CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila Terlalu Bergantung Pada Google Maps, Sedar-sedar Je Dah Atas Highway

13-7-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2968| Komen: 2

Description: Menjadi kebiasaan orang ramai membuka aplikasi Google Maps atau Waze sebelum menuju ke destinasi yang jarang dilalui.Malah, segelintir daripada kita terlalu mengharapkan aplikasi itu sehingga kadang k ...
Menjadi kebiasaan orang ramai membuka aplikasi Google Maps atau Waze sebelum menuju ke destinasi yang jarang dilalui.

Malah, segelintir daripada kita terlalu mengharapkan aplikasi itu sehingga kadang kala tersesat jalan.



Kredit foto: TikTok

Seperti sebuah video viral di TikTok ini yang memaparkan seorang gadis tersesat ketika ingin keluar mengisi minyak.

Menerusi perkongsian @khadijah_asri dengan kapsyen "Malaysia jangan PKP lama sangat please, sorang rakyatmu dah lupa jalan," dia menceritakan pengalamannya tersesat gara-gara mengikut panduan aplikasi berkenaan ketika ingin mengisi minyak motor.



Dia juga dilihat hanya memakai selipar kerana memikirkan urusannya di luar tidak mengambil masa lama.


Namun, gara-gara terlalu bergantung kepada Google Maps, gadis ini tidak menyangka dia tiba-tiba sudah berada di atas lebuh raya.

Menurutnya, dia tersedar bahawa dirinya sudah berada di Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang.

Lebih menghairankan lagi, dia sendiri pelik bagaimana boleh melepasi dua sekatan jalan raya sepanjang perjalanan itu. 

Pada akhir video, dia dilihat buntu fikirkan cara nak pulang ke rumahnya.

Susulan tularnya video itu, rata-rata netizen terhibur dan meluahkan kebimbangan sekiranya gadis tersebut masih sesat lagi.



Nasib baik selamat sampai rumah.


Sumber: SAYS

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 13-7-2021 03:10 PM
kadang aku nyampah pakai waze, pasal benda camni la. ngabehkan minyak sungguh
Quote TabletSusu 13-7-2021 11:00 PM
jauh sgt ke stesen minyak yg dia nak gi tu?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.037499 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top