CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalani Pemeriksaan Mental Selepas Panah Warga Emas

20-9-2020 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3123| Komen: 4

Description: Seorang wanita ditahan selepas melakukan cubaan membunuh kenalannya berusia 70-an dengan busur silang di Nagano.
Seorang wanita ditahan selepas melakukan cubaan membunuh kenalannya berusia 70-an dengan busur silang di Nagano.

Berikutan itu, wanita yang juga penganggur berusia 28 tahun terbabit akan menjalani pemeriksaan mental bagi menentukan sama ada dia layak untuk dibicarakan.


Menurut laporan Sankei Shimbun, Natsumi Mizusawa akan menjalani pemeriksaan itu sehingga 19 Oktober sebelum diputuskan sama ada pendakwaan terhadapnya akan diteruskan.


Gambar hiasan

Natsumi yang ditahan pada 1 September lalu didakwa melepaskan panah ke arah warga emas itu ketika mangsa melawatnya di apartment wanita terbabit sekitar jam 4.15 petang pada 31 Ogos.

Difahamkan, lelaki itu melarikan diri dengan menaiki kereta ke rumah rakannya selepas anak panah berkenaan menusuk ke lengan kanannya.

Menurut polis, kedua-dua suspek dan mangsa pernah bertemu beberapa kali dan sebelum kejadian, lelaki itu ada memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan mengunjunginya.


Polis bagaimanapun tidak mendedahkan hubungan suspek dan mangsa. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 20-9-2020 06:06 PM
Sudah. Yg sorg nak bunuh anak oku, sorg lagi nak panah kawan. Japan conquer carta hot news di cari harini.
Quote husna_amal 21-9-2020 10:44 AM
Makin banyak rakyat jepun yang sakit otak ni.
Quote swateng1 23-9-2020 12:32 PM
kenalan? macam tokwan dengan cucu dah niiii.
Quote Artemesiaa 23-9-2020 12:50 PM
Kes gaduh dengan scandal ke macam mana

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.161089 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top