CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Bola Cedera Rempuh Papan Iklan Ketika Perlawanan

9-12-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 861| Komen: 0

Description: Aaron Wan-Bissaka dibawa keluar padang selepas melanggar papan iklan ketika Manchester United seri berdepan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, Manchester.
Aaron Wan-Bissaka dibawa keluar padang selepas melanggar papan iklan ketika Manchester United seri berdepan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, Manchester.


Pemain pertahanan Red Devils itu melakukan cabaran pada penghujung saingan ketika wisel penamat aksi berkesudahan 1-1.


Pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka (terbaring) dibantu pasukan perubatan selepas melanggar papan iklan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Young Boys di Old Trafford. - Foto ihsan TalkSPORT

Wan-Bissaka dilihat melanggar papan iklan yang memisahkan penonton dan padang dengan dia dilihat mengalami kesakitan selepas itu.

Wujud kebimbangan apabila Wan-Bissaka dibawa keluar dan Ralf Rangnick kini pastinya berpeluh bagi menantikan tahap kecergasan pemain itu.


Kredit foto: AFP

Pemangku pengendali United itu berkata: "Dua kali dia berlanggar - satu di bahagian pergelangan kaki dan satu lagi di lutut.

"Dia dirawat di bilik persalinan tetapi kami perlu melihat situasinya berkaitan dua kecederaan itu esok.



"Tapi saya positif dia boleh melakukanya dalam latihan lusa dan saya harap dia akan menjadi sebahagian pasukan berdepan Norwich (Sabtu)." 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.167459 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top