CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Jual Barang Anak Kerana Memandu Tanpa Lesen

13-8-2020 11:02 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4656| Komen: 31|Original author: Oleh: Cari-Azza



"Saya minta maaf kerana mencuri kereta ibu bapa saya dan memandu laju."

Gara-gara memandu kereta ayahnya secara curi-curi, seorang remaja, Angel Martinez, 14, terpaksa berputih mata apabila ayahnya menjual segala barangan peribadinya sebagai hukuman. 

Menurut laporan portal Fox 10, kejadian yang berlaku di Arizona, Amerika Syarikat (AS) ini mengesahkan bapa Angel, Ramon berkata itu adalah denda terbaik bagi mengajar anaknya itu. 


Foto: Fox 10


Terdahulu, remaja itu ditahan polis ketika memandu kereta milik keluarganya, awal bulan ini.

Ketika itu, ibu bapanya berada di Las Vegas bagi meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka. 

Setelah menerima panggilan telefon daripada polis mengenai kesalahan dilakukan anaknya, pasangan itu terpaksa membatalkan sambutan berkenaan dan pulang ke rumah sebelum mengambil keputusan 'mengosongkan' bilik anaknya itu.


Foto : Fox 10

Barangan peribadi seperti set perabot bilik tidur termasuk katil, televisyen, pakaian dan kasut dilonggokkan di luar rumah untuk dijual.

Remaja itu juga diarahkan duduk di katil di tepi jalan dengan papan tanda permohonan maaf. 


Foto : Fox 10

Rupa-rupanya itu bukan kesalahan pertama dilakukan, jadi langkah sedemikian adalah kerana mahu memberi pengajaran kepada remaja berkenaan.

Memandangkan tiada lagi barangan di dalam bilik Angel, dia dilaporkan terpaksa tidur di lantai ruang tamu buat masa ini.


Foto : Fox 10

Nampak keras hukuman tersebut, namun melihatkan riak wajah Angel yang kesal, mungkin itu yang terbaik untuk mengajarnya. - CARI
4

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • kroit92

  • Marah

    Anonymity

  • yeos


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-8-2020 11:18 AM
Padan muka kau!
Quote Themilo 13-8-2020 11:20 AM

tak kesian ke kat adik Angel ni.. sian dia tido atas lantai.. tido atas katil sister meh..
Quote husna_amal 13-8-2020 11:20 AM
Menyesal kejap lepas ni buat lagi
Quote Kurex 13-8-2020 11:21 AM
Themilo replied at 13-8-2020 11:20 AM
tak kesian ke kat adik Angel ni.. sian dia tido atas lantai.. tido atas katil sister meh..

Bawah umur sis...
Quote Carcosa 13-8-2020 11:23 AM
Ohhh ada ternampak video budak ni drive sambil di follow oleh polis2 US yg kekar.
Mula2 mcm kesian, tapi bila dikasitau ni bkn kali pertama, terus hakak memadan muka kan kau dik.
Quote AyaqMeloSuam 13-8-2020 11:47 AM
Ni jenis tunggu umo 17 nk lari dr umah nih.. xtau la insap ke x.. sukar nk tapsir.. haishh hailaa ank.. sian parents hg...
Quote shysari 13-8-2020 11:59 AM
Samalah kat perumahan aku umur 15 tahun bawa kete kehulu hilir siapa angkut adik2 dia lagi bezanya parents tak marah rilex je
Quote darkness 13-8-2020 12:04 PM
As parents bukan mcmni kut cara ajar anak. Menghukum dalam masa sama tidak mendidik anak...sama juga kejadiannya..lagi anakemberontak ada seperti mana yg berlaku di negara2 barat. Kecik2 kompiden abis..bila besar mak bapak budak dipijak kepala. Bukan semua tp kebanyakkan
Quote Artemesiaa 13-8-2020 12:13 PM
Edited by Artemesiaa at 13-8-2020 12:14 PM

Mendapat sudah pengajaran yang bagus untuknya.  Setuju dengan cara ni untuk mengajarnya.  Setengah orang kalau sekadar dah nasihat atau marah tetap tak jalan.  Keluarkan dia dari comfort zone baru timbul rasa menyesal baru dia akan sedar akhirnya.  Ada je pak kat Malaysia ikut style ni tapi tak ramai, hasil anaknya jadi lebih disiplin lebih menghargai lepas tu.  Yang suka merajakan anak je yang akan terus jadi babu anak sampai mampus.  Suka pulak tengok cara paknya duduk santai cam tu sambil si anak menyesal mengenang nasib.
Quote nazzse 13-8-2020 12:55 PM
darkness: As parents bukan mcmni kut cara ajar anak. Menghukum dalam masa sama tidak mendidik anak...sama juga kejadiannya..lagi anakemberontak ada seperti mana ...

Why not? Better la hukuman mcam ni drp yg hukumndgn pukul, maki anak tu..Cara parents ni tak keras pun, just naka ajar ana dia appreciate every single things yg dia ada bukan main guna & ambil mudah semua benda.
Quote mizkajura 13-8-2020 01:18 PM
Anak kau...pandai la kau nak jaga
Quote Knowlee 13-8-2020 01:21 PM
Bagus bapak dia. Tegas.
Quote chinta89 13-8-2020 03:11 PM
elok lah ajar mcm ni, secara tak langsung mendidik anak utk serikkkkk buat pkra di luar batasan.

setakat nk ajar anak dh besar piang mcm ni mcm nasihat je bukannya dengar... dh jual semua brg haaa baru lah rse erti sayang brg2 dh x de n menyesal bagai. ape ingat budak besar ni kalau rotan, menjadi ke? dia dh besar pjg kan bukannya kecik lagi nak dipukul2 manja. hukuman mcm dlm thread ni ok sgt utk dia.
Quote pittjie 13-8-2020 06:09 PM
Amboi dik. Nama kau angel tapi perangai tak berapa nak angel. Eh nama angel bkn nama bdk perempuan ke?
Quote tikusmontok 13-8-2020 06:14 PM
Themilo replied at 13-8-2020 11:20 AM
tak kesian ke kat adik Angel ni.. sian dia tido atas lantai.. tido atas katil sister meh..

sis pedo kah?
Quote TomyamPuteh 13-8-2020 07:31 PM
Kurex replied at 13-8-2020 11:18 AM
Padan muka kau!

X nk semoga ke? Herlok jugekss nmpk bdk tu
Quote Madel 13-8-2020 07:44 PM

Cousin aku dulu pun buat peel, dia curi bawa kereta bmw mak saudara aku gi desaru ramai2 dgn kekawan dia..mak saudara aku minta tolong jagakan rumah, siram2 kan pokok apa semua.,cousin aku tu kerja dgn mak saudara aku.
Dia ingat tak kantoi.,sekali kantoi kat tayar ada paku..
Mengamuk sakan mak saudara aku..
Cny paling tak best tahun tu sebab masing2 bermasam muka
Yg adik perempuan dia pun sama, menipu dgn parents gi merambu dgn kekawan bawah umur, curi kereta bapak..
Naseb malang..excident mati.
Quote ina_na 13-8-2020 07:49 PM
Katil dia lawa la.. Kalo kat Malaysia nak beli katil dia.. Hehehe..
Quote faraway1 13-8-2020 07:55 PM
Jual barang anak bayar denda dan nak pergi honeymoon lagi, ialah hari tu kena kansel, padan muka anak

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.135074 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top