Hanya kerana tidak menyediakan makanan, lelaki tergamak memotong sebahagian telinga isterinya. Menurut Kompas.com yang dipetik Harian Metro, kejadian di Desa Bukit Sutra, Sulawesi itu berlaku kerana suspek hilang pertimbangan apabila isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya.
Difahamkan, Hasdi, 43, menoreh telinga mangsa berusia 39 tahun itu sebagai pengajaran buat isterinya. "Saya berikan dia peringatan agar tidak melakukan perbuatan sama selepas ini, namun paha saya ditendang. "Saya menarik telinga isteri sebelum mencederakannya," katanya. Ketua Polis Larompong, Iptu Syarif Sikati yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya sudah menahan suspek yang bersembunyi dalam sebuah rumah di Dusun Salobunga. - CARI
|
Tinot7 replied at 26-6-2020 09:17 PM
Seriau baca.. mmg cara depa kat sana mcm tu ke?
Esmiria replied at 26-6-2020 09:19 PM
Ada stu kes pakistan..dia potong hidung..gaduh punya psl...kes 4 tahun lepas rasanya
ADVERTISEMENT