Kisah Sugu Pavithra dikatakan meminta bayaran tinggi untuk program masakan selama sejam sampai ke pengetahuan Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Ketika dihubungi Gempak, Chef Wan lebih memilih berpihak pada pasangan Youtuber masakan itu.
"Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil. "Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja. "Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada. "Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi," katanya lagi. Kecoh sebelum ini apabila pengacara Anim Ezati mendedahkan pasangan terbabit meletakkan harga RM10,000 ketika dihubungi.
Bagaimanapun, Sugu menafikan meletak harga demikian, sebaliknya menjelaskan dia dan isteri seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terbabit dengan sebaran program televisyen. Anim kemudian menerusi Instagram Story cuba menjernihkan keadaan dengan menjelaskan situasi sebenar. Katanya, berlaku salah faham dan pihak Sugu sudah meminta maaf serta akan membetulkan kenyataannya sebelum ini. - CARI
|
chandrahusin replied at 21-6-2020 03:42 PM
Entah chef 1 cynical jah word sanjung tu
Tapi gamba atas tu dh jd Model plkss
Baju pun Bernard Cha ...
cikpisang replied at 21-6-2020 03:29 PM
Word sanjung mmg tak sesuai. Over la kau chef wan. Tp mmg patut charge mahal vid kemas rumah pun alm ...
innocent_me replied at 21-6-2020 03:25 PM
Aihhh bidaah la sanjung2 bagai.
Biasa la cep wan, dia suka nau kalau orang bukan melayu ni.
Kalau ...
ADVERTISEMENT