CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Maut Tercekik Bebola Daging Bakso

9-12-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1804| Komen: 9

Description: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah Sikka, Nusa Tenggara Timur meninggal dunia selepas tercekik bebola daging dimakannya.
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah Sikka, Nusa Tenggara Timur meninggal dunia selepas tercekik bebola daging dimakannya.

Kejadian berlaku ketika Aldinus Edel Pati pulang dari sekolah dan membeli bebola daging yang dijual di hadapan sekolah tersebut.

Menurut Pengetua Sekolah Maumere, Viotalis Sukalumba, mangsa dan beberapa rakannya sempat membeli bakso dan makan di hadapan pagar sekolah sebelum pulang ke rumah.


Gambar hiasan


“Ketika Aldinus makan, dipercayai satu daripada bebola daging itu tersekat di dalam kerongkongnya menyebabkan dia tercekik dan mula sesak nafas.

“Rakan-rakannya memberitahu, Aldinus cuba minum air, namun tidak mampu menelannya sebelum cuba mengorek mulutnya untuk mengeluarkan bebola daging tersebut,” katanya.

Panik dengan keadaan itu, rakan-rakan mangsa segera memanggil guru untuk pertolongan sebelum Aldinus dihantar ke hospital.

Namun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.


AHLI keluarga Aldinus mengusung keranda yang membawa mayatnya untuk dikebumikan di Sikka, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - AGENSI

Sementara itu, Viotalis mewakili semua pihak di sekolah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami amat berdukacita dengan kejadian yang menimpa Aldinus,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 9-12-2021 02:42 PM
ternyata bakso boleh memudharatkan nyawa

telefon mufti cepat hukum memakan bakso

Quote mamajawie 9-12-2021 02:48 PM
gelojoh sgat kot mkan tu
Quote musangbodoh 9-12-2021 02:52 PM
nah jauh benar tmpt kejadian

hytyt (2).png
Quote Thunderclouds 9-12-2021 03:03 PM
Telan bulat2 mcm tu ka? Xkunyah2 dlu?
Quote ketipongtipah 9-12-2021 05:44 PM
Frisksa.. lapor diri.
Ke sini kamu.
Quote syaz_lina 9-12-2021 05:46 PM
Bebola bakso indon mmg besar2..mmg kena cut or gigit, kalu tak penuh mulut nk mengunyah pun xboleh.
Quote Artemesiaa 9-12-2021 05:59 PM
Sayang tak ada yang pandai buat bantuan kecemasan disitu kalau tidak mungkin masih boleh diselamatkan.  Takziah buat keluarga mangsa.
Quote umbut 9-12-2021 07:05 PM
Kena ajar anak2 makan sikit2 jgn main telan je. Pernah ada kes budak mati makan mochi, cekodok pisang...
Quote edayildiz 9-12-2021 07:09 PM
bakso pun membunuh...buah melaka pun ada kes kan...smlm mkn meatball..kerass..kena potong kecik2

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054960 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top