CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelabah Cukai Jalan Tamat Tempoh, 2 Lelaki Rempuh SJR

9-12-2021 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1159| Komen: 5

Description: Dua lelaki nekad merempuh sekatan jalan raya (SJR) Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sri Tujuh, Tumpat semalam selepas dipercayai takut ditahan ekoran cukai jalan kereta yang dinaiki mereka tamat tempoh.
Dua lelaki nekad merempuh sekatan jalan raya (SJR) Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sri Tujuh, Tumpat semalam selepas dipercayai takut ditahan ekoran cukai jalan kereta yang dinaiki mereka tamat tempoh.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 30 tahun ditahan empat kilometer dari SJR selepas dikejar polis.


Bahagian depan kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki dua suspek rosak selepas merempuh SJR Sri Tujuh, Tumpat semalam

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, siasatan mendapati anggota PGA sedang bertugas di SJR Sri Tujuh di sini sebelum menyedari kehadiran sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki.


Menurutnya, apabila tiba di SJR itu, pemandu terbabit merempuh papan tanda sekatan jalan sebelum memecut dan melarikan diri.

“Anggota yang bertugas kemudian meminta bantuan polis sebelum berjaya mengesan kereta terbabit empat kilometer dari lokasi SJR.

“Pemeriksaan mendapati, pemandu itu bertindak merempuh SJR kerana cukai jalan kereta berkenaan telah tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd Azmir, kedua-dua suspek berasal dari Kota Bharu dan Tumpat selain masing-masing mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkait dadah.

Ujarnya, berdasarkan pemeriksaan,salah seorang suspek merupakan orang yang dikehendaki polis di Johor kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Polis 1967 kerana merempuh SJR dan Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 04:38 PM
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo!
Quote Artemesiaa 9-12-2021 04:41 PM
Gelabah sangat terus kantoi
Quote mikasa 9-12-2021 04:42 PM
Takut sebb bawak menda terlarang kot ni. Setakat roadtax mati apa sgt.kekadang pegawai mazih boleh bertolak ansur
Quote Belibis 9-12-2021 07:11 PM
Mustahil hanya sebab takde roadtax..paling2 saman jer.jarang kena angkut kereta kecuali ops jpj.
Quote kotakominami 9-12-2021 08:00 PM
Haha...mujor sempat campak barang. Kalau setakat roadtak org tak rempuh nye...hujung tahun kan ade diskaun saman...bole bayar....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.228306 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top