"Alhamdulillah, tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid 14 hari sudah berlalu." Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya di Facebook menzahirkan rasa syukur kerana tiada di kalangan penyokongnya yang berhimpun di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua minggu lalu positif Covid-19.
Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai khususnya penyokongnya supaya tidak mengulangi kesilapan sama dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19. Sebelum ini, kehadiran penyokong Najib membanjiri luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa mematuhi SOP ketika penghakiman terhadap kes berhubung salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) mencetuskan kemarahan dan kebimbangan rakyat Malaysia. - CARI
|
Maideen. replied at 12-8-2020 02:58 PM
Elhemdooleelleh juga setakat ini dia dah kono 12 tahun dan dondo RM210m. ...
bangcak replied at 12-8-2020 03:15 PM
kann...
cukup la hukuman src tu.
Nenasketum replied at 12-8-2020 04:01 PM
AG Chambers tengah usaha nak naik taraf denda dengan hukuman penjara. Tahniya DS Najib!!
hyunniesSS501 replied at 12-8-2020 05:19 PM
alhamdulillah.. so mmg betol la kobid coti hari kejadian tu
ADVERTISEMENT