CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Budak Perempuan 9 Tahun Akibat Dendam Selalu Kalah Main Game

9-9-2020 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2552| Komen: 6

Description: Padah taasub permainan video, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun membunuh rakan perempuan berusia 10 tahun.
Padah taasub permainan video, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun membunuh rakan perempuan berusia 10 tahun di Madhya Pradesh, India pada Isnin lalu.

Menurut laporan India Times, keluarga mangsa resah apabila kanak-kanak itu tidak pulang selepas keluar memetik bunga seorang diri.


Difahamkan, mayat mangsa kemudian ditemui tidak jauh dari rumahnya dan mereka dapati kesan hentakan batu pada kepalanya.


Gambar hiasan

Berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTVC) dan keterangan saksi, polis menahan budak lelaki terbabit yang bersembunyi di dalam bilik mandi sebelum mengakui perbuatannya.

Akuinya, dia berdendam dengan mangsa kerana sering mengalahkannya menerusi permainan video 'Free Fire'.

Polis bagaimanapun percaya motif utama pembunuhan berpunca daripada kematian tikus peliharaan budak lelaki itu.


Suspek mendakwa dia mengesyaki mangsa membunuh haiwan itu selepas mereka bertengkar sebelum kejadian.

Polis juga menolak kemungkinan suspek memperkosa mayat mangsa dan kini menunggu hasil bedah siasat. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 9-9-2020 12:01 PM
nyawa tikus lagi berharga dari nyawa manusia konsep nya...
Quote Scheherazade 9-9-2020 12:04 PM
Kecik lg dh berupaya membunuh mcm ni
Quote Kurex 9-9-2020 12:13 PM
Leluhur kan.....
Quote DayangKirana 9-9-2020 12:22 PM
what a sore loser..
Quote husna_amal 9-9-2020 12:31 PM
padanlah india nak haramkan pubg mobile ni.
Quote TomyamPuteh 9-9-2020 12:32 PM
Klau x rogol, bunuh. Aduhai leluhur sugu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059657 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top