CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Aishah Hilang 50 Inci Selepas Pembedahan Pintasan Gastrik

29-6-2018 01:09 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 11061| Komen: 40|Original author: Oleh: Suzy

Description: Masalah berat badan memang merunsingkan. Tambahan pula bulan puasa sudah tamat, pasti perut berkeroncong setiap masa minta diisi.


Masalah berat badan memang merunsingkan. Tambahan pula bulan puasa sudah tamat, pasti perut berkeroncong setiap masa minta diisi.

Awas, jika tidak diperhatikan apa yang masuk ke dalam anak tekak, takut mengalami obesiti pula. Kegemukan bukan sahaja menyukarkan kita berjalan dan membuat aktiviti harian, ia juga boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.



Maklum dengan kesan buruk ini, penyanyi Aishah telah mengambil langkah melakukan pembedahan baritrik empat bulan lalu. Dalam muat naik foto terbaru di akaun Instagram rasmi miliknya, Aishah memaklumkan dia telah kehilangan 21 kilogram dan 50 inci selepas empat bulan. Malah, menurut Aishah, kesihatan kakinya juga semakin baik. 


Foto: Ig Aishah

Aishah sebelum ini pernah memberitahu, kedua kakinya tidak mampu menanggung berat badannya yang semakin bertambah. Jadi, dia memilih untuk menjalani pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik.

"Berat badan berlebihan membuatkan kaki tak mampu menampung beban dan kerana itulah saya memilih membuat pembedahan ini. Selepas balik dari trip ke Eropah baru-baru ini, saya terfikir untuk buat pembedahan kerana kaki tak tahan sakit.

"Sebenarnya, sakit kaki ini sudah lama saya hadapi dan selepas dicadangkan oleh seorang teman, saya rasa perlu buat pembedahan ini.

"Ini bukan pasal nak kurus cantik sahaja, tapi sebab utama adalah masalah sakit kaki dan susah nak buat aktiviti harian," katanya dipetik dari Mstar online.

Apa salahnya kalau dapat cantik sekali. Yang penting, kaki Aishah dah tak sakit lagi, kan? - CARI
10

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 29-6-2018 01:13 PM
Aishah sebelum ini pernah memberitahu, kedua kakinya tidak mampu menanggung berat badannya yang semakin bertambah. Jadi, dia memilih untuk menjalani pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik.



Hai writer Cari, sepatutnya KEDUA-DUA, bukan kedua. Biasakan yang betul ok. Terima kasih.




Quote kibodwatriuh 29-6-2018 01:17 PM
woooooow
Quote exclusive_vvip 29-6-2018 01:31 PM
Alhamdulillah..moga diberi kesihatan yg berpanjangan pd kak aishah...mmg zaman skrg kene jaga pemakanan sejak muda...bila kita cuba amalkan diet,pemakanan sihat, mmg akan ada mulut2 yg cakap "takyah la jaga2 makan,nanti dah sakit apapun takleh makan"...bullshit!...korang jgn dengar ye saranan begini...mmg la dah sakit takleh makan mcm2 dah, tapi takkan nak tggu dapat sakit baru nak start jaga makan...
Quote shernazz 29-6-2018 01:46 PM
Good for u esah
Kawan iols pon dh kuramg sket dari dolu
Mmg rasa cepat kenyang okeh...
Susah.nak berjalan.lagi...sebab gundu sgt
Kawan iols sebab hormon...mmg xbleh nak.elak...naseb ada operate ni..
Quote sekel 29-6-2018 02:26 PM
pernah tanya kos surgery jer 35K

bole claim EPF
Quote RatuDunia94 29-6-2018 03:30 PM
Bila sheols nk keluar single baru? X kan masuk GV semata2 nk menang 100k jah?
Quote LostStar 29-6-2018 05:02 PM
sekel replied at 29-6-2018 02:26 PM
pernah tanya kos surgery jer 35K

bole claim EPF

mahal jugak ea.. kalau murah dah ramai agaknya buat kan..
Quote miss_baby 29-6-2018 06:14 PM
wow dah kurang byk berat sheols..
dah bole pakai size L ni..
Quote alesandra 29-6-2018 06:18 PM
RatuDunia94 replied at 29-6-2018 03:30 PM
Bila sheols nk keluar single baru? X kan masuk GV semata2 nk menang 100k jah?

ntahkan.tertanya jugak soalan yg sama.nak kata dia concentrate ngan politik pun ..sendu jugak.single liza hanim jugak yg sedap di telinga iols
Quote Nenasketum 29-6-2018 06:39 PM
Kau, sekali 50 inci hilang. Yang kita ni stakat 2-3 inci heboh satu fb. Tahniya yerk
Quote hanna88 30-6-2018 09:59 PM
Good for her
Quote miracle_forever 1-7-2018 02:26 AM
RatuDunia94 replied at 29-6-2018 03:30 PM
Bila sheols nk keluar single baru? X kan masuk GV semata2 nk menang 100k jah?

ada dia up kat ig dia, ada single baru dr helen yap& kak mimi hazami. akan release soon la kot
Quote KelisaOren 1-7-2018 07:45 AM
Berbaloi kak ecah buat surgery ni sebab memang nampak Sgt perubahan tuYg iols pelik syanie lepas buat surgery ni still gemuk gedempol sampai sekarang
Quote umbut 1-7-2018 07:57 AM
Masa muda kemain slim, pastu gemuk mendadak... stress kot, mkn2 hilang stresss
Quote chinta89 1-7-2018 08:43 AM
nampak dia makin kurus. semoga teruskan usaha utk turunkan berat ye. utk kesihatan.
Quote bambimbom 1-7-2018 09:20 AM
makin cantik kak ecah skang.. iols pun nk diet la pasni.. diet je mampu, nak wat operation tu tak mampu lg...

alang2 dah komen, i nk tanye.. sape2 pernah try coaching diet tru group WA yg dorg promote kt ig tu.. ok tak?
Quote alesandra 1-7-2018 12:05 PM
KelisaOren replied at 1-7-2018 07:45 AM
Berbaloi kak ecah buat surgery ni sebab memang nampak Sgt perubahan tuYg iols pelik syanie  ...

kak ecah ni senang slim balik sbb dia mmg kurus sejak azali kot.syanie ni  mmg dia dari kecik dia gemuk...kot laaa
Quote babycc 1-7-2018 12:28 PM
exclusive_vvip replied at 29-6-2018 01:31 PM
Alhamdulillah..moga diberi kesihatan yg berpanjangan pd kak aishah...mmg zaman skrg kene jaga pemaka ...

Mmg sial la yg x kisah gemok acah2 yg penting happy, hati bersih & disayangi.. last2 ko sendiri sakit teruk menyusahkan org lain.. org suruh jaga mkn n x bg bdn gemok sbb biar sihat x susahkan org.. bkn pk cantik x cantik laki syg ke x.. huh!!!
Quote babycc 1-7-2018 12:30 PM
bambimbom replied at 1-7-2018 09:20 AM
makin cantik kak ecah skang.. iols pun nk diet la pasni.. diet je mampu, nak wat operation tu tak ma ...

Coaching thru ig x pernah.. tp i pnh join JK1M .. mmg berjaya.. tp bergantung pd ur coach n diri sendiri gak..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055359 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top