Majlis ijabkabul tertutup yang diadakan di sebuah masjid Semarang, Jawa Tengah Indonesia pada 11 Jun lalu bertukar menjadi malapetaka dengan penularan Covid-19 hingga mengorbankan dua mangsa, seorang tenat dan 30 lagi disahkan positif. Menurut laporan portal Jateng Suara, majlis itu hanya diadakan dengan kehadiran 10 tetamu sahaja dan telah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Menurut Ketua Pejabat Agama Semarang, Muhdi Zamru menjelaskan yang majis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan, manakala dua individu yang meninggal dunia itu adalah ibu dan adik pengantin sementara pesakit yang tenat adalah bapanya. Namun, yang anehnya kedua-dua mangsa tidak menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui Muhdi adalah pihak keluarga telah mengadakan majlis resepsi di masjid dengan dihadiri 30 tetamu. "Tugas kita hanya sebatas menikahkan. Setelah itu, kalau ada pesta bukan tanggungjawab kami. Kami hanya memastikan jika ijabkabul sesuai protokol kesihatan." Malah, mereka yang positif Covid-19 ini bukan sahaja membabitkan ahli keluarga, tetapi juga lima dari sembilah ahli kariah masjid turut terkena jangkitan Covid-19 ini. Sementara itu, Wakil Kota Semarang, Hendra Pribadi menjelaskan yang kluster pernikahan itu berlaku kerana tidak mematuhi SOP kerajaan Indonesia. "Kemungkinan besar karena tidak sesuai dengan protokol kesehatan saat
proses pernikahan. Makanya, banyak yang terkena covid-19." Seram juga mendengar berita sebegini berlaku di negara jiran. Jadi, diharapkan majlis keramaian di negara kita benar-benar mengikuti prosedur ditetapkan kerana jumlah tetamu yang lebih besar berbanding mereka iaitu 250 orang. Apa pula pendapat anda? - CARI |
Kurex replied at 25-6-2020 10:49 AM
iols tgk cerita sundelbolong malam satu suro, cara perasmian suami isteri adalah makan kelopak bunga
Tinot7 replied at 25-6-2020 10:55 AM
Takkan depa tak tau, tak boleh buat majlis resepsi ramai2 mcm tu?
Ni la akibatnya bila degil.
uda replied at 25-6-2020 11:15 AM
Reception dia tak ramai, 30 orang aje.
Tu yang forumer atas bimbang. What will happens dengan Msi ...
tikusmontok replied at 25-6-2020 11:13 AM
Seram gak kan citer tu ..terngiang2 lagu dia main piano tu
glump replied at 25-6-2020 11:18 AM
Malaysia dah boleh buat reception up to 250 orang..so kalau sounding,pandai2lah bawak diri.takut ada ...
tikusmontok replied at 25-6-2020 11:13 AM
Seram gak kan citer tu ..terngiang2 lagu dia main piano tu
cmf_premierleag replied at 25-6-2020 11:36 AM
pastu ms dia balik main piano, anak nya bilang, mama udah jd setan
tikusmontok replied at 25-6-2020 11:13 AM
Kat msia pun ramai dah sonok smlm diumum boleh 250 tetamu..
uda: Reception dia tak ramai, 30 orang aje.Tu yang forumer atas bimbang. What will happens dengan Msia sebab boleh 250 org tetamu.
ADVERTISEMENT