CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Najis Juga Jadi Pilihan! 'Aiskrim Najis' Lengkap Mangkuk Tandas Kini Hot Di Jepun Pula

18-1-2019 02:32 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4047| Komen: 15|Original author: Oleh: LilRose

Description: Jika sebelum ini kita geli-geleman dengan tindakan Aliff Syukri memuat naik gambar najis di laman Instagramnya, aiskrim ini mungkin memberi kesan sama kepada anda!
Jika sebelum ini kita geli-geleman dengan tindakan Aliff Syukri memuat naik gambar najis di laman Instagramnya, aiskrim ini mungkin memberi kesan sama kepada anda!


Kenapa? Ini kerana aiskrim mirip najis kini menjadi trend di Tokyo.


Kredit foto: Tokyo Treat

Jepun memang suka menampilkan sesuatu luar biasa, tetapi rupa aiskrim ini sangat menjijikkan. Apatah lagi ia dihidang dalam bekas menyerupai mangkuk tandas. Eewww!

METRO.co.uk melaporkan, kafe Sweet XO Good Grief di Harajuku menawarkan hidangan baru mereka iaitu aiskrim Unchi-kun Soft Serve.


Unchi-kun adalah nama yang lebih sopan untuk menyebut najis. Tetapi nasib baik perisanya tidak seburuk rupanya yang menjijikkan itu. 



Aiskrim berwarna coklat seakan-akan najis manusia itu dihias dengan 'mata dan mulut', malah ada mahkota diletakkan di atasnya.



Menurut SoraNews24, pelanggan boleh memilih sendiri topping dan perhiasan lain seperti marshmallow yang menyerupai telinga arnab. 


Kredit foto: Tokyo Treat

Adakah selepas dihias, aiskrim menyerupai najis itu akan kelihatan menyelerakan? Difahamkan, setiap hidangan Unchi-kun berharga 650 yen iaitu bersamaan hampir RM25.

Nampaknya tema najis bukan saja popular di Jepun, tetapi juga di Taiwan di mana terdapat restoran 'Modern Toilet'.

Ya, semua makanannya bertemakan najis! Ini termasuklah hot pot, mi dan aiskrimnya.





Mana lebih menjijikkan antara makanan eksotik seperti ulat sagu atau aiskrim mirip najis ini? - CARI
9

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 18-1-2019 02:51 PM
Taik mmg bentuk mcm tu ke? Iols berak x pernah dpt bentuk mcm tu pon?
Quote Artemesiaa 18-1-2019 02:56 PM
Belah2 Jepun, Korea dan Taiwan banyak je kedai yang konseptnya sebegini bukan benda baru pun
Quote SuriNate 18-1-2019 03:31 PM
RatuDunia94: Taik mmg bentuk mcm tu ke? Iols berak x pernah dpt bentuk mcm tu pon?



TMI sis kalau toilet cangkung boleh dapat bentuk tu kot hikhik kalau toilet duduk susah sikit
Quote Cutedebok 21-1-2019 09:22 PM
Ehgh..tak lalu nak makan
Quote Miming2 21-1-2019 11:13 PM
still tak boleh beat bakso dalam toilet dari indon tu hahahaha.. yang tu jijik ya amat
Quote kaklong32 22-1-2019 09:05 AM
tak gamak nak makan hoiii
Quote myakayina 22-1-2019 10:06 AM
putuih selero den!
Quote hasniey 22-1-2019 01:14 PM
Malaysia ada kan restoren toilet ni,sama mcm yg taiwan tu.tp non halal laa...xsure bukak lg ke x,dulu ada satu kt melaka,satu kt penang
Quote puanbintang 30-1-2019 02:40 PM
aiyooo..ak sanggup pulak nak makannya walaupun membayangkan tu aiskrim coklat je...
Quote AppleJack 19-2-2019 02:32 AM
kembang tekak aihhh
Quote BoongaKertas 19-2-2019 08:32 AM
alamak tak tergamak nak makan wehhhhhh
Quote hanglipolopo 20-2-2019 03:22 PM
uwekkkkk...
Quote CikB 20-6-2019 12:16 PM
uwekkk!!!   muntah hijau kalau gini
Quote cyber_mania 20-6-2019 01:19 PM
Yucks sangat aih
Quote Lengkong 20-6-2019 05:50 PM
Tengok gambar dah geli

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073557 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top