CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selebriti Socmed Termasuk Kanak-kanak Kena Bayar Cukai

18-1-2019 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2657| Komen: 11

Description: Mana-mana individu termasuk golongan bawah umur, khususnya selebriti Internet yang menjana pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial per ...
Mana-mana individu termasuk golongan bawah umur, khususnya selebriti Internet yang menjana pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial perlu membayar cukai pendapatan.


BERNAMA melaporkan, mereka tertakluk kepada cukai pendapatan jika memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Aktiviti sedemikian dikategorikan sebagai profesion yang mewajibkan mereka mengisytiharkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.


Gambar Hiasan

Golongan terbabit digalakkan untuk mendapatkan nasihat berhubung pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai di pejabat LHDN, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah.


“Kami menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu," katanya.

Golongan bawah umur termasuk kanak-kanak tertakluk kepada bayaran cukai sekiranya memperoleh pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlu mengisytiharkan pendapatan anak-anak di bawah umur, bagi pihak mereka.

Datuk Seri Sabin menegaskan, pihaknya akan dapat mengesan mana-mana individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan sebaik syarikat yang membayar perkhidmatan mereka mengisytiharkan cukai syarikat dan berkongsi maklumat mengenai duta atau vendor yang diupah. - CARI
15

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 18-1-2019 11:49 AM
kahkahkahkah
Quote Miss.Rara 18-1-2019 01:23 PM
kui kui kui...
Quote chicozinn 18-1-2019 04:36 PM
kutip slagi bolehhhhh..
Quote baghal_bortuqal 19-1-2019 01:02 AM
Engkau dok sebok bawah 5k income and budak2 berpendatan tinggi.

Itu tua bangka dok melaram kehulu kehilir pakai audi, BMW, mesidis, Lexus tu. Masukkan penjara je kalau diaorg Tak bayar tax top bracket personal income tax. Siasat kendian.

Kejar yg to dulu la. Apa bangang.
Quote AbukRokok 19-1-2019 01:16 AM
tahniah deqqqq
jgn nangis ye
Quote LadyCarefree 19-1-2019 02:59 AM
Yng dok galak kaya semua siasat tngok2 tipu je income lebat nk ajak orng join mlm
Quote lil_honey 19-1-2019 08:20 PM
hello socmed famous..
Quote cHimo 19-1-2019 09:19 PM
Semua dia nak kutip miskin cukai...
Quote dreamdaddy 19-1-2019 11:46 PM
bukan ke dah lama isu ni. tu hah dulu anak cik ta ke anak scha tu yang dapat income ribu riban terus dapat surat dari lhdn kan
Quote sofiazara 20-1-2019 01:07 AM
mmg ada dlm akta cukai pendapatan 1967 kan. so
Quote DARSITA 20-1-2019 03:59 AM


Betullah tu. Dah buat income ribu ribu takkan nak elak cukai pulak?

Korang tengok di USA dpt duit menang loteri pun korang kena bayar tax. Dpt bonus pun kena bayar tax.  

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061334 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top