CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kurang Berkemampuan Diberi Makan Beras Plastik

23-9-2020 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3428| Komen: 14

Description: Penduduk di Desa Sukaratu, Cianjur di Jawa Barat menemui campuran palstik di dalam beras yang diagihkan menerusi bantuan sosial.
Penduduk di Desa Sukaratu, Cianjur di Jawa Barat menemui campuran palstik di dalam beras yang diagihkan menerusi bantuan sosial.

Ukurannya sama dengan beras sebenar dan dipercayai dicampurkan di dalam kampit beras yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan.


Difahamkan beras plastik  itu bentuknya nipis, memanjang dan lutsinar.

Detiknews melaporkan, penduduk turut menerima sumbangan seperti telur, daging dan minyak.

Foto: Detiknews
Salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Ridwan Yulianto berkata, 

"Ia agak melekit dan selepas dimasak, baru tahu ia plastik. Selepas diperiksa, ia beras daripada bantuan diterima. Setiap beg ada puluhan butir beras plastik. Apabila diperiksa, kami jumpa ada puluhan butir beras plastik."


Bukan sahaja di desa tersebut, malahan kawasan lain yang menerima beras bantuan itu turut mengalami masalah sama.

Pentadbir daerah Cianjur, Herman Suherman berkata, pihaknya mengarahkan siasatan dijalankan berhubung isu tersebut.-CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 23-9-2020 03:45 PM
Nk bg bantuan pn x ikhlas. Pelik btol
Quote Supersirap 23-9-2020 04:21 PM
X baik aniaya orang
Quote husna_amal 23-9-2020 04:55 PM
Mungkin ada pihak nak sabotaj penderma ni.
Quote Artemesiaa 23-9-2020 06:06 PM
Jika benar betul2 nak aniaya orang dalam kesusahan.  Jika tidak mungkin juga jenis beras yang bukan biasa mereka makan.  Macam suatu masa dulu ada yang bagi mee segera tapi berbeza dari jenama yang mereka selalu makan sebab dari negara lain jadi tak ramai nak memakannya.
Quote fishcracker 23-9-2020 07:28 PM
Moga yang menganiaya mendapat cash
Quote AyaqMeloSuam 23-9-2020 08:56 PM
dah betul2 check ke di lab.. ioollss mmg pircaya ada beras plastik.. tp yindon overclaimed ni iioolls sukar nk hadamm sikit..
Quote semerbak 23-9-2020 09:51 PM
https://youtu.be/lv9TjXfUjQU
Quote LadyCarefree 23-9-2020 10:17 PM
Hmmmmm betul ka?
Quote najib888 23-9-2020 11:29 PM
Betui ka beras plastik? setakat dok duga2 tanpa thorough examining, material testing, aku tak percaya.. sebab ramai yg bodo & dok buat eksperimen bodo.

1. Dikepalnya nasi jadi bola, pastu dihempap ke lantai. Terus buat kesimpulan itu beras plastik.

2. Video kilang pemprosesan plastik, dari plastik terpakai, di recycle menjadi pellet/ grain umpama butir beras, terus disimpulkan itu proses pembuatan beras plastik. Padahal, bentuk raw plastik sebelum diproses menjadi produk pengguna, memang manufacturer hantar kebanyakkannya dalam bentuk butiran, i.e. polycarbonate.

3. Satu lagi video bodo melantun2, ujian bakar makanan.. terutamanya jajan. Dibakar..pastu dicanang ada komponen plastik. Tak tahu kot yang kaedah pembakaran makanan tu lah salah satu kaedah mengira kalori makanan dalam makmal.

Ni takrifan kalori:

Kalori gram (cal) merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air sebanyak 1 °C. Tenaga ini sebanyak 4.184 J.


4. Cili besar plastik. Agak2 la wei..cabai plastik. Tak tau ka cabai ni ada berpuluh2 atau beratus2 variety.

Kesimpulannya, selagi tak ada kajian sebenar... aku tak percaya adanya beras plastik dikeluarkan dalam pasaran.
Quote darkness 23-9-2020 11:47 PM
Betul ka beras plastik pokcik?
Quote ayra.e 24-9-2020 01:11 AM
Tak ad wakil kg ke pegi buat test tiruan ke x?
Quote ahi_mason313 9-3-2021 11:38 AM
moga dipermudahkan
Quote ahi_mason313 9-3-2021 11:39 AM
moga dipermudahkan
Quote chandrahusin 9-3-2021 11:49 AM
ke beras yg diorg tak biasa makan
nmpak lain

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.497067 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top