CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suntikan Vaksin Melepasi Tarikh Luput Tak Benar - KJ

13-7-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1188| Komen: 0

Description: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat isu penjualan slot janji temu vaksinasi sejak bulan lalu.
Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat isu penjualan slot janji temu vaksinasi sejak bulan lalu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, sebuah Jawatankuasa Integriti dan Siasatan juga ditubuhkan di bawah CITF dianggotai  wakil CITF, PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).



Kredit foto: Kosmo

Selain itu, katanya, satu Garis Panduan Pemantauan Vaksin dan Penyediaan “Standby List” dikuatkuasakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dalam pemberian vaksin. 

“Beberapa tindakan telah dan akan terus diambil CITF untuk membendung isu tersebut daripada terus berlaku. Sebarang perkembangan terbaharu akan dimaklumkan kepada orang awam oleh pihak PDRM. 


“Selain daripada memperkemaskan lagi pemantauan di PPV melalui garis panduan ini, keupayaan sistem di PPV terus dipertingkatkan melalui pengenalan dua faktor pengesahan bagi setiap penetapan janji temu dan penambahan bilangan penerima vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, beberapa langkah segera diambil PPV apabila menerima laporan kehadiran individu positif Covid-19 seperti menjalankan aktiviti sanitasi, pengasingan kontak rapat dengan pesakit tersebut dan melaksanakan ujian Covid-19 ke atas para petugas. 

Pada masa sama, beliau mengarahkan setiap PPV membuat pemeriksaan lebih teliti di setiap pintu masuk PPV agar tiada individu berstatus risiko tertentu dibenarkan masuk.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai yang melakukan ujian Covid-19 untuk bertanggungjawab dan tidak hadir di PPV sama ada untuk memenuhi janji temu vaksinasi atau sebagai pengiring selagi mereka tidak mendapat keputusan ujian masing-masing. 

“Orang ramai diseru untuk mengamalkan semua SOP yang ditetapkan, terutamanya memastikan penjarakan fizikal di PPV yang mana amat penting dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Khairy mengesahkan dakwaan suntikan vaksin yang melepasi tarikh luput adalah tidak benar. 

Secara ringkasnya, kata beliau, tarikh luput vaksin dos kedua yang diberi dan tertera di MySejahtera individu tersebut sebenarnya merupakan tarikh luput vaksin yang diberikan untuk dos pertama. 

Jelasnya, fakta ini disokong beberapa dokumen yang telah diperiksa. 

“Kesilapan merekodkan data telah menyebabkan perkara ini berlaku dan tarikh luput vaksin yang sebenar akan dikemas kini ke dalam MySejahtera bagi individu yang terlibat,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039951 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top