merebut jawatan Ketua Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan menggesa satu siasatan dilakukan.
"UMNO negeri dan UMNO Bagan tak boleh keluarkan surat pemecatan. Surat pemecatan hanya boleh dikeluarkan oleh pejabat Lembaga Disiplin UMNO Pusat, bukan UMNO Bagan atau negeri.
"Ini buat saya rasa curiga. Esok dia akan kata, tak boleh bertanding, jangan bertanding," kata Mohamad Afendi.
Malah, katanya, tindakan itu bagai satu percubaan menghalang mereka daripada bertanding sedangkan ibu pejabat mengesahkan nama kedua-dua mereka bersih untuk bertanding.
Mereka, bagaimanapun menegaskan akan hadir ke pemilihan hari ini untuk mengambil bahagian dan tekad mahu ia ditangguhkan sekiranya tidak dibenarkan bertanding.
Foto: BH Online
Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Setiausaha UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Mohamad Afendi dan Shahbani dipecat selepas UMNO menerima aduan bahawa mereka bersekongkol dengan pakatan pembangkang. - CARI |