CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Prank Gelang Pink', Polis Akan Ambil Tindakan

23-9-2020 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6630| Komen: 49

Description: Gurauan influencer memakai gelang merah jambu di restoran baru-baru ini, membawa padah kerana dia mungkin akan dikenakan tindakan di atas perbuatannya itu.
Gurauan influencer memakai gelang merah jambu di restoran baru-baru ini, membawa padah kerana dia mungkin akan dikenakan tindakan di atas perbuatannya itu.


Kredit foto: IG Chazynash/The Star


Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadap individu memakai gelang merah jambu untuk tujuan gurauan (prank).

Lapor Awani, tindakan sedemikian adalah satu kenyataan kerana berniat menipu orang ramai.

“Terdapat dua kesalahan. Pertama, jika dia benar-benar dikuarantin dan memakai gelang ‘pink’ untuk keluar, tentunya dia dikenakan tindakan.

“Kalau tidak dikenakan kuarantin tetapi (semata-mata hanya) memakai gelang tersebut, dia juga menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai. Dia salah (kerana) melakukan kesalahan tersebut,” katanya.


Beliau sekali lagi menegaskan perkara itu perlu diambil serius dan tidak boleh dibuat main kerana melibatkan isu nyawa. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 23-9-2020 01:33 PM
Good cash dapat..
Tp dia kerabat ek.. mesti ada kad kuning or oku..
Quote miss_beku 23-9-2020 01:49 PM
Padan muka,, merapik2 trend skrg nk popular
Quote mamajawie 23-9-2020 02:25 PM
adan uke..angai anat angat..

tiberhhh tiru gaya kinah tintong adhd
Quote tipah89 23-9-2020 02:32 PM
lattehazelnut replied at 23-9-2020 01:33 PM
Good cash dapat..
Tp dia kerabat ek.. mesti ada kad kuning or oku..

kerabat negeri utagha kan...

Quote saviour_09 23-9-2020 02:58 PM
its about time

makin lama makin acah2 amarekaaa nak prank sana sini



Quote husna_amal 23-9-2020 03:25 PM
Tu lah lapar perhatian sangat. Cuba buat sesuatu yang bermanfaat dan matang sikit.
Quote axl_bach 23-9-2020 03:26 PM
Aduhaiiii, Paklong Mail ni tau ke apa tu PRANK?

Yg si Nash ni buat bkn PRANK tp lebih kpd PARODY.....

Bkn nk side mamat bangang ni tp tolonglah tgk video dia tu, dia buat SPOOF isu semasa....dikala kes org dlm kuarantin byk langgar peraturan keluar ke khalayak dgn gelang pink dia buat parody isu yg sama, cuma dia twist jadi gelang pink tu sbg tanda dia tu lelaki yg kena queen control kat rumah, bkn sbg pesakit under surveilance
Quote Zack8hunter 23-9-2020 03:29 PM
Kosser benda2 bodo mcm tu..CASH!!
Quote axl_bach 23-9-2020 03:29 PM
saviour_09 replied at 23-9-2020 02:58 PM
its about time

makin lama makin acah2 amarekaaa nak prank sana sini

Dia bkn buat prank lah, dia buat parodi
Quote orgsepang 23-9-2020 03:39 PM
Niat tidak menghalalkan perbuatan. Salah tetap salah.
Quote riyadhK 23-9-2020 03:50 PM
Gigih la pulak nk prove itu bahan @ peralatan KKM.
Quote ChildrenOfBodom 23-9-2020 03:57 PM
from chazzy_nash to ca$hy_nash
Quote Sazida 23-9-2020 04:28 PM
Hmm alih2 byr denda je tu., sepupu raja muda perlisssskan dia ni., if i am not mistaken lah.
Quote mizruncing 23-9-2020 04:34 PM
elok sangat laa. benda mcm ni pon nk dibuat main. so loserrr
Quote hollahop 23-9-2020 04:43 PM
dia buat parodi, bukan prank.

tapi tu la issue2 cobit ni kan benda sensetive.
Quote bulan_gerhana 23-9-2020 04:43 PM
x kira la parodi ke prank ke... tetap perlu diambil tindakan sebab melibatkan wabak yg tgh menular.. esok2 org ingat prank lagi sbb ia memang betul2 dan bukan cobaan...

eh kalo kerabat x leh diambik tindakan ke?? ngarut la... xdenye kebal aih
Quote ~boolean 23-9-2020 05:41 PM
axl_bach replied at 23-9-2020 03:26 PM
Aduhaiiii, Paklong Mail ni tau ke apa tu PRANK?

Yg si Nash ni buat bkn PRANK tp lebih kpd PARODY. ...

Kalau parodi ni yang buatnya kat tv macam rancangan maharaja lawak ke, mungkin nampak la ciri2 rancangan tv, tak lah orang sentap sangat..

Tapi yg buatnya instabodoh, ada sebab juga lah orang nak sentap sebab konten instabodoh selalunya ditiru instabodoh yang lain..elok awal2 dibendung sebelum instabodoh2 ni buat konten batuk kat public, pura2 jadi frontliner, mengaku positif covid dll..ini semua instabodoh luar negara dah buat...bendung awal2 sebelum negara kita pun ikut bodoh macam orang luar..

Quote Orix 23-9-2020 05:48 PM
halah.  isu prank mcm ni ko pdg serius. bila muntri kena kuarantin x pakai gelang lepastu ke sana ke sini xde pulak ko nk pdg serius ?
Quote nikola.tesla 23-9-2020 05:53 PM
ni prank bukan parodi

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060660 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top