CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mungkin Sebab Angkat Berat Di Gim, Zain Saidin Kena 'Thinning Disc'

21-6-2020 08:44 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16509| Komen: 86|Original author: Oleh: LilRose

Pelakon Zain Saidin, 36, berkata, dia dinasihatkan doktor supaya mengawal pemakanannya terutama yang mengandungi kolestrol tinggi.

Dia berkata begitu kepada Harian Metro ketika menjelaskan sebab dimasukkan ke hospital sekali lagi dalam masa seminggu selepas mengalami masalah akibat jangkitan pundi kencing.



Kredit foto: IG

Katanya, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada Selasa apabila sakit bahagian belakang yang dipanggil sebagai 'thinning disc'.

"Setiap kali tengah rukuk waktu bersolat, saya akan terasa sakit di bahagian belakang. Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk.


Kredit foto: IG


"Ingatkan mula-mula sakit disebabkan masalah jangkitan pundi kencing yang dialami sebelum ini. Bagaimanapun, doktor memberitahu ia bukanlah penyakit kronik dan masih di peringkat awal. Kemungkinan punca sakit yang dialami disebabkan saya mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Zain dimaklumkan apa yang dialaminya adalah sesuatu yang normal dan belum sampai ke tahap 'slip disc'.


Kredit foto: IG

Doktor juga menasihatinya supaya menjaga pemakanan sebab bacaan kolestrol tinggi. 

"Saya tak boleh makan makanan tinggi kolestrol serta berminyak, keju dan mentega. 

"Bimbang pula jika tidak dijaga boleh menyerang jantung," katanya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 21-6-2020 08:49 AM
GWS Zain Saidin laki Cheta ayah Ecah.
Quote Kurex 21-6-2020 09:09 AM
Atau sakit rindukan kurex
Quote innocent_me 21-6-2020 09:38 AM
Alaheiiii perlu ke posing sedemikian.
Kesian masuk wad pun masih perlu posing bagai nampak mcm zain tak selesa. Nasib hang lah asal bahagia dan tak kacau orang.
Apa2 pun GWS ..
Quote BicaraHatiku 21-6-2020 10:02 AM
Edited by BicaraHatiku at 21-6-2020 10:31 AM

Tengok bicep zain pun tahu, tu mesti angkat berat lebih muatan. Tengok body Kevin Zahri tu.. walapun kecik tapi nampak fit x melampau. Masaalah org yg suka ber gym terutama jantan...kalau boleh lori balak pun diaorang angkat nak cepat build muscles.
Quote cmf_premierleag 21-6-2020 10:03 AM
mcm kakak pi visit adik kt spital jah
Quote Pujangga22 21-6-2020 10:22 AM
innocent_me replied at 21-6-2020 09:38 AM
Alaheiiii perlu ke posing sedemikian.
Kesian masuk wad pun masih perlu posing bagai nampak mcm zain ...

ermm igt photoshoot ka apa ni...cannot brain
Quote slyfynx 21-6-2020 10:22 AM
Adui, sempat jg pakai make up tebal2 and buat photoshoot.
X paham aku orang vain mcm ni

- CARI
Quote sleepandream 21-6-2020 10:27 AM
anak laki cheta tu pun gym rat kan..
kemain begambar macamtu atas katil sepital yach
Quote miss_beku 21-6-2020 10:36 AM
Sapelah yg gigih jadi potografer depa niiiii,,,, hahahhahaha atas katil pun tetappppppp kau {:yameteh
Quote anony-mous 21-6-2020 10:42 AM
Fake nya gmbar2 ittew!! Xpenat ke bergambar mcm lakonan gitu?? Zain ni xkeje ke? Dari pegi gym, baik ko keje
Quote anony-mous 21-6-2020 10:43 AM
cmf_premierleag replied at 21-6-2020 10:03 AM
mcm kakak pi visit adik kt spital jah

Mcm mak n ank sulung
Quote cmf_premierleag 21-6-2020 11:06 AM
anony-mous replied at 21-6-2020 10:43 AM
Mcm mak n ank sulung

maknya dulu kawen dgn lelaki omputeh yg ada surname middleton...ada la bau2 bacang dgn kate middleton
so anaknya ni, Mr.Middletown yg ngajor kt sekolah oh my english ni cedera akibat salah teknik bermain bola jaring
lantas ibunya hantar ke spital
Quote Tinot7 21-6-2020 11:35 AM
Slipped disc ke thinning disc? Ke mmg windu kurex?

Mungkin Sebab Angkat Berat Di Gim, Zain Saidin Kena 'Thinning Disc'
Quote BicaraHatiku 21-6-2020 12:30 PM
Edited by BicaraHatiku at 21-6-2020 10:19 PM
Tinot7 replied at 21-6-2020 11:35 AM
Slipped disc ke thinning disc? Ke mmg windu kurex?

Mungkin Sebab Angkat Berat Di Gim, Zain Saidin ...

Zain tu dia thinning disc (degenerative)..disc yg mengecut/lusuh/nipis. Slipped disc (herniated)..disc yg terkeluar dri soket/terbukak.

Sakit chuols sampai boleh terduduk pon ada. Macam urat ditarik2 keras kat belakang tak selesa. Ramai yg jenis ambik pain killer jer tapi x nk pergi check.

Quote LadyCarefree 21-6-2020 12:31 PM
Xde ke nk puji sweet
Quote Potato_kering 21-6-2020 12:33 PM
Bergambar tak buka mulut tak sah. Suka no ternganga.. anyway, anybody know apa dlm bonggol unta cik ta tu? Tak berat ke? Ada kah ia sejenis span, kain atau batu bata?
Quote Tinot7 21-6-2020 12:34 PM
BicaraHatiku replied at 21-6-2020 12:30 PM
Zain dia thinning disc (degenerative)..disc yg mengecut/lusuh/nipis. Slipped disc (herniated)..d ...

Ok tengkiu...
Quote gummiebear 21-6-2020 12:45 PM
Gigihnya lah che ta ni. Takleh ke amek pic cam orang biasa

GWS ZS
Quote RatuDunia94 21-6-2020 12:56 PM
Ke che ta sewa studio hospital kekrul utk buat photoshoot.. abis photoshoot masuk spital gomen jah..


Jahatnya aku...

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050241 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top