CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Dan Sarah Nak Bina Masjid, Kejar Saham Akhirat

23-9-2020 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10907| Komen: 64

Description: Bagi mengejar saham akhirat, Shuib dan Sarah berhasrat membina masjid dan menghantar mereka yang kurang mampu untuk menunaikan umrah.
Bagi mengejar saham akhirat, Shuib dan Sarah berhasrat membina masjid dan menghantar mereka yang kurang mampu untuk  menunaikan umrah.

Sementara perniagannya semakin maju, pasangan ini mahu berkongsi rezeki dan menyumbang sesuatu yang bermanfaat.



Foto: IG
"Saya dan Sarah pernah terfikir mahu membina masjid dan menghantar mereka yang tidak berkemampuan mengerjakan umrah. Saya percaya dalam rezeki kita, ada juga bahagian orang lain.

"Saya bersemangat apabila ada pasangan selebriti yang membina masjid hasil keuntungan perniagaan mereka.

"Bagaimanapun, hati saya terdetik membina masjid sebelum mereka lagi. Saat dikurniakan rezeki, jangan kedekut untuk berkongsi," katanya kepada BH Online.


Sementara itu ada yang melihat Shuib dan Sarah sebagai pasangan yang romantis.



"Soal bahagia sukar untuk diperjelaskan. Ada pasangan bergaduh manja atau cakap merepek sudah dikira romantik.

"Saya dan Sarah pula bahagia dengan cara tersendiri. Saya suka menyakat isteri," tambahnya

Baru-baru ini Shuib ada menghadiahkan jam tangan mewah kepada Sarah dan dia ada alasan kukuh untuk memberikannya.


"Sarah tak suka pakai aksesori ketika awal perkahwinan dahulu. Saya pernah paksa Sarah pakai gelang emas. Sekarang, saya menghadiahkan jam supaya boleh mengatur masa dengan baik.

"Ditambah pula, Sarah cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Ikutkan syarikat perniagaannya hampir gulung tikar, tahun ini. Tetapi, saya berjaya meyakinkannya untuk bangkit. Alhamdulillah, Sarah berjaya membuktikan kemampuannya.

"Sebagai ahli perniagaan, hadiah jam tangan sebagai bukti status diri yang serius dalam dunia perniagaan. Sebelum dapat jam tangan, saya sudah menghadiahkan tas tangan." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerstorm 23-9-2020 02:47 PM
Merata masjid dibina bagai cendawan  tumbuh tapi kalau takda yg imarahkannya ...sebaliknya nak tunggu solat jumaat baru penuh...jgn nanti seluruh penduduk kawasan dilaknatNYA...

inilah bila pegangan agama longlai...tak faham erti sumbangan yg bermanfaat dlm erti kata yg sebenar...
Quote uori 23-9-2020 02:51 PM
hmm...

Quote gopal 23-9-2020 02:54 PM
nak buat benda baik senyap2 sudah
Quote YomiuriLandMae 23-9-2020 02:56 PM
stingerstorm replied at 23-9-2020 02:47 PM
Merata masjid dibina bagai cendawan  tumbuh tapi kalau takda yg imarahkannya ...sebaliknya nak tungg ...

adakah chuols jelmaan stingerstrike?

Quote stingerstorm 23-9-2020 02:58 PM
YomiuriLandMae replied at 23-9-2020 02:56 PM
adakah chuols jelmaan stingerstrike?

ada makhluk yg berani pakai nick yg aku dah patentkan ini?

kahkahkahkahkah
Quote msdummy.2018 23-9-2020 03:07 PM
aku xkaya mcm depa..nk ckp lebih2 pun susah...ikut koranglah nk bina mesjid ker apa....
Quote virgo19 23-9-2020 03:37 PM
stingerstorm replied at 23-9-2020 02:47 PM
Merata masjid dibina bagai cendawan  tumbuh tapi kalau takda yg imarahkannya ...sebaliknya nak tungg ...

Betul jugak tu..
Quote mieymiey 23-9-2020 04:02 PM
Bagaimanapun, hati saya terdetik membina masjid sebelum mereka lagi.


Gitchuuuu
Quote husna_amal 23-9-2020 04:14 PM
Kenapa nak buat sesuatu mesti umumkan kat semua orang. Kalau buat senyap2 tak dapat saham akhirat ke..
Quote hollahop 23-9-2020 04:30 PM
dato soib ngan datin carah.

ibarat david & victoria beckham.
semua issu kena paparkan bagi peminat seantero negara dan benua tahu.

bagus bina masjid. harap masjid real la bina yg dalam malaysia ya.

tapi bagi membuktikan diorang lagi best dari artis yg dah bina masjid dato suib dgn terdesaknya menegaskan dalam ayat diatas yg sebelum ada artis yg lain bina sebenarnya dia berhasrat terlebih dahulu
"Bagaimanapun, hati saya terdetik membina masjid sebelum mereka lagi. Saat dikurniakan rezeki, jangan kedekut untuk berkongsi," katanya kepada BH Online.


ini jelas membuktikan dato soib la insam yg pertama sebenarnya memikirkan hal2 akhirat dan amal kebaijikan sebelum artis2 yang lain TAHNIAH DATO SOIB. insan berhati mulia.

Quote mamapea 23-9-2020 04:38 PM
skit2 dh la...lama2 menyampah pulak...xkan semua benda nk kena bgtau 1 malaysia...
Quote TomyamPuteh 23-9-2020 04:40 PM
Bahagia mereka perlu dicanang...
Quote Joysparta 23-9-2020 04:49 PM
wow...satu pencapaian yang bagus dr pasangan chucky..

benda baik kita support okey...

cuma masih xleh move on tok laki merempan mtk bantuan pkp aritu


Quote grouper 23-9-2020 05:06 PM
Klau dm diorg ni nak pinjam duit sbb masalah kewangan agak2 diorg bagi pinjam x..sape pernah try dm artis2 jutawan ni nk pinjam duit. Level retis sendu pun beribu org dm klau cm diorg ni blh buka bank kot..
Quote TerataiMelur02 23-9-2020 05:12 PM
stingerstorm replied at 23-9-2020 02:47 PM
Merata masjid dibina bagai cendawan  tumbuh tapi kalau takda yg imarahkannya ...sebaliknya nak tungg ...

Itulah d namakan tanda2 kiamat... Nama pun akhir zaman
Quote Boomibulat 23-9-2020 05:22 PM
Sy cadang letak nama Masjid Jamek Datuk Hj Suib..
Quote sleepandream 23-9-2020 05:26 PM
masjid tu dah siap sempurna dibina barulah gebang oii...
macam tokti & datok k... tau2 je dah siap masjid dekat kedah dolu tu
Quote aotearoa 23-9-2020 05:28 PM
Buatla diam-diam. tak yah canamg satu dunia. Benda baik gini tak perlu publisiti,, haiyaaa
Quote nolya 23-9-2020 06:08 PM

Masjid dah  banyak di M'sia ni.  Apa kata Shuib bantu bina sekolah tahfiz  di Pedalaman Sabah, tak salah Ustaz  Nazri (former Kump Raihan)  masih mengharapkan bantuan untuk sempurnakan pembinaan sekolah tahfiznya di sane. Lokasinya dah ade, sekolahnya juge ade, cuma dibantu mengup-gradekan sekolah trs.  Itu lebih wajar, afdal  dn lebih cepat  kumpul pahala.  

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068136 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top