CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Ismail Dah Besar, Biarlah Dia Jaga Diri Sendiri" - Shalma Eliana

9-12-2021 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2613| Komen: 23

Description: Lebih sebulan hubungan cinta dengan Ismail Izzani, 21, berakhir, Shalma Eliana, 21, semakin seronok mengorak langkah tanpa cinta.
Lebih sebulan hubungan cinta dengan Ismail Izzani, 21, berakhir, Shalma Eliana, 21, semakin seronok mengorak langkah tanpa cinta. 


Bakal muncul menerusi drama Cheritera di TV9, Shalma atau lebih dikenali dengan panggilan Yana berkata, keadaannya okey walaupun masih dihambat kekecewaan selepas putus cinta.



"Alhamdulillah, saya sangat okay. Saya menyibukkan diri dengan menulis lagu dan banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Jujurnya, saya semakin seronok dapat memberikan fokus kepada diri sendiri.

"Nak kata serik tidak, tetapi saya lebih selesa 'go with the flow'. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.


"Lagipun, saya masih muda, perjalanan hidup masih jauh. Mana tahu saya akan bertemu dan bercinta dengan lelaki yang boleh menjaga saya seumur hidup," katanya kepada BH Online.


Kredit foto: IG Yana

Walaupun hubungan dengan bekas kekasih masih baik, namun tidak mungkin untuk mereka kembali bercinta.

"Saya merasakan kami lebih serasi menjadi kawan berbanding sebagai pasangan kekasih. Ismail, seorang rakan yang baik dan boleh jaga semua orang, jadi lebih baik kami berkawan sahaja.

"Lagipun, saya semakin seronok menjalani hidup sendirian mungkin disebabkan sudah lama bercinta. Jadi, saya perlukan masa bersendirian tanpa perlu memikirkan masalah atau menjaga kesihatan mental pasangan.

"Ismail pun sudah besar, jadi biarlah dia menjaga dirinya sendiri, saya pula fokus menjaga diri saya," katanya.


Kredit foto: IG Yana

Katanya, kesilapan dilakukan Ismail mungkin biasa sahaja bagi pandangan sesetengah orang.

"Namun, bagi saya, apa yang penting memahami antara satu sama lain dalam perhubungan.

"Saya sangat komited menjaga perhubungan apabila menyayangi seseorang. Saya akan sayang betul-betul. Tetapi, apabila hati disakiti, cukuplah. Lebih baik saya menjaga diri sendiri," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-12-2021 05:53 PM
hoiii nokk.. dah lebih 1 bulan deorang break kan dah kenapa sampai 1 bulan lebih tak move on move on lagi dengan perpisahan dua eko ni... takde soalan lain ke nak tanya pada dua bbnu muka hausss nan desa lagi leluhur majapayau ni...

si kamal pun dah kahwin dengan penanggal... tapi kisah cinta syd ice age ni tak habis2 lagi nak di cover berita... si kimpropa pun dah siap boleh angkut berhala dari lembah bujang untuk di hiasi atas kek palsu tak boleh potong tu...
Quote whimsicalmusic 9-12-2021 06:10 PM
Selama ni ko jaga mail ke? Suruh mail jaga diri sendiri mcm selama ni ko tpaksa lyn die, tanggungjawab ko lak..tp sis setuju je fokus kt diri sendiri..single is better sometimes gittchewww
Quote umbut 9-12-2021 06:25 PM
Si dak mail ni muka x ler hencem..citer pasal gf je memanjang ko ni.. nak jadi kasanova konon. Yg pompuan pun nak si mail ni dah knp..
Quote azimodin 9-12-2021 11:32 PM
Mail ni kalau silap jalan boleh jadi alip ajis 2.0. Dah boleh buat audition tape GV20
Quote Perawankota 9-12-2021 11:41 PM
Dua2 muka biasa.. Tapi famous tetiba..
Quote Hoola 9-12-2021 11:53 PM
Sapa2 pun kalau dh putuih cintan,dan dan nk fokusdiri sndiri
Sapa suruhx jg diri selama ni
Sekian
Quote lyshafull 10-12-2021 12:28 AM
Percintaan budk2
Quote cikrosienona 10-12-2021 03:32 AM
atas kapasiti apa dia ni jadi artis? coz her sister is a celebrity? another LMK

serious xnmpk kat mana Karisma or kecantikan dia untuk jadi artis.
Quote sukacactus 10-12-2021 07:16 AM
Geli hati aku tgk kisah budak2 bercinta
Lenkali xpayah ulas pepanjang dek
Ckp I'm ok cukup
Quote Rogue98 10-12-2021 07:23 AM
Edited by Rogue98 at 10-12-2021 07:24 AM

Kuasa pulak nak layan citer bbnu bercinta...putus cinta. Muka budak lelaki tu pun mcm nak mintak pelempang..
Quote cmf_premierleag 10-12-2021 07:26 AM
mail ni spm pun tak amik kan
anak datok spoil brat acah2 hensem kaya playboy walau rupa paras berryy d sedihhh
Quote uori 10-12-2021 07:50 AM
tuanya muka ko dek
Quote NekNgah 12-12-2021 12:03 PM
umbut replied at 9-12-2021 06:25 PM
Si dak mail ni muka x ler hencem..citer pasal gf je memanjang ko ni.. nak jadi kasanova konon. Yg po ...

Kaching & fame.. semua nak ride..
Quote gideoncross 12-12-2021 05:34 PM
NekNgah replied at 12-12-2021 12:03 PM
Kaching & fame.. semua nak ride..

Btul tu, ada duit bnyk, muka x hensem pun jdi hensem.
Quote gideoncross 12-12-2021 05:35 PM
cmf_premierleag replied at 10-12-2021 07:26 AM
mail ni spm pun tak amik kan
anak datok spoil brat acah2 hensem kaya playboy walau rupa paras berryy ...

Mungkin mak bapak dh wariskn bnyk duit, sbb tu dh x kisah lgi kat plajaran. Sma mcm anak2 David & Victoria Beckham, blajar smua x pass tpi galak ksana kmari brkepit dgn pompuan.
Quote gideoncross 12-12-2021 05:36 PM
sukacactus replied at 10-12-2021 07:16 AM
Geli hati aku tgk kisah budak2 bercinta
Lenkali xpayah ulas pepanjang dek
Ckp I'm ok cukup

Ikr? 21 tu mentah lgi tpi BBNU sllu melebih2 wlaupn stakat cinta monyet camni, geli tngok.
Quote gideoncross 12-12-2021 05:37 PM
whimsicalmusic replied at 9-12-2021 06:10 PM
Selama ni ko jaga mail ke? Suruh mail jaga diri sendiri mcm selama ni ko tpaksa lyn die, tanggungjaw ...

BBNU skrg dh upgrade habis2an, bru stakat couple tpi prangai mnunjukkn mcm dh brkhwin je pstu nnti kwn2 dorg pun hype2 kn dorg. Tu yg naik syeh tu.
Quote gideoncross 12-12-2021 05:39 PM
cmf_premierleag replied at 10-12-2021 07:26 AM
mail ni spm pun tak amik kan
anak datok spoil brat acah2 hensem kaya playboy walau rupa paras berryy ...

Otak dorg blum lgi brfikir bnda2 yg pnting mcm kita2 yg dh dwasa ni, sbb tu dorg kisah sngt kat cinta monyet tu as if pnting sngt. Cubalah nnti tnggungjwp dh msuk, cinta2 monyet ni smuanya x pnting lgi pun.
Quote eely_shana 12-12-2021 07:27 PM
Nti adalah tu cinta lain

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.071181 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top