Sebut nama Mimi Peri pasti warga maya sudah terbayang selebriti media sosial Indonesia yang sering membawa perwatakan diluar jangkaan dengan olesan warna gincu merah menyala di bibirnya.
Populariti Mimi Peri meningkat naik kerana dia dilihat membuat live di Instagram bersama beberapa artis di Malaysia. Tidak semena-mena nama Mimi Peri menjadi bualan hangat oleh masyarakat Malaysia kerana selebriti Instagram dari Indonesia ini juga turut dilihat membuat sesi Instagram Live bersama beberapa selebriti negara, antaranya Fizz Fairuz, Zizan Razak dan terbaru, bersama pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar.
Mimi Peri yang mengaku dirinya sebagai Peri dari Kayangan sering membuat netizen tertawa dengan telatahnya yang melucukan.
Terbaru, Mimi Peri sekali lagi menjadi sebutan kerana kemerduan suaranya membaca ayat suci al-Quran. Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara dan kefasihannya membaca al-Quran yang mungkin tidak semua orang mampu untuk melaksanakannya. Mimi turut menyatakan di akhir video bahawa beliau masih belajar memperbaiki tahap bacaan al-Qurannya. Walaupun sebelum ini ramai mengecam Mimi Peri kerana sering kali berpewatakan aneh, kali ini ramai yang sedar bahawa keperibadian seseorang itu tidak wajar diadili dari luaran sahaja. Nampak gila-gila, amal ibadat tidak dilupa. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|