CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rezeki Berubah 360 Darjah Lepas Ubah Sikap, Dulu Wawa Selalu Sakitkan Hati Aeril

21-9-2020 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15674| Komen: 81

“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya."


Kredit foto: Instagram


Wawa Zainal mengakui sebelum ini sering menyakitkan hati suaminya, Aeril Zafrel.

Namun, sejak mengubah sikap daripada sering bergaduh dan cari fasal dengan Aeril serta menjaga hubungan mereka, rezeki mereka berubah 360 darjah dan kini terbuka lebih luas.

Kata Nur Hawa Zainal Abidin, 29, mengutamakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan.



“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.

“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah!" katanya kepada mStar.


Kredit foto: Instagram

Walaupun sering mendapat perhatian masyarakat dan dipuji kerana mempamerkan kehidupan rumah tangga yang harmoni dan bahagia, mereka juga pernah diuji seperti pasangan lain.



“Ramai tanya rahsia kekalkan keharmonian rumah tangga. Tipulah kalau kita kahwin tak ada masalah!

“Rasanya, semua orang tahu di awal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian, tapi paling penting kami menyokong satu sama lain dan saling memaafkan.

“Masa mula-mula kahwin tu memang ada gaduh, tapi apabila dah jadi suami isteri baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya," kata Aeril. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-9-2020 01:19 PM
Bosan la cerita korang. Balik2 cerita pasal kehidupan lampau
Quote TomyamPuteh 21-9-2020 01:37 PM
Sila la bwk  ank korg yg bermasalah gigi tu pi jmpa dr hafiz dr gigi yg terkeluar Big stage tu utk rawatan please. Tu dia dlm satu nafas aku bg arahan
Quote mamajawie 21-9-2020 01:45 PM
masa menikah kemaghin senyap sepi ni sejak2 memasing ada produk kengkonon dah melahirkan beratus jutawan kemaghin nak trobek zaman silam..puihhhhhh why bother
Quote shernazz 21-9-2020 01:55 PM
TomyamPuteh replied at 21-9-2020 01:37 PM
Sila la bwk  ank korg yg bermasalah gigi tu pi jmpa dr hafiz dr gigi yg terkeluar Big stage tu utk r ...

Bukan depa dah hantar ke.doctor.ke dolu?
Quote missyL 21-9-2020 02:02 PM
180 darjah. Bile la artis nk berhenti guna darjah2 ni lau x reti. Hahahaha.

360 kembali pada hak takuk lama lah.
Ckp je la murah rezeki.

Nk jgk bodoh kn diri
Quote judicata 21-9-2020 02:11 PM
meaning you're back at square one?

retis retis lahaiiii....  
Quote shaiy 21-9-2020 02:45 PM
aku kesian tgk anak sulung dia tu lain macam..
Quote Normabaru 21-9-2020 02:58 PM
TomyamPuteh: Sila la bwk  ank korg yg bermasalah gigi tu pi jmpa dr hafiz dr gigi yg terkeluar Big stage tu utk rawatan please. Tu dia dlm satu nafas aku bg arahan ...


Aik dh tkeluar ke dr acah kpop tu?
Quote krustykrab 21-9-2020 02:58 PM
Seminar apa? Wawa buat kursus kaunseling ke?
Quote barfi 21-9-2020 03:01 PM
Percaya la. Sampai ke tua kau akan rengsa dengan pasangan kau.. beza nya kau accept atau tidak sahaja
Quote shahirakay 21-9-2020 03:14 PM
barfi replied at 21-9-2020 03:01 PM
Percaya la. Sampai ke tua kau akan rengsa dengan pasangan kau.. beza nya kau accept atau tidak sahaj ...

hahahahahahahahahaha setujuuuuuuu !!!!!!
Quote husna_amal 21-9-2020 03:27 PM
Cerita kat dalam seminar tu betul ke atau pun rekaan bagi orang kagum.
Quote RatuDunia94 21-9-2020 03:45 PM
Berjaya sebab apa? Jual produk timbang kilo?? Lambetttttttttt lg aku nk impress
Quote one_aiman 21-9-2020 03:51 PM
2 pasang retis yg tak habis2 nak bagitau dorang berjaya dan kaya lagi berada..sepasang lagi tokey air boba
Quote sleepandream 21-9-2020 04:00 PM
missyL replied at 21-9-2020 02:02 PM
180 darjah. Bile la artis nk berhenti guna darjah2 ni lau x reti. Hahahaha.

360 kembali pada hak  ...

khennn
iols dah lama perati orang kita suka buat statement berubah 360 darjah...
mcm pandai jahhhh
Quote miss_perfect 21-9-2020 04:08 PM
Masa kelas maths dulu selalu ponteng ke retis2 ni? 360 dengan 180 darjah pun tak reti beza.
Quote TabletSusu 21-9-2020 04:09 PM
360 darjah.. 360 darjah. nak guna x reti
kena lempang terpusing 360 darjah kang baru tau..!!
Quote tagas 21-9-2020 04:10 PM
“Rasanya, semua orang tahu di awal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian, tapi paling penting kami menyokong satu sama lain dan saling memaafkan.

yalar suma taw edisi kalkulator kannn

sama spesis diana daniel & farid kepam
Quote kakyungpilah85 21-9-2020 04:20 PM
shaiy replied at 21-9-2020 02:45 PM
aku kesian tgk anak sulung dia tu lain macam..

Bukan nak cakap ape laa.. Kalau edisi kalkulator ni mesti lain sikit dr adik beradik yg lain.. Kakyung bercakap atas sebab pernah jumpa 2 3 anak org versi kalkulator ni.. Mcm ade yg xkena sikit.. Cth kalau adik beradik lain lawa ke comel ke yg hat tu mesti kurang sikit.. Memang kesian la.. Mak pak gatal dlu anak kena tempias

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.085496 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top