CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bulan Lepas Jumpa Telekung, Bulan Ni Jumpa Tudung Pula! Patutlah Kedai Gelap Je..."

18-1-2019 10:44 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7397| Komen: 35|Original author: Oleh: LilRose

Description: Amalan sihir-menyihir dan penggunaan ilmu hitam dalam perniagaan tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Semuanya demi kepentingan peribadi untuk menjatuhkan pesaing.
Amalan sihir-menyihir dan penggunaan ilmu hitam dalam perniagaan tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Semuanya demi kepentingan peribadi untuk menjatuhkan pesaing.



Terbaru, pemilik restoran makanan barat Ana Burger di Bintong, Kangar, Perlis mendakwa kedainya disihir pihak yang penuh hasad dengki.

Dua hari lalu, Ana Burger memuat naik sebuah video menunjukkan tiga helai tudung ditemui di sebelah kanan kedai.



Malah, itu bukan kejadian pertama menimpa Ana Burger. Menurutnya, bulan lepas mereka menemui tiga helai telekung di sebelah kiri pintu masuk kedai.



Pemilik Ana Burger dan kakitangannya menegaskan kedai mereka tidak pernah ditutup kecuali hari Rabu, namun ramai pelanggan mendakwa kedai 'bergelap' setiap kali melalui di hadapannya.




Ramai pelanggan dan netizen menggesa pemilik restoran itu berikhtiar mendapatkan penawar daripada ustaz selain mendoakan perniagaan mereka pulih dan terus maju.





Pemilik restoran itu berterima kasih di atas segala doa dan kata-kata semangat orang ramai.


Kredit foto: IG Ana Burger

Bila hasad dengki menguasai nafsu dan akal, pelbagai cara sanggup dilakukan. - CARI
12

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swayne 18-1-2019 11:57 AM
Dulu i jenis percaya tak percaya benda ni. Sampai lah jadi sendiri kat i. Kitorang suka beli burger kat area rumah ni. Tapi tetiba tengok kedai tu lama tak buka. Ye lah ingat dia sakit ke apa. After a few month dia buka and kitorang singgah. Tanya dia kenapa lama tak buka? Dia kata dia buka je and nampak je kitorang lalu depan kedai dia tapi tak singgah
Quote wanzhm93 18-1-2019 12:01 PM
swayne replied at 18-1-2019 11:57 AM
Dulu i jenis percaya tak percaya benda ni. Sampai lah jadi sendiri kat i. Kitorang suka beli burger  ...


Tak pernah lagi lalui pengalaman macam tu
Quote kaklong32 18-1-2019 12:01 PM
melayu berniaga asek nak dengki je bila nak majunya
Quote prettyuglybabe 18-1-2019 12:14 PM
baru lalu 2 minggu sudah..
ok je tengok..
ramai sungguh manusia..
so tak jadi nak singgah..
Quote pearl.silver 18-1-2019 12:30 PM
Kt sini pun sian kedai char kue teow tu
Org asyik komplen npe tutup kedai
Tp depa ckp hari2 buka
Sian
Tp iols pun xtau yg depa ada meniaga situ..lalu belah tu x perasan ada org meniaga mlm2 pun
Quote whadda 18-1-2019 12:58 PM
bukan kedai makanan je kene.. kedai kasut baju semua pon tak terkecuali.. pantang nampak orang lain untung lebih sikit mula la nak disihirnye
Quote non.sari 18-1-2019 01:12 PM
pernah kerja kedai makan makcik aku dulu masa lepas spm, kes yang sama mcm ni lah jadi kat kedai makcik aku.
menonong je member dia lalu depan kedai.
makcik aku ingat member dia memang nak makan kat kedai sebelah.
tak lama lepas tu terserempak kawan dia yang menonong tu, tup2 kawan dia bagitau dah lama tak nampak kedai makcik aku bukak. dah kaya ke?
padahal kedai dia bukak dan tak pernah lagi tutup sebab bisnes tgh down teruk, tak boleh nak cuti.
korek-korek lah duit dalam simpanan buat rolling modal beli barang masak.
mana tak down kalau semedang lah orang cakap kedai makcik aku tutup tak bukak2.
ingat dah kaya dah tak nak berniaga. rupanya kena khianat orang.
Quote rain2169 18-1-2019 02:07 PM
Eiiii jahatnya manusia berhati syaitan yang sihirkan kedai tu....
hitam betul hatinya....
tak ingat akhirat ke.... Ya Allah.....
Quote VirginLady 18-1-2019 02:12 PM
pernah dulu masa bujang dok setiawangsa, asal lalu je tutup asal lalu je tutup, dah la aku ni jenis outstation selalu so kalo ada nak la makan nasik lemak makcik tu tapi tu lah..manjang tutup. geram jugak nak niaga ke tak

pastu teringat orang kata kot2 kena sihir, aku stop kete and pergi melangkah ke kedai dia..eh eh mmg tutup la xde orang langsung..aiayayayaaa

so next time macam mana trick nak tau kedai ni betul ditutup pandangan or mmg tutuplah
Quote haryatie 18-1-2019 02:41 PM
mcm ni pun ada

Quote Melorqe 18-1-2019 04:16 PM
prettyuglybabe replied at 18-1-2019 12:14 PM
baru lalu 2 minggu sudah..
ok je tengok..
ramai sungguh manusia..

hhahaha...
tak singgah sebab ramai sgt orang.
aku pun kalau ramai sgt aku malas nak singgah.
sampai parking pun payah.
pernah pegi sekali ja kedai ana burger ni.
sos lada hitam dia ja tak berapa kena kat tekak
Quote leylapple 18-1-2019 04:57 PM
hmm... kenapa kedai bangsa lain tak pulak mcm nie yer?
Quote noell 18-1-2019 05:09 PM
VirginLady replied at 18-1-2019 02:12 PM
pernah dulu masa bujang dok setiawangsa, asal lalu je tutup asal lalu je tutup, dah la aku ni jenis  ...
so next time macam mana trick nak tau kedai ni betul ditutup pandangan or mmg tutuplah
try mcm neh sis...sampai depan kedai hg baca ayat kursi sis tp kalo tak nampak jgk hg azan 3 kali sis kalo ada org mai penampaq hg sis kompen kedai tuh bukak sis
Quote arm_band 18-1-2019 08:18 PM
tapi apasal kena pakai tudung & telekung?
Quote aderaderker 18-1-2019 10:52 PM
Awat tak pi bomoh kfc,  mekdi tu?
Lagi femes burger dia...
Quote b_n_c 19-1-2019 03:40 AM
non.sari replied at 18-1-2019 01:12 PM
pernah kerja kedai makan makcik aku dulu masa lepas spm, kes yang sama mcm ni lah jadi kat kedai mak ...

pastu kesuhannya mcmn kedai makcik u?
Quote dua_chzy 19-1-2019 09:29 AM
Melayu dan syaitan berpisah tiada (walau tak makan babi).
Quote dua_chzy 19-1-2019 09:31 AM
aderaderker replied at 18-1-2019 10:52 PM
Awat tak pi bomoh kfc,  mekdi tu?
Lagi femes burger dia...

Hantu belaan Melayu takleh lawan kapir kot. Tu yang manjang kenakan sesama Melayu jah.
Quote non.sari 19-1-2019 01:20 PM
b_n_c replied at 19-1-2019 03:40 AM
pastu kesuhannya mcmn kedai makcik u?

dah tutup buat selama-lamanya..

Lihat semua komen(35)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.088549 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top