CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Azman Ditegur Isu Pad Tak Dibasuh, Tak Geli Ke?

13-7-2021 10:23 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18471| Komen: 134|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Niat baik aktres, Aishah Azman berkongsi mengenai hukum membasuh tuala wanita di laman media sosialnya menjadi pendebatan pula antara netizen.Bermula dengan video yang menyatakan tidak wajib pun memba ...


Niat baik aktres, Aishah Azman berkongsi mengenai hukum membasuh tuala wanita di laman media sosialnya menjadi pendebatan pula antara netizen.

Bermula dengan video yang menyatakan tidak wajib pun membasuh tuala wanita membuatkan netizen bertelagah pendapat.

Sementelah lagi apabila Aishah turut menegaskan desas desus mengenai jin yang akan menjilat darah jika tidak dibasuh adalah mitos semata-mata turut dipertikaikan.




Foto : IG
Bagaimanapun, bagi Aishah dia cuma berkongsi mengenai hukum mengenai darah haid pada tuala wanita kerana ada cara yang lebih baik untuk melupuskannya seperti menanam atau pun membalut dalam surat khabar kemudian membuangnya ke dalam tong sampah.

"Isu pad ni selalu sangat jadi pada golongan hawa bila datang bulan/haid, masih ada yang tak faham. Watch this and learn."

Bagi segelintir netizen, isu sebegini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam, terutamanya bagi generasi baharu. Bayangkan jika ramai penghuni asrama tidak membasuhnya, pasti tong sampah dan kediaman mereka dipenuhi bauan yang tidak menyenangkan.

Foto: IG


Manakala bagi segelintir netizen lain, mereka berpendapat tiada yang salahnya dengan perkongsian aktres tersebut yang sekadar menerangkan hukum sahaja.

Foto: IG

Ya, ia perkongsian yang baik dari Aishah Azman. Jadi, bagaimana pula cara anda melupuskan tuala wanita? - CARI



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 13-7-2021 10:28 AM
Jenuhlah nak kena korek tanah sekangkang kera semata2 tanam pad
Ikut common sense la aisyah oi
Jin kan mmg makanannya darah kotor
Taik je kot yg depa tak jilat sbb tu ada yg buang pampers merata rata
Quote prizadane 13-7-2021 10:33 AM
Senang camni, kalau bukan bidang kepakaran anda, no need to share. Tahu niat tu baik nak educate people, tapi tak perlu ya
Quote Minami2013 13-7-2021 10:40 AM
Masa zaman study ada satu tong letak pad. Biase i dan kwn2 mmg basuh. Tapi sbb period pain teruk hari tu i tk basuh just buang dan tido balik. Kira nya dari pagi la. Seharian tido je. Pas tu tgh mlm atau awal pagi tk sure la, i terbangun sbb nk buang air. Sekali tolak toilet ada lembaga hitam bersayap besar manusia tgh korek2 tong tu.. i punya takut masuk bilik paksa sambung tido semula

Moral of the story, basuh lah pad sblm buang.
Quote CocoCily 13-7-2021 10:41 AM
Edited by CocoCily at 13-7-2021 10:44 AM

For me it's part of personal hygiene. Before this pun dah ada orang sembang pasal benda ni.
Kat rumah rasanya x ada yang install sanitary bin for disposal feminine product. So yang main campak and let bercampur with other waste and tak kisah kebersihan je yang tak cuci (my personal opinion la).


Those yang pernah duduk hostel normally di ajar cuci before dispose and get used to it. (ada je case orang nya cantik, wangi but pad berdarah pun tak disposed properly. Kumpul di bawah katil )
Some even not sebab stay hostel etc but mak ajar/suruh cuci before dispose.

Same to baby diapers. If baby poop, some buang najis dalam toilet bowl first before dispose..some wrap je terus and buang.
Quote Suchi 13-7-2021 10:42 AM
Isu sensitif sblm ni public health dah penah ulas, sorang setazah ni pun dah penah ulas.
Kesudahan kena kecam gitu jelaa.
Mufti pun dah penah bagitau tapi yelaa menda dah jadi kebiasaan so orang susah nak ubah.
Senang cite basuh ke tak kita diam2 jela, tapi just sedikit peringatan sapa yg basuh tu mohon jgn buang kapas dalam toilet ya.
Sebab ramai yg ngaku kat fb dia koyak bhgn kapas yg ada darah tu buang dlm toilet then basuh.
So punca utama toilet tersumbat adalah disebabkan kapas dari tuala wanita nih.
Menda pakai buang tp dah nak basuh kan takpela pilihan masing2 tp jgn jd vandalisme.
Sebaiknya kalau kat toilet awam tu just bungkus elok2 dan buang.

Quote CocoCily 13-7-2021 10:46 AM
Suchi replied at 13-7-2021 10:42 AM
Isu sensitif sblm ni public health dah penah ulas, sorang setazah ni pun dah penah ulas.
Kesudahan  ...

betul tu. pad yang jenis bergel susah nak cuci, hence some akan koyak and buang dalam toilet
Quote shida81 13-7-2021 10:52 AM
Doesn't matter pun hukum hakam basuh pad nie apa... Ak lebih kpd kebersihan... Giler kotor la x basuh... Pastu ko buang dlm Tong sampah... Nnti di gonggong anjing ke binatang ke.. X geli ke.. Nampak pad merata2...  
Quote yum3 13-7-2021 10:53 AM
Minami2013 replied at 13-7-2021 10:40 AM
Masa zaman study ada satu tong letak pad. Biase i dan kwn2 mmg basuh. Tapi sbb period pain teruk har ...

ye btul kena cuci. Aku ni dah ada anak remaja. Anak sek agama. Dia tegur aku, mama why u tak cuci pad. hahhahahah . Tkesima dohh...anak tegur ibu. Tp aku ok je . Dia kata mama, ritu  bdk2 asrama ppuan kena histeria sbb kes buang pad tak cuci.  Sejak2  tu aku cuci seblm buang. Tp masa remaja dulu aku memang cuci . Tp dah tua2 ni jadi malas plak. So pengajaran dik, cuci lah pad anda.
Quote depresio 13-7-2021 10:56 AM
Nak tegur kang kena kecam tau jelah pkmpuan ni

Pad skrg ni ada gel ye
Ko basuh pon bukn dia keluar pon
Koyak Buang dalm mangkuk tandas tu eloklah sgt
Tu lagi bangang
Siapa yg buat gitu mmg mangkuk hayun
Kapas dalam pad tu pon bukan pure cotton
Masuk dalam mangkuk tandas boleh tersumbat..

Balut elok2 n dispose..
tak payah basuh

Nk sgt basuh guna jenis kain je
Lebih mesra alam..
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 11:02 AM
asalkan jangan buang pad ke dalam tandas, jenuh bila dah tersumbat
Quote nanasno 13-7-2021 11:02 AM
mmg betul pun apa dia cakap. bila kat office iols tak basuh. sbb kat office ada tong sampah khas untuk buang pad. tong tu dah disanitize dan letak chemical untuk buang pad disitu. dia akan lupuskan. kalau kat rumah, pad yang dibuang bercampur dengan sampah domestik. so kat rumah i akan cuci dulu. make sure la kat rumah ada sabun antibacterial lepas basuh pad tu cuci lah tangan dengan sabun sebersihnya. gulung dalam tissue dan buang dalam tongsampah jangan campur dengan makanan. asingkan. just sharing what i did.

ini takde kena mengena dengan kepakaran. ini ialah kemahiran hidup dan kebersihan wanita.
Quote lil_honey 13-7-2021 11:02 AM
influencer pun dah byk bagi awareness tak yah basuh pad tu kalau kat public toilet. just balut elok and disposed.

sebab orang lain pun guna toilet yang sama. darah yang basuh tu masih ada kuman.
bayangkan la kalau darah tu terkena kat toilet seat tu.

kat rumah tu basuh la. takkan nak biar toilet korang busuk.
Quote umbut 13-7-2021 11:09 AM
Dah tau ramai akan kecam ko masuk tiktok pulak
Koserrr aku nak basuhhhh... Buang terus dlm rentokil kalau kat mall.. Kalau kat rumah balut kertas tebal buang terus tong sampah.. Sampah buang hari2 bukan simpan berhari3... Suka hatilah... Ikut je cara masing2 x yah banding2 kecam pengotor bagaiii...
Quote chinta89 13-7-2021 11:15 AM
moral dia : kita cakap la ape2 isu pun, mesti ada org setuju dan tak. lagi2 isu sensitif.
Quote alieyrina 13-7-2021 11:17 AM
Aku pakai whisper yg mahai sikit tu. Senang basuh. xsuka jenis gel mengembang. Xtau mcm mana nak handle. Sampai keluaq2 gel taklehla aku
Quote rayray28 13-7-2021 11:21 AM
Suchi replied at 13-7-2021 10:42 AM
Isu sensitif sblm ni public health dah penah ulas, sorang setazah ni pun dah penah ulas.
Kesudahan  ...

eh seyes eh ada koyak plak aiyooo habis laa kuar gel2 tu sumbat...leh je gonyoh2 pad tu cuci dgn sabun smpai bersih..apa ada hal
Quote stania83 13-7-2021 11:25 AM
Edited by stania83 at 13-7-2021 11:30 AM

-tak perlu basuh. lagi basuh lagi kotor bilik air dgn bakteria..tak masuk bau lagi..1 rumah boleh bau...lagi jin suka bilik air yg disimbahi air darah.-nak nak basuh kat tandas awam..dah ada sanitary bin yg khas untuk pad..nak lagi basuhh eee dgn air menjejis geli dohh.


Quote newyork 13-7-2021 11:29 AM
Kat obersee tak basuh pun just balut buang elok2 je.. takdelak yg meroyan rasuk ke apa..
Quote rosmahisham 13-7-2021 11:42 AM
Klu geli sgt nk pegang..basuh guna kaki je..aku x sanggup biarkn x basuh..rasa berdosa sgt..sbb masa bdk2 dulu rasa mcm ustazah ada ckp kuku,rambut pon kena tanam nk di ikutkn..nnti kat sana kena tanya..sbb anggota tubuh kn..lbh kurang cam tu lah!

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.150648 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top