CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Duduk Kuaters Berbelas Tahun, Tak Peduli Pun Freshie Yang Termengah Cari Rumah

22-9-2020 11:42 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20845| Komen: 91|Original author: Oleh: Cari-Azza




Penjawat awam memang mempunyai banyak kelebihan berbanding pekerja swasta. Antaranya termasuk mendapat elaun perumahan atau tinggal di kuaters yang disediakan kerajaan.

Namun, masalahnya sekarang apabila ada yang menjadikannya sebagai harta persendirian. Tinggal selama berbelas-belas tahun tanpa rasa bersalah atau mahu menyerahkan kemudahan tersebut kepada pekerja baru.

Ianya mendapat pelbagai perbezaan pendapat. Betul ke macam tu?


Foto : Twitter

Bagi Huge Ackman, luahannya itu adalah kerana segelintir penjawat awam terlalu selesa mendiami kediaman kerajaan selama berbelas-belah tahun. Golongan ini langsung tidak memikirkan pekerja baru yang lebih memerlukan. 


"The newcomers kena sewa dekat luar sebab kemudahan kuarters didiami oleh 'dinosaur' yang tak nak pindah keluar. Sewa kat luar 2-3 kali ganda lagi mahal. Gaji tak masuk untuk 2-3 bulan pertama tapi sewa kena bayar."


Foto : Booking.com

Tetapi, ada individu yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Baginya, elaun perumahan lebih berbaloi berbanding tawaran tempat kediaman. Ianya menjadi perdebatan di kalangan netizen.


Foto : Twitter


Foto : Property Online

Apabila isu sebegini melingkari penjawat awam, orang yang terbaik untuk menjawabnya adalah penjawat awam juga. Ada yang nak beri pencerahan? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-9-2020 11:46 AM
hurmm..ni jenis penjawat awam tapi mentaliti bisnes..

ade jurrhhh kengkawan ayah aku deyoollss da ada 2-3 bijik rumah tapi gigih dok kuarters sebab nak dpatkan duit sewa dari rumah2 deyyollss..

satu lagi pesen keje da belas tahun tapi tak beringat nak beli rumah pun ada sebab da terlalu selesa dok kuarters..jiran aku dulu lagi 5 bulan nak pencen baru beli rumah padahal da keje lebih 25 tahun tu tapi jenis buat personal loan sana sni untuk benda2 lagha lain..
Quote imransulaiman 22-9-2020 12:10 PM
Ramai je yang macam tu. Dah layak beli rumah, beli jauh dari tempat kerja supaya masih layak duduk rumah kerajaan. Rumah sendiri tu disewakan. Ada juga yang dapat beli rumah dekat dengan tempat kerja...tapi guna nama pasangan untuk memohon rumah kerajaan (ni bagi pasangan yang dua-dua kuli kerajaan atau salah seorang). {:thief
Quote husna_amal 22-9-2020 12:40 PM
Ramai macam tu jenis pentingkan diri sendiri.
Quote TomyamPuteh 22-9-2020 12:43 PM
Sebijik mcm yg ddk flat pprt. Buat harta turun temurun. Dari moyang perturun ke cucu cicit
Quote dizekni 22-9-2020 12:48 PM
Najib elok2 buat berpuluh ribu rumah mampu milik

perumahan penjawat awam, perumahan pr1ma

korang pulak bodoh2 percaya DAP, undi PH
Quote cepheid 22-9-2020 01:03 PM
Bukan ada limit ke duduk kuarters? Bukannya boleh duduk sampai pencen pun
Quote Artemesiaa 22-9-2020 01:18 PM
Masaalah dah berlarutan lama tapi macam biasa mana ada tindakan sama macam yang duduk ppr
Quote ~boolean 22-9-2020 01:18 PM
Kes obes gemuk bak gajah yang tertinggi adalah di putrajaya...

Tak ada kena mengena dengan topik, saja nak mengungkit

Duduk rumah cantik, kawasan lapang, taman banyak, tapi masih gemuk.


Quote vanilla_vell 22-9-2020 01:20 PM
kuarters tu bukan boleh duduk sampai pencen. salah satu keistimewaan kakitangan awam.. sekarang kalau mula kerja dah dapat gaji cepat..x macam dulu..kena tunggu gaji selepas 2-3 bulan kerja..x dapat kuarters dapat elaun perumahan  dan kola full..okla tu.
Quote judicata 22-9-2020 01:34 PM
errr... cop.. kuarters ni memang hak freshie ke? kalau org tu dah tanak keluar kuarters....memang boleh paksa keluar semata nak give way to freshie? kiranya lepas 5 tahun, kosongkan? tp yg 15 tahun tu apa cer? tp putrajaya mcm nampak makin banyak je kuarters... pun tak cukup lg?
Quote kelip2_07 22-9-2020 01:38 PM
suka ati dia la nk dok lama mane pn..bkn duduk free pn..ttp jgk potong gj byr kuaters
Quote Lula2 22-9-2020 01:42 PM
cepheid replied at 22-9-2020 01:03 PM
Bukan ada limit ke duduk kuarters? Bukannya boleh duduk sampai pencen pun

Kalau kuarters askar boleh je duduk sampai pencen..
ayah i bukan askar tp penjawat awam dlm kem askar..memg boleh duduk sampai pencen..
Quote Lula2 22-9-2020 01:43 PM
vanilla_vell replied at 22-9-2020 01:20 PM
kuarters tu bukan boleh duduk sampai pencen. salah satu keistimewaan kakitangan awam.. sekarang kala ...

Tu la i pun pelik dia kata tak dpt gaji 2-3 bulan.
Kalau ada kes mcm tu boleh report..sepatutnya takde dah delay gaji ni
Quote ais_kosong 22-9-2020 01:54 PM
Bagi aku xda masalah kalau dia duduk rumah kuarters sampai pencen.
asalkan tiada rumah sendiri yang berdekatan (Pihak BPH kena pastikan penyewa tiada rumah berdekatan. Duduk berbayar bukan free.
Kalau keluar dan ada kerosakan pastikan penyewa bayar semua kerosakan.
Quote monreyes 22-9-2020 01:55 PM
kami dulu2 duduk quarters sampai arwah ayah pencen...
infact semorang pun...
ada yg siap renovate sendiri2 lagi tmbh bilik..
masa aku kat mersing ada 1 bilik je...
sedara mara rajin datang lak tu...
ntah celah mana lah dorang tidor..

Quote missyL 22-9-2020 02:03 PM
dizekni replied at 22-9-2020 12:48 PM
Najib elok2 buat berpuluh ribu rumah mampu milik

perumahan penjawat awam, perumahan pr1ma

Hahahaha.
Adoi
Quote MadameOnion 22-9-2020 02:04 PM
takleh nak marah org yg dok kuarters sbb depa bayaq..freshie sekarang bersyukurla gaji pokok dan elaun dah byk....tak side sapa2..aku memula lapor diri kat putrajaya pun menyewa jugak..dgn gaji n elaun tak selebat korang sekarang ni
Quote star_anisse 22-9-2020 02:18 PM
dizekni replied at 22-9-2020 12:48 PM
Najib elok2 buat berpuluh ribu rumah mampu milik

perumahan penjawat awam, perumahan pr1ma

celah mana yg eloknya rumah najib punya idea tu?? kononnya nk tolong penjawat awam tp buat duit guna nama penjawat awam. PPA1M tu ko gi tgk la sendiri.. akibat bg kontrak kt kroni buat rumah mcm melepaskan batuk di tangga. sesetengah siap di sub con.. skrg ni isu PPA1M melinjau.. takut 10 tahun or less jd highlands tower.. sebelum ni PPA1M pudina. harga mmg mampu milik.. parking bersepah kt luar kena saman PPJ sbb dpt 1 parking 1 rumah. dapat rumah mampus milik sbb berkulat, dinding kosong, bumbung tandas runtuh. skrg penjawat awam kt putrajaya nk beli rumah dekat2 dgn gaji gred 19 mmg melopong le.. melainkan beli rumah kt kampung halaman. kot lepas lg gaji tu. tu pun silap2 lps pencen br dapat duduk. ataupun jd harta pusaka sbb dh masuk six feet under sebelum pencen.
Quote insulin 22-9-2020 02:21 PM
Rasa menyampah dengan PA yang jenis suka mengambil kesempatan.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.081166 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top