Gurauan influencer memakai gelang merah jambu di restoran baru-baru ini, membawa padah kerana dia mungkin akan dikenakan tindakan di atas perbuatannya itu. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadap individu memakai gelang merah jambu untuk tujuan gurauan (prank). Lapor Awani, tindakan sedemikian adalah satu kenyataan kerana berniat menipu orang ramai. “Terdapat dua kesalahan. Pertama, jika dia benar-benar dikuarantin dan memakai gelang ‘pink’ untuk keluar, tentunya dia dikenakan tindakan. “Kalau tidak dikenakan kuarantin tetapi (semata-mata hanya) memakai gelang tersebut, dia juga menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai. Dia salah (kerana) melakukan kesalahan tersebut,” katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan perkara itu perlu diambil serius dan tidak boleh dibuat main kerana melibatkan isu nyawa. - CARI |
lattehazelnut replied at 23-9-2020 01:33 PM
Good cash dapat..
Tp dia kerabat ek.. mesti ada kad kuning or oku..
saviour_09 replied at 23-9-2020 02:58 PM
its about time
makin lama makin acah2 amarekaaa nak prank sana sini
axl_bach replied at 23-9-2020 03:26 PM
Aduhaiiii, Paklong Mail ni tau ke apa tu PRANK?
Yg si Nash ni buat bkn PRANK tp lebih kpd PARODY. ...
ADVERTISEMENT