Lelaki dipenjarakan 14 tahun selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita pada 10 Ogos lalu. Metro melaporkan, Khaled Argoub, 21, mengekori mangsa dari sebuah stesen kereta api bawah tanah Night Tube di London jam 3 pagi sebelum menyeretnya ke Wandle Park dan mencekik hingga wanita itu tidak sedarkan diri.
Suspek kemudian melakukan serangan seksual dan cuba memperkosa mangsa. Menurut laporan, mangsa berusia lingkungan 20-an itu berjaya melarikan diri ke sebuah kawasan perumahan selepas menggigit tangan suspek yang menekup mulutnya. Sebaik polis tiba, mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat cedera ringan dialaminya dalam serangan itu. Difahamkan, penemuan sampel DNA suspek pada kuku mangsa membawa kepada penahanan Argoub pada 24 Ogos sebelum dia didakwa pada hari sama.
Tertuduh bagaimanapun mendakwa tidak ingat berada di mana pada hari kejadian selain berkata, serangan itu mungkin dilakukan 'kembarnya'. Dakwanya, dia memiliki kembar seiras, namun tidak tahu di mana kembarnya itu berada kerana sudah lama terputus hubungan dengannya. Namun, cubaannya menipu gagal apabila teman serumah mendakwa Argoub mengaku tidak memiliki keluarga di United Kingdom. - CARI
|
diiyanazakaria replied at 22-9-2020 08:39 PM
Ni mcm satu episod svu..die kena tahan sbb dna dia jumpa kt mangsa2 rogol.kena tahan polis n hampir ...
ADVERTISEMENT