CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tak Mudah Nak Survive, Mungkin Sebab Tak Cantik Dan Plus Size' - Nasz Sally

13-7-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8336| Komen: 36

Description: Pelakon Nasz Sally akui sukar menempatkan diri sebagai pelakon lebih dikenali dalam industri.
Pelakon Nasz Sally akui sukar menempatkan diri sebagai pelakon lebih dikenali dalam industri.

Katanya, biarpun kerap terbabit dalam produksi filem, drama dan teater, dia percaya ramai masih memandang fizikal berbanding bakat.



Kredit foto: IG Nasz

"Mungkin faktor fizikal dan rupa saya yang dikatakan tak cantik dan plus size. Mungkin...

"Dan mungkin saya dicop sebagai 'character actor' yang sering diberikan watak lawak atau belum rezeki saya untuk diberi peluang watak yang lebih mencabar bakat saya dan menyerlahkan lakonan saya.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan penerimaan peminat saya dan industri untuk hasil kerja saya sebelum ini.

"Saya percaya dengan bakat yang ada dan bukan mengejar glamor saja dalam kerja saya," katanya kepada Gempak.

Kongsi Nasz atau nama sebenarnya Nazurah Hanoom Hanafie, dia pernah diejek di set penggambaran namun cuba memujuk diri untuk terus percaya pada rezeki.




"Industri seni kita, to survive is not easy for me. Semestinya ada ups and downs. Tapi saya tidak pernah berputus asa akan rezeki yang diberi dan percaya dengan rezeki sendiri.

"Tipulah saya tak pernah kena marah on set, ada saja kena marah, kena tegur dan dipanggil names about my body, my acting, but asalkan saya buat yang terbiay dan sentiasa ingatkan diri saya it's not about glamous. It's about your art work. Sabar dan terys percaya dengan bakat sendiri," ujarnya.

Nazs kini muncul dengan dua drama serentak yang sedang ditayangkan iaitu Ratu Ten Pin dan Love Elsa.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote twins 13-7-2021 01:49 PM
first time tengok dia berlakun citer Sweet Dreams... masa tu dia lebih kepada watak kelakar.. so nampak biasa2 jer.... & dia pun kata Mike Ang yg banyak ajar dia & hari2 kena marah sbb tak up to standard.. memek muka salah.. tonasi dialog tak kena....  Tapi mike ambik dia lagi dalam Angkara... yg ni sy suka watak dia... watak antagonis & dia memang bagus....
Quote fadz84 13-7-2021 01:50 PM
X perasan la dia ni.. huhuhu
Quote Skuau 13-7-2021 02:25 PM
nak wat canna..udah kek Msia ni 1 'jenis jer citer' yg ada....'citer kul 7' jer.Kalau kat barat sb memacam jenis citer yg ada....drng sesuaikan 'orang/pelakon ngn karektor yg dibawa'....dan 'jalan citernya'.
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 02:50 PM
Industri gitu lerr. Asal plus je, bagi watak lawak.
Quote Izumieza 13-7-2021 03:09 PM
Aku 1st tgk die ni dlm cite ben amir dgn mira filzah tu kalau tak silap. Dia berlakon ok, tak kayu.. in fact dalam cite tu watak dia menyerlah sangat berbanding pelakon utama..
Quote cmf_premierleag 13-7-2021 03:35 PM
penah tgk dia belakon
lawak gak la..akak terhibur juga tgk sheols ni.saing2 sherry al hadad gak la ..akak takkan tukar cenel ya kalo tgk diorg kt tv
Quote selipar_hijau 13-7-2021 03:48 PM
Tengok dia ni teringat pelakon thai yg belakon lawak2 gak nama Tukky (Sudarat Butrprom). Dia ada belakon jadi hantu dlm Oh My Ghost/Haunting Me tapi bukan yg jadi pancake tu tapi yg lagi sorg
Quote alieyrina 13-7-2021 03:56 PM
Nak ala2 ida moin kalau nampak dia lakon
Quote Ferr_Remy 13-7-2021 04:31 PM
Abes tu mmg x logik la heroin nak plus size.. Walaupun about positivity bagai, mmg org jrg nak tgk pun. Bersyukur je dpt watak lawak2.
Quote rayray28 13-7-2021 04:37 PM
dia comel je gk cheeky2 and kulit muka tu licinnn
Quote salmon-suki 13-7-2021 04:39 PM
Ai xknl pn dia ni .tp alasan berisi n x cantik tu faham laa..tp sherry helok jah mendonia walaupun plus size..maybe jd host jgk mcm sherry tu,bina nama n org dah kenal,boleh berlakon haa...tp plus size mmg susah nak dpt watak utama sbb realitinya manusia suka tgk benda kuyus,putih.. walaupun muka basic gedik tp sbb kuyus n putih,org puja..
Quote salmon-suki 13-7-2021 04:40 PM
selipar_hijau replied at 13-7-2021 03:48 PM
Tengok dia ni teringat pelakon thai yg belakon lawak2 gak nama Tukky (Sudarat Butrprom). Dia ada bel ...

Pancake tu lawak kit n memorable watak dia..ai suka tgk OMGhost sbb dia laa..rasa nak tamporrr jah dia n geng2 RuPaul tuh..hahahaha
Quote tokchik 13-7-2021 05:32 PM
Tapi dia kalau berlakun Aku suka
Hidup wataknya
Quote wirazam 13-7-2021 06:49 PM
Aku nak tgk dia jadi heroin..boleh carry tak watak Tu...Michael ang boleh direct...tapi itulah ada market ke tak?
Quote beatgirlX 13-7-2021 07:06 PM
Xemm..aku suka dia ni..berlakon ok..nampak natural..go Nazs
Quote hyie 13-7-2021 07:10 PM
sheols kelakar la...iols suka je...dan selalu je nampak muka sheols kat tv...dan tak rasa sheols gemuk mana...sebab tak perasan pon
Quote TomyamPuteh 13-7-2021 07:23 PM
Jd cikgu dlm geng sekolah menengah. Kelakar.
Quote lavendernovella 13-7-2021 11:00 PM
Kalau ada siri Criminal Minds versi Malaysia. Watak Penelope Garcia tu boleh fit untuk dia.

Watak Phoolan Devi dalam Bandit Queen 1994 , sesuai jugak utk dia. iol rasa dia boleh execute watak ni dengan baik , tak tau naper.

Lain2 , watak Kathy Bates dalam Misery. Intense.

Watak jadi nanny. Witch Nanny. Kelakar with Dark undertone.

Memandai jer aku kan haha.. malangnya kat malaysia takder semua genre2 atas tu.  






Quote Loh_83 13-7-2021 11:26 PM
TomyamPuteh replied at 13-7-2021 07:23 PM
Jd cikgu dlm geng sekolah menengah. Kelakar.

Cikgu Bariah dalam SMK tu ke?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.134792 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top