Bak pasangan Romeo dan Juliet, sepasang kekasih ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah tumpangan di Bali sekitar jam 10 malam, semalam. Menurut TribunNews, pasangan itu ditemui dalam keadaan mulut berbuih, dipercayai akibat meminum racun.
Difahamkan, mereka nekad membunuh diri selepas hubungan mereka tidak direstui dan dipaksa berpisah. Hasil pemeriksaan mendapati dua nota bunuh diri berhampiran mayat yang ditujukan buat keluarga mangsa. Nota pertama meminta keluarga membakar mayatnya, manakala nota kedua ditulis agak panjang dalam bahasa Bali. "Untuk keluargaku. Saya minta maaf kepada semuanya, saya pergi mengikuti bapak sekarang kerana tiada yang mengerti hatiku. Semua menginginkan saya bercerai, sekarang puas kalian? Sudah jangan menyesal, jangan ada yang menitiskan air mata. Satu permintaan saya, tolong beri surat ini, robekkan ke mentua dan mantan istri saya serta bakar jenazah saya. Kalau kemahuan saya tidak dituruti, saya bersumpah akan mengganggu dari alam baqa. Sudah senang anda saya mati dan cerai? Terima kasih." Menurut sumber terdekat, pasangan itu sudah bernikah, namun tidak mendapat restu keluarga kerana lelaki terbabit sudah memiliki seorang isteri dan seorang anak. Bagaimanapun, wanita berusia 23 tahun itu nekad berkahwin meskipun menjadi isteri kedua kepada lelaki berusia 32 tahun terbabit. Selepas beberapa bulan, mereka dipaksa bercerai, namun masih menjalin hubungan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga masing-masing termasuk isteri pertama. Mereka dipercayai nekad bunuh diri selepas tempat persembunyian di rumah tumpangan berkenaan terbongkar. - CARI
|
noor2 replied at 24-6-2020 09:45 PM
Bukan islam ke. ..suruh bakar jenazah. ...apa dia ingat dah mati akan jadi hantu ke. ......lawak
noor2 replied at 24-6-2020 09:45 PM
Bukan islam ke. ..suruh bakar jenazah. ...apa dia ingat dah mati akan jadi hantu ke. ......lawak
ellejo: bini no. 2? kawen laki orang? sumpah akan mengganggu dari alam baqa?i have so many question....
ADVERTISEMENT