Budak lelaki empat tahun terselamat selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah apartment di China. Shanghaiist melaporkan semalam, mangsa dikenali sebagai Yang Yang itu dijaga neneknya pada 8 Jun, sementara ibu bapanya bekerja.
Difahamkan, sebelum kejadian wanita terbabit keluar dari rumah selama 15 minit untuk menguruskan sesuatu dan meninggalkan mangsa bersendirian menonton televisyen. Entah bagaimana, kanak-kanak itu memanjat kabinet di dapur sebelum terjatuh ke luar tingkap. Walaupun bernasib baik terjatuh di atas beberapa pokok sebelum mendarat atas batas bunga, mangsa ditemui neneknya dalam keadaan parah. Yang Yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal lebih seminggu akibat kegagalan bernafas, mengalami gegaran otak, patah beberapa tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain pada tubuh. Bagaimanapun, dia dilaporkan sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif. - CARI
|
imransulaiman: Semoga takde cacat kekal..
Noraniza_Iblis replied at 20-6-2020 03:37 PM
kalau cacat kekal..
doc kt sane blh beri pilihan pada parents utk biarkan budak tu hidup atau mati ...
blackpaper replied at 22-6-2020 02:20 AM
entah2 kena campak...bkn bole pcaya kt china ni
ADVERTISEMENT