CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selisih Ajal, Budak 4 Tahun Selamat Jatuh Dari Tingkat 29

20-6-2020 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4758| Komen: 16

Description: Budak lelaki empat tahun terselamat selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah apartment di China.
Budak lelaki empat tahun terselamat selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah apartment di China.

Shanghaiist melaporkan semalam, mangsa dikenali sebagai Yang Yang itu dijaga neneknya pada 8 Jun, sementara ibu bapanya bekerja.


Difahamkan, sebelum kejadian wanita terbabit keluar dari rumah selama 15 minit untuk menguruskan sesuatu dan meninggalkan mangsa bersendirian menonton televisyen.


Foto: Shanghaiist

Entah bagaimana, kanak-kanak itu memanjat kabinet di dapur sebelum terjatuh ke luar tingkap.

Walaupun bernasib baik terjatuh di atas beberapa pokok sebelum mendarat atas batas bunga, mangsa ditemui neneknya dalam keadaan parah.

Yang Yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal lebih seminggu akibat kegagalan bernafas, mengalami gegaran otak, patah beberapa tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain pada tubuh.

Bagaimanapun, dia dilaporkan sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif. - CARI

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 20-6-2020 02:19 PM
Rasanya mcm tiap2 bulan ada2 je kes budak jatuh high rise apartment/condo kt China.
Quote imransulaiman 20-6-2020 03:03 PM
Semoga takde cacat kekal..
Quote Abam_Leh 20-6-2020 03:13 PM
Alhamdulillah syukur selamat walaupun parah


Kalau jatuh tak de kecedaraan , tu kena check, mungkin budak tu asal dari kripton


Quote Noraniza_Iblis 20-6-2020 03:37 PM
kalau cacat kekal..
doc kt sane blh beri pilihan pada parents utk biarkan budak tu hidup atau mati kan terus..
Quote 234126 20-6-2020 04:22 PM
“ sebelum kejadian wanita terbabit keluar dari rumah selama 15 minit untuk menguruskan sesuatu dan meninggalkan mangsa bersendirian menonton televisyen“

Dah cukup info kat situ utk selayaknya dikecam
Quote Tinot7 20-6-2020 05:34 PM
Get well soon..


Walaupun bernasib baik terjatuh di atas beberapa pokok sebelum mendarat atas batas bunga, mangsa ditemui neneknya dalam keadaan parah.


Yang Yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal lebih seminggu akibat kegagalan bernafas, mengalami gegaran otak, patah beberapa tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain pada tubuh.
Quote Maideen. 20-6-2020 05:42 PM
Kalau Allah lebih sayangkan budak tu, dah mati dia dah...... Nasib baik keluarga dia lebih sayangkan dia.
Quote CiliPadiSedap 20-6-2020 06:08 PM
imransulaiman: Semoga takde cacat kekal..

Kalau cmtu mmg cacat kekal tp organ dalaman
Quote Supersirap 20-6-2020 09:59 PM
Semoga kanak-kanak tersebut cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa
Quote Cassieopeia 22-6-2020 08:48 AM
Noraniza_Iblis replied at 20-6-2020 03:37 PM
kalau cacat kekal..
doc kt sane blh beri pilihan pada parents utk biarkan budak tu hidup atau mati  ...

yeke? kejam tul
Quote blackpaper 22-6-2020 10:20 AM
entah2 kena campak...bkn bole pcaya kt china ni
Quote husna_amal 22-6-2020 10:51 AM
Harap2 kat budak tu takde kesan buruk yang jadi.
Quote diss69 23-6-2020 12:44 PM
Memang pnjg umur lagi bdknya..
Quote Miss_LoveLeen 24-6-2020 01:57 AM
Apa la perasaan mak ayah budak ni? Mesti berkonflik jgak hubungan dgn nenek tu nanti
Quote gigahertz 24-6-2020 01:21 PM
blackpaper replied at 22-6-2020 02:20 AM
entah2 kena campak...bkn bole pcaya kt china ni

ntah nenek dia suruh kahwin dengan Tipah. anak dia kahwin dengan MeiMei.bila mei mei dapat anak. tetiba anak perempuan pulak. nenek dia nak anak laki...
mengamuk la si nenek.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.068649 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top