CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Guru Termasuk Guru Besar Rogol 4 Murid, Guru Lain Semua Tutup Mulut!

9-12-2021 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2192| Komen: 15

Description: Guru besar dan sembilan guru sekolah kerajaan ditahan selepas disyaki merogol empat murid di daerah Alwar, lapor India Today.
Guru besar dan sembilan guru sekolah kerajaan ditahan selepas disyaki merogol empat murid di daerah Alwar, lapor India Today.

Perbuatan keji mereka terbongkar selepas bapa kepada salah seorang mangsa rogol mendapati anaknya takut ke sekolah.

Mangsa mengadu dia menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh guru besar dan tiga guru lain lebih setahun lalu.

Mangsa juga mendakwa dua guru wanita bersubahat dengan suspek dan merakam perbuatan mereka dalam telefon bimbit.


Gambar hiasan

Pegawai Balai Polis Mandhana, Mukes Yadav berkata, polis memfailkan tiga kertas siasatan berbeza dalam insiden rogol membabitkan murid sekolah itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.


Semasa penyiasatan, tiga lagi murid sekolah yang menuntut di kelas 6, 4 dan tiga tampil dan mengaku mereka juga menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh suspek sama.

Kesemua mengsa mengadu mereka diugut bunuh jika menceritakan insiden itu kepada orang lain.

Ekoran insiden itu, empat mangsa memfailkan laporan polis terhadap guru besar dan sembilan guru sekolah mereka.

Salah seorang mangsa juga memaklumkan kepada polis mereka juga telah memanjangkan insiden rogol yang menimpa dirinya kepada guru wanita di sekolah berkenaan, namun guru itu menawarkan pembayaran yuran sekolah dan buku teks untuk mangsa secara percuma sebagai dorongan kepadanya tidak membocorkannya kepada pihak luar.

Lebih menyedihkan apabila guru wanita yang sepatutnya bersuara dan melindungi mangsa memujuk supaya merahsiakan perkara itu.

Seorang lagi mangsa juga mengadu salah seorang guru wanita di sekolah berkenaan membawanya ke rumah tiga guru terbabit beberapa kali.

“Kesemua guru dan guru besar terbabit berada di bawah pengaruh alkohol di rumah tersebut sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan mencabul serta merogol saya berulang kali,” keluhnya.

Sementara itu, bapa kepada salah seorang mangsa berkata, apabila dia bergegas ke sekolah dan menyoal kepada guru besar mengenai insiden berkenaan, suspek mengugutnya dengan mendakwa abang dia merupakan seorang menteri yang berpengaruh.

“Dia memberitahu jika saya membuat laporan polis mengenai insiden rogol membabitkan anak, dia akan membunuh saya,” dakwanya.

Sebagai menafikan dakwaan itu, guru besar itu berkata dirinya tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat mengenai sebarang insiden rogol seperti didakwa bapa mangsa.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syaz_lina 9-12-2021 05:59 PM
Tu la minum mcm anjing sampai hilang akal lg, bdk sekolah pun ko rogol. Kerat je la tote tu
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 06:00 PM
Squid game tersenyum sinis
Quote Artemesiaa 9-12-2021 06:02 PM
Mereka2 yang tak layak jadi guru bukan membimbing tapi menghancurkan
Quote Cik_jantung 9-12-2021 06:03 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 09:36 PM

..........
Quote shamsadis 9-12-2021 06:09 PM
India.....no wonder
Quote jas7512 9-12-2021 07:28 PM
Gilanya india ni..trus menyampah dgn cite2 bollywood..mollywood seme..x patut jd manusia org2 ni
Quote airmineral 10-12-2021 09:34 AM
apehal cite rogol cikgu india dgn indon ni ekaligus naik...stresss membacanya
Quote MoonRise 10-12-2021 10:49 AM
setannya perangai. korang ni makan apa nafsu lebih dari setan ni
Quote pasa 10-12-2021 10:52 AM
bahana minum todi, samsu overdose
Quote stingergrocer 10-12-2021 10:53 AM
Aku berharap ticher chzy tak terlibat atau bersengkokol....

Quote pasa 10-12-2021 10:53 AM
syaz_lina replied at 9-12-2021 05:59 PM
Tu la minum mcm anjing sampai hilang akal lg, bdk sekolah pun ko rogol. Kerat je la tote tu

ni punca sebab minum tairu byk sgt sis

ummah suci minum brandi, beer, staot, kikapo demi mensucikan organ dalaman.
Quote ifanonline 10-12-2021 10:55 AM
negara keling ni ramai betul perogol...harap wanita2 malaysia tidak melancong ke india
Quote gideoncross 10-12-2021 06:15 PM
ifanonline replied at 10-12-2021 10:55 AM
negara keling ni ramai betul perogol...harap wanita2 malaysia tidak melancong ke india

Klau uol tngok kat YT, negeri Pakistan pun sma, siap yg golongan gayah pun ada. Yikessss.
Quote musangbodoh 11-12-2021 08:00 AM
negara india...sorang laki2 nisbah 20 pompuan..2nd dlm worlds population...malaysia 1 laki2 ke 6 pompuan...tanya gugel
Quote Mooverine 11-12-2021 08:12 AM
Pure evil.. baca ni awal pagi berbakul-bakul keluar kata kesal automatic keluar mulut

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047601 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top