CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Jangan Masukkan Sabun Ini Ke Dalam 'Lubang' Itu!" - Amaran Doktor Kepada Kaum Wanita

18-1-2019 12:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5419| Komen: 4|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sesiapa yang mempunyai iPhone pasti tahu sesetengah emoji sayuran dan buahan banyak digunakan sebagai simbol bagi anggota seks. Sebagai contohnya buah peach adalah simbol untuk punggung, manakala teru ...
Sesiapa yang mempunyai iPhone pasti tahu sesetengah emoji sayur-sayuran dan buah-buahan banyak digunakan sebagai simbol bagi anggota seks. Sebagai contoh, buah pic adalah simbol untuk punggung, manakala terung digunakan sebagai simbol kemaluan lelaki.



Kredit foto: Mirror

Mendapat inspirasi daripada simbol ini, pengeluar sabun mandian terkenal Lush telah melancarkan produk baru sempena Hari Kekasih 2019 berdasarkan bentuk kedua-dua pic dan terung itu. 

'Bath bomb' ini akan menghasilkan gelegak buih apabilah dijatuhkan ke dalam air. Bagaimanapun, ramai pengguna bimbang produk ini bakal disalahgunakan.


Kredit foto: Lush

Ramai di kalangan netizen membuat spekulasi kemungkinan ada pembeli yang akan menyalahgunakan sabun mandian berbentuk terung itu sebagai permainan seks. 

Seorang pengguna Twitter menyelar syarikat Lush dengan bertanya, "Adakah kamu telah membuat kajian mendalam? Pasti ada orang bodoh yang akan melakukan sesuatu dengannya".


Kredit foto: Allure

Susulan kebimbangan orang ramai, Dr Vanessa Mackay dari Royal College of Obstetricians and Gynaecologist telah membuat kenyataan kepada Metro UK mengenai bahaya memasukkan sabun itu ke dalam rongga badan. 


Kredit foto: Twitter

"Saya tidak menggalakkan sabun ini digunakan untuk bahagian dalam kerana ianya akan menganggu keseimbangan bakteria dalam vagina dan boleh mengakibatkan jangkitan dan komplikasi lain.

"Wanita dinasihati untuk menggunakan produk tanpa pewangi untuk bahagian sulit masing-masing," katanya. 


Kredit foto: Twitter

Ketika dihubungi, jurucakap syarikat Lush hanya berkata bahawa "semua orang yang waras tahu bahawa sabun ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain untuk mandi," tanpa mengulas lebih panjang lagi. - CARI
13

Bagus
3

Marah
15

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aijinmisaki 18-1-2019 01:12 PM
Dah kehabisan design ke nak buat bath bomb?
Quote Sang_Pencinta 18-1-2019 05:34 PM
Kreatif jugak lah

Cuma takut disalahguna je
Quote missinpiece 20-1-2019 07:20 AM
Sayang rasa nak guna bath bomb  ni..cute2 je
Quote EvieWanKenobi 20-1-2019 07:05 PM
hari tu tengok kat VS mahal kemain..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.331304 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top