CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Padan Muka Merosot! Asyik Ulang Cerita Sama, Baik Tengok Netflix

22-6-2020 09:58 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18813| Komen: 97|Original author: Oleh: Cari-azza



"Memang la merosot, sehari 5-6 kali dok tayang benda sama. B*do ke?"

Kecoh di media sosial dengan laporan Astro (stesen televisyen berbayar) yang berdepan cabaran baru pada suku pertama 2020 ini.

Penurunan dalam permintaan langganan dan penangguhan acara sukan adalah cabaran yang terpaksa dihadapi gara-gara Covid-19.


Maka, ramai warganet membuat ulasan ianya adalah kerana keengganan stesen swasta itu sendiri mengikut perkembangan semasa yang sangat laju. 

Selain itu, bayaran mahal, program yang diulang-ulang, iklan terlampau banyak hingga menyamai stesen televisyen percuma juga disebut-sebut sebagai punca kurangnya permintaan langganan.

Betul ke Astro pentingkan diri sendiri?


Kredit foto: Twitter Berita Harian

Menurut laporan disediakan RHB Bank dan Public Investment Bank, pendapatan Astro dijangka merundum pada 2021
berikutan penundaan kandungan sukan (Olimpik dan Euro 2020). Ianya ada kena mengena dengan pandemik Covid 19 hingga mengakibatkan stesen televisyen itu terpaksa akur dengan situasi semasa.

Bagaimanapun, bagi mereka yang pernah melanggan stesen televisyen satelit itu berpendapat bahawa ianya adalah kerana keangkuhan mereka sendiri yang bersifat memonopoli, tidak mahu mendengar rungutan pelanggannya dan banyak lagi.


Kredit foto : Twitter
Kredit foto : tecnohugs.com


Keengganan Astro memperbaiki kualitinya seperti memakan diri sendiri. Sementelah lagi kehadiran perkhidmatan penstriman online seperti Netflix, Iflix, Viu hatta Youtube sendiri yang menyediakan pelbagai program menarik membuatkan lebih ramai penonton memilih saluran ini berbanding kaedah tradisional.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Mi Community


Bagaimanapun, laporan itu memfokuskan bahawa keuntungan bersih Astro susut kepada RM73.84 juta untuk suku pertama berakhir 30 April 2020, daripada RM76.20 juta yang dicatatkan sebelum ini. Ini bermakna stesen penyiar swasta itu tidak rugi cuma untung bersih berkurangan dari tahun sebelumnya.

Apapun, usah mendabik dada. Masih banyak yang perlu diperbaiki supaya pelanggan tidak lagi merungut. Mungkin boleh dimulakan dengan mengambil cerita-cerita baru serta menambah baik kualiti siaran ketika musim hujan? 

Apa pendapat anda? - CARI
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 22-6-2020 10:02 AM
jom boikot ramai2 sampai asteruk surrender utk improve servis
Quote telracs 22-6-2020 10:04 AM
Astro HD iols langgan ni bengong pulak....
Minggu dulu ada siaran ni....nanti seminggu lagi hilang siaran tu, siaran lain pulak dibaginya....nanti minggu lain tukar siaran lain pulak....iols yang pening....kejap ada....kejap tak de....ke memang cenggitu?
Macam nak kena hempuk....
Quote safieyah1984 22-6-2020 10:05 AM
astro melampau sangat, potong channel best sesuka hati, start dari dia potong channel lifetime i dah menyirap, sbb lifetime kan banyak movie best2, pastu dia potong astro bella lagi i menyirap, pastu astro diva, seuka hati jek nak potong bayaran x turun pulak
Quote nishikido 22-6-2020 10:23 AM
Ada lagi eh manusia pakai astro..lulz
Quote per706 22-6-2020 10:25 AM
Edited by per706 at 22-6-2020 10:42 AM

Biar trun lgi.da berabad pon time ujan asik x dak siaran.pastu cam biasa la cite dok ulang2. Dlu lnggan pon bukn sbb nk tgok astro sgt..sbb snang nk dpt tgok tv n dpt siaran.msuk je streamyx area sini.tggu abes contract trus cut.TM lgi bgus.tpon dpt.internet dpt.siaran tv pon dpt.berbloi thap maksima.guna smart tv,hurmmm lgi la x lalu tgok astro.

Cite n program TM tv pon best jugak..kdg ada prasan cite/program kt astro tiru TM .ade a few TM tayang dlu. Then nmpak cite tu plak msuk astro. Wake up la astro.skang ni org da byk pilihan.formula ulang tyang cerita smpi lebam ni da x relevan la
Quote AbukRokok 22-6-2020 10:30 AM
ehh ada lagi astro...benda zaman kuno yang aku tak pernah langgan pun
Quote nisako 22-6-2020 10:35 AM
dah lama tutup astro ni..........................mmg x best ulang je
Quote meow_tompok 22-6-2020 10:47 AM
tempat aku bila dah masuk unifi, dpt fibre servis terus aku lupakan astro njoi
penah call sampai 1 jam tunggu semata-mata nak berckp dgn staff utk masalah teknikal
sekarang umah aku semua stream online je tak pernah lagik dlm idup aku langgan astro bayar bulan2.

Quote vee_zara 22-6-2020 11:23 AM
Adan ukee.. i bertahun2 tak tgok astro selalu layan netflix n youtube je.
Quote husna_amal 22-6-2020 11:24 AM
Keuntungan merosot je pun. Biasalah tu mana2 langganan tv swasta kat dunia ni ada pengulangan rancangan tv. Yang pakai android box secara pirate ni pula cari yang ada channel astro juga.
Quote mieymiey 22-6-2020 11:27 AM
Weols pun dah potong astro. Sekarang ni yang ada njoi tu jerrr. Baik langgan netflix daripada langgan astro.
Quote Orix 22-6-2020 11:41 AM
Selayaknyalah.
Quote 234126 22-6-2020 12:03 PM
astro selalu call iol padahal iol dah lama tak langgan astro. Rimas. Dah la orang lain lain. Promote servis sampai iol terblock number orang tak berkaitan sebab serabut takut astro call.
Quote coolie83 22-6-2020 12:08 PM
wa dalam kira2 nk kurangkan lagi channel astor ni..bayo 150 tetiap bulan xde apa memorable pun cerita..smua cerita recycle/ repeat aje...baru buang sports package...pasni movie package pulak..tgk la sebulan 2 ni citer sampah je,mmg aku remove..pakai basic pun lagi bagus
Quote msrosse 22-6-2020 12:08 PM
mmg bongok sesangat potong channel sesuka hati tanpa notis ... patut inform customer sebab channel tu customer yg pilih & bayar! diharapnya melingkup cepat! aamiin ...
Quote dubuk 22-6-2020 12:12 PM
padan muka. channel 732 CI tu dah jadi rumah tinggal berhantu tak ada cerita baru

aku pun dah potong astro
Quote sarahmirza 22-6-2020 12:24 PM
I dah lama terminate astro... ganti dengan unifi.
Unifi ni pun sebab nak amik line internet takde had boleh berporum siang ke malam ke hari esok...
Quote salimrock 22-6-2020 12:37 PM
untung merosot ja, dari 76juta ke 73 juta, turun 3 juta je...

Quote miznora 22-6-2020 12:58 PM
Biar lepas ni untung makin merosot..

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top