Isteri Sufie Rashid, Nurulain Md Yusof mendedahkan dia pernah menerima mesej dari netizen yang mempersoalkan tentang anak. Kata Nurulaian dia tak tersinggung pun tapi pertanyaan seperti itu adalah tidak beradab.
"Okay baik! Kalau anak itu semudah saya beli anak kucing saya. Esok saya beli baby eh sis. Aku tak mengandung kau yang bitter. "Tak macam bertanya pun kan guys kan? Tak tersinggung pun tapi cara kau cakap macam senang ja nak buat anak. "Anak tu kan Allah yang bagi. Kita siapa sis nak mempersoalkan. "Saya pun takda hak nak soal kenapa saya takda anak, inikan pulak awak nak tanya tanya atau cakap macam tu. Adab sis adab!" katanya menerusi IG Stories. |
husna_amal replied at 22-9-2020 12:48 PM
Dengan komen netizen pun nak koyak.
ninjago replied at 22-9-2020 03:09 PM
kalau ignore je komen2 tu tak boleh ke?
apsal nak layan? kan dah stress sendiri.
ADVERTISEMENT