CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut Ditikam Kerana Suruh Anak Saudara Cari Kerja

13-7-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2251| Komen: 8

Description: Berang ditegur bapa saudaranya, seorang lelaki tergamak menikam warga emas berkenaan sebelum mangsa ditemukan maut di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, pagi tadi.
Berang ditegur bapa saudaranya, seorang lelaki tergamak menikam warga emas berkenaan sebelum mangsa ditemukan maut di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun maut ditikam di beberapa bahagian anggota badan termasuk muka dan kepala menggunakan sebilah pisau.



MOHD. Fadhil Minhat menunjukkan gambar pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa dalam kejadian di Kampung Serom 3, Sungai Mati, Tangkak di Johor. -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN

Menurut beliau, polis yang menerima laporan kejadian pada pukul 1.19 tengah hari menahan suspek berusia 36 tahun itu selain merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek telah tinggal serumah sejak kecil. Semasa kejadian, berlaku pertengkaran antara mereka ekoran pemuda itu sering ditegur bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.


“Bagaimanapun suspek berang dengan teguran itu sehingga berlaku perselisihan faham antara kedua-dua mereka sebelum lelaki itu kemudian bertindak agresif menikam mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, sebentar tadi.

Mohd. Fadhil berkata, suspek akan dipohon reman esok dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, suspek yang baru dibebaskan dari penjara pada Januari lalu turut memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. 


Sumber: UTUSAN ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 13-7-2021 11:25 AM
Edited by jas7512 at 13-7-2021 11:31 AM

No wonder..dadah.  penagih dadah ni x blh ke ada akta utk hukum bunuh mrk sekali....penagih ni jrg btl dgr berita yg baik2 psl mrk..klu tak mencuri..membunuh..takpun kuar msk hospital dan penjara
Quote allshares 13-7-2021 11:30 AM
Boleh tak buang deorg pegi 1 pulau. Suruh survive sendiri gaduh sama sendiri kan nk tunjuk hebat sgt kan
Quote Minami2013 13-7-2021 11:32 AM
Bahaya dadah. Mintak dijauhkan drpd keluarga kita.

Susah org yg ambik dadah nak insaf. Maybe letak mereka dalam satu pulau je.
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 11:55 AM
Aku memang kedengaran kejam zalim dan psiko tapi aku ni membayangkan diorang yang mendadih ni ditempatkan di satu tempat pastu buat ala2 battle royale berebutkan supply dadih limited tapi dadih tu jenis overdose so even winner pun akan kiok akhirnya.  
Quote cikanggun 13-7-2021 08:24 PM
Ehhh negara J? Teruk naw main dadah ni... nakraja tu tak tgk rakyat jelata dia ke..sebok hal org lain smpi rakyat miskin pon takde ambik peduli
Quote Fortiori02 13-7-2021 10:09 PM
Penghisap jgn simpan kat umah, merbahayakan nyawa ahli keluarga yg lain.
Quote bictoria 27-7-2021 04:20 PM
tolong campak penagih dadah ni kat satu pulau. bekalkan biskut hap seng je kat dorang
Quote nubook 27-7-2021 04:35 PM
Kesiannya pakcik tu. Hmm bahana dadah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066198 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top