CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Positif Covid-19 Konon, Padahal Lari Dengan Skandal

18-9-2020 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5501| Komen: 19

Description: Lelaki dari Navi Mumbai yang hilang sejak Julai lalu selepas memaklumkan kepada isterinya dia disahkan positif Covid-19 ditemui pada Selasa bersama teman wanita.
Lelaki dari Navi Mumbai yang hilang sejak Julai lalu selepas memaklumkan kepada isterinya dia disahkan positif Covid-19 ditemui pada Selasa bersama teman wanita.

Memetik laporan NDTV, pada 24 Julai lalu, lelaki terbabit menghubungi isterinya berkata, "Saya disahkan positif Covid-19. Saya dah tak mahu teruskan hidup" sebelum mematikan talian tanpa sempat wanita itu memberi respons.




Gambar hiasan

Sejurus menerima panggilan itu, wanita berkenaan menghubungi abangnya yang kemudian membuat laporan berhubung kehilangan lelaki terbabit.

Tidak lama kemudian, motosikal, topi keledar, beg dan kunci milik lelaki itu ditemui di tepi jalan Sektor 17 di Vashi. Namun, polis gagal mendapatkan maklumat mengenai keberadaan lelaki berusia 28 tahun itu.

Menurut Asisten Komisioner Polis Vinayak Vats, lelaki itu ada menghubungi talian kecemasan sebanyak dua kali sebelum kehilangannya.


Selepas disiasat, lelaki itu akhirnya kantoi bermain kayu tiga sebelum polis mengenal pasti lokasinya di Indore sebulan kemudian.

Lelaki berkenaan ditemui bersama kekasihnya sebelum dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September.

Difahamkan, Mumbai merupakan antara bandar paling teruk terjejas akibat pandemik itu. Sehingga artikel ditulis, India mencatat lebih 5.2 juta kes. - CARI
2

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 18-9-2020 10:40 PM
Ooo dia ambik kesempatan
Last2 kantoi
Quote missinpiece 18-9-2020 11:03 PM
Panjang akal sungguh kalau bab2 merepek ni. Moga2 cepatlah tercapai hajat beliau utk mati cepat tu.
kesian si isteri hampir sebulan susah hati memikir keadaan si suami
Quote Decaffeinated 18-9-2020 11:26 PM
Boleh tak nak tiru idea ni?

Quote alieyrina 19-9-2020 08:58 AM
Hahaaha kretip
Quote naina 19-9-2020 09:02 AM
Decaffeinated replied at 18-9-2020 11:26 PM
Boleh tak nak tiru idea ni?

Ada hati nak mencurang ke dec?
Quote TomyamPuteh 19-9-2020 11:33 AM
Btul2 kna covid baru ada akal
Quote Belibis 19-9-2020 02:04 PM
Decaffeinated: Boleh tak nak tiru idea ni?

Kalau hang kat sabah atau kedah mungkin boleh.
Quote MsKathryn 19-9-2020 03:56 PM
Kena covid btl2 padan muka..
Quote bangcak 19-9-2020 04:02 PM
ingatkan kat india je bagi alasan covid.
tempat lain dewan palimen tak bukak2 pon bagi alasan sama

spesis sama kot?
Quote jazaa100 19-9-2020 06:55 PM
Perghhh.....mesti bini dia menangis siang mlm...berdoa, buat solat tahajud lg.....

Quote prettyuglybabe 19-9-2020 07:10 PM
semoga kena covid betul-betul..
Quote little_sis 19-9-2020 07:15 PM
cepatnya kantoi..
Quote LadyCarefree 19-9-2020 10:11 PM
Kat US ada yg bunuh bini tp cakap mati Covid-19
Quote angelofish 19-9-2020 10:42 PM
sementara di malaysia.selalu bagi alasan kena culik bunian..
Quote husna_amal 21-9-2020 10:01 AM
Pandai manfaatkan situasi covid ni tapi kantoi juga akhirnya.
Quote mizruncing 21-9-2020 10:09 AM
knp la x cash
Quote baghal_bortuqal 21-9-2020 10:12 AM
hahahahaha gila btol.


ada jugak ikut angle lawak mark angel ni:


[youtube]B1GkSxt8fVg[/youtube]
Quote BlackOpium 21-9-2020 11:09 AM
Engko dah kenapa dek? Kena betul2 baru tau..
Quote maharani_gebu 21-9-2020 12:56 PM
orang jantan ni tak kisahlah dari ceruk mana pun... kalau betul nak menipu ppuan/bini pikir 10000x.... selalunyer, memang makan diri

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.144519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top