Budak lelaki empat tahun terselamat selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah apartment di China.
Shanghaiist melaporkan semalam, mangsa dikenali sebagai Yang Yang itu dijaga neneknya pada 8 Jun, sementara ibu bapanya bekerja.
Difahamkan, sebelum kejadian wanita terbabit keluar dari rumah selama 15 minit untuk menguruskan sesuatu dan meninggalkan mangsa bersendirian menonton televisyen.
Foto: Shanghaiist
Entah bagaimana, kanak-kanak itu memanjat kabinet di dapur sebelum terjatuh ke luar tingkap.
Walaupun bernasib baik terjatuh di atas beberapa pokok sebelum mendarat atas batas bunga, mangsa ditemui neneknya dalam keadaan parah.
Yang Yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal lebih seminggu akibat kegagalan bernafas, mengalami gegaran otak, patah beberapa tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain pada tubuh.
Bagaimanapun, dia dilaporkan sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif. - CARI
Post time 20-6-2020 04:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
“ sebelum kejadian wanita terbabit keluar dari rumah selama 15 minit untuk menguruskan sesuatu dan meninggalkan mangsa bersendirian menonton televisyen“
Post time 20-6-2020 05:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Get well soon..
Walaupun bernasib baik terjatuh di atas beberapa pokok sebelum mendarat atas batas bunga, mangsa ditemui neneknya dalam keadaan parah.
Yang Yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal lebih seminggu akibat kegagalan bernafas, mengalami gegaran otak, patah beberapa tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain pada tubuh.
ntah nenek dia suruh kahwin dengan Tipah. anak dia kahwin dengan MeiMei.bila mei mei dapat anak. tetiba anak perempuan pulak. nenek dia nak anak laki...
mengamuk la si nenek.