CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin Kotakan Janji Tak Bantu Lepaskan Najib - Tun M

9-12-2021 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1729| Komen: 8

Description: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengotakan janjinya, lapor portal MalaysiaNow.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengotakan janjinya, lapor portal MalaysiaNow.

Dr Mahathir berkata, perkara itu berkait tindakan Muhyiddin yang berjanji untuk tidak membantu membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan jenayah yang didepaninya.

"Muhyiddin memberi jaminan kepada saya, beliau tidak akan masuk campur dalam perbicaraan Najib dan kes-kes mahkamah yang lain.

"Sekurang-kurangnya, dalam perkara ini, saya yakin Muhyiddin kotakan janjinya itu - beliau nampaknya menolak untuk gugurkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib atau mendapatkan pengampunan bagi sabitan jenayahnya," tulis pemimpin veteran itu dalam "Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia".



Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia merupakan memoir setebal 304 muka surat tulisan Dr Mahathir yang bakal dilancarkan.

Memoir berkenaan mengandungi rangkuman peristiwa sepanjang 15 tahun persaraannya sebelum kembali mengetuai tampuk pentadbiran negara pada 2018 dan kemudiannya meletakkan jawatan selepas 22 bulan.

Portal itu turut melaporkan, Dr Mahathir berkata, prinsip juga telah menyebabkan Muhyiddin tumbang pada Ogos lalu, apabila beliau terpaksa meletakkan jawatan selepas beberapa ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya yang didalangi Najib dan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Apabila Muhyiddin menolak untuk menghentikan prosiding mahkamah terhadap Najib, Najib ugut untuk tarik sokongan terhadap gabungan itu mengakibatkan beberapa peristiwa terjadi menyebabkan Ismail Sabri naik ke tampuk kuasa," kata Dr Mahathir.

Tambah Dr Mahathir seperti dilaporkan MalaysiaNow, beliau juga telah mengingatkan Muhyiddin untuk tidak mengambil risiko menerima sokongan Najib seiring usaha membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pada Rabu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengenepikan sabitan tujuh pertuduhan ke atasnya melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Sabitan yang dijatuhkan pada Julai tahun lalu itu turut dikekalkan iaitu hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta, namun pelaksanaan hukuman ditangguhkan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 05:40 PM
Tangguh, tangguh, pam pam pam pam, cuap, pam pam, cuap
Quote lanacondor 10-12-2021 03:38 PM
Allah itu sentiasa bersama org yg benar..kalau DSN di pihak yg benar Allah akan bantu tunjukkn kebenaran.. Hny Allah yg tau sp benar sp slh.. Kita smua mnusia biasa yg sntiasa bt dosa.. Cpt atau lmbt kebenaran tu akn muncul juga..
Quote keane.somewhere 10-12-2021 03:45 PM
Kasi panas hati orang2 UMNO...dengan bapak segala UMNO
Quote rashiman 10-12-2021 04:32 PM
Najib pun tak mahu kes dia digugurkan.
Zaman PH yg diketuai Tun aje nmpk x telus, ada pemimpin yg dilantik menjadi menteri walaupun kes sdg dibicarakan dimahkamah dan lepas itu digugurkan dakwaan rasuahnya.
X lama lepas itu, kerajaan PH pun tergugur sekali.
Quote Firenzza 10-12-2021 08:41 PM
rashiman replied at 10-12-2021 04:32 PM
Najib pun tak mahu kes dia digugurkan.
Zaman PH yg diketuai Tun aje nmpk x telus, ada pemimpin yg di ...

X nk gugur kes tp bila mhkmh jatuh hukum merempan sana sini ckp hakim x adil
Quote keane.somewhere 10-12-2021 08:47 PM
Firenzza replied at 10-12-2021 08:41 PM
X nk gugur kes tp bila mhkmh jatuh hukum merempan sana sini ckp hakim x adil

Kannn...gigeh ambil gambar tadah tangan....gigeh minta simpati @kemaruk Dan @rashiman
Quote Rogue98 10-12-2021 10:28 PM
Kantoi Midin dapat arahan dari Atok saka....kantoi dah memang ada komplot nak jatuhkan Najib Bossku....harap Tommy Thomas takde lah naik bangunan tinggi2....
Quote pyropura 11-12-2021 02:32 AM
Mungkin Mael lambong pun tak lepaskan Najib Zahid semua. Mael mesti nak naik jadi pres. Umno jugak kan..kan...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.082793 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top