Pejabat Pendakwa Raya Jawa Barat menyiasat dakwaan penyelewengan dana bantuan pelajar daripada kerajaan oleh seorang guru sekolah berasrama penuh di Bandung.
CNN Indonesia melaporkan, ini kerana guru berusia 36 tahun itu didakwa menggunakan dana itu untuk menyewa rumah penginapan bagi melakukan perbuatan tidak bermoral. Ketua Pendakwa Raya Jawa Barat, Asep N Mulyana berkata, dakwaan itu diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan dan mengumpul data. “Kemudian defendan juga menggunakan dana, menyalahgunakan dana daripada kerajaan, dan kemudian menggunakannya, contohnya menyewa pangsapuri,” katanya.
Guru tersebut didakwa melakukan maksiat terhadap 12 pelajar perempuan sehingga menyebabkan mereka hamil dan melahirkan anak. Pejabat Pendakwa Raya berkata, suspek telah melakukan perbuatan itu dari 2016 hingga awal 2021. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.044753 second(s), 32 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.