CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Yatim Cuma Minta Milo, Nasi Ayam Pun Bersyukur Tapi Orang Biasa Pula Merungut?

19-6-2020 10:16 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4934| Komen: 15|Original author: Oleh: Cari-azza




Meruntun hati! Di kala kanak-kanak lain yang memberontak kerana berkecil hati dengan ibu bapa mereka, sebenarnya masih ramai lagi yang menerima nasib kurang baik tetapi bersyukur seadanya.

Hantaran seorang warga Twitter, Arif meruntun hati pembaca lain apabila memaparkan keinginan sekumpulan anak yatim (lingkungan usia 9-14 tahun) apabila ditanya mengenai apa yang diingini mereka, terutamanya makanan.

Masakan tidak, makanan yang biasa-biasa bagi kita sebenarnya diidam-idamkan anak-anak yatim ini. Milo, coklat, nasi ayam, roti canai dan teh tarik antara yang dijadikan permintaan istimewa mereka. Biasa bagi kita, tetapi terlalu istimewa buat mereka.


Kredit foto: Twitter


Maka, ramai warganet yang memberi komen berasa sayu dengan permintaan mereka. Tiada permintaan barangan atau makanan mewah seperti stik (steak) atau barangan berjenama melainkan yang kebanyakkan dari kita boleh dapatkannya setiap hari.


Kebanyakkan permintaan mereka adalah makanan dan ada tiga kategori barangan yang diminta, itu pun sebenarnya adalah perkara biasa bagi kanak-kanak dan remaja yang mempunyai ibu bapa iaitu jam tangan, anak patung dan pencuci muka.

Kredit foto : Twitter

Ariff juga turut menyertakan nombor akaun rumah anak yatim itu.


Twitter

FB

Jadi, jika anda direzekikan lebih dari yang biasa, bolehlah menyumbang kepada pertubuhan atau rumah anak yatim yang pastinya memerlukan lebih dari barangan keperluan. Mereka juga memerlukan kasih sayang. 

Jadi, bantulah sekadar termampu sama ada dari segi wang ringgit, tenaga mahu pun masa. 

Jika kita berasa kita paling susah, ingatlah, masih ramai yang lebih susah di luar sana. Bersyukur dan teruskan membantu. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 19-6-2020 10:36 AM
Iols pun bersyukur kalau dpt benda2 mcm tu.. takde la nak minta steak apa sume bagai..

Tiada permintaan barangan atau makanan mewah seperti stik (steak) atau barangan berjenama melainkan yang kebanyakkan dari kita boleh dapatkannya setiap hari.
Quote prettyuglybabe 19-6-2020 10:47 AM
mesti budak-budak ni selalu lapar kan..
tu yang minta makanan je..
kesian dorang..
Quote missyL 19-6-2020 10:48 AM
Nangis.terasa sgt kerdil
Quote husna_amal 19-6-2020 10:50 AM
Orang biasa pun ramai juga yang bersyukur seadanya. Budak2 ni kalau dibesarkan secara sederhana maka permintaan mereka pun biasa2 je lah.
Quote little_sis 19-6-2020 11:07 AM
dah biasa susah, jd sedar diri.. mmg org camni permintaan tak besar pun..
dpt yg diinginkan dah bersyukur sgt..
Quote pearl.silver 19-6-2020 11:17 AM
ank yatim dah besar xda org nk adopt.
Of course lah. Klu amik bdk laki, nnt mak angkat kne 24j pakai tudung dlm umh. Xleh nk peluk cium.
Klu amik bdk pompuan, bdk tu yg kne bertudung. Plus takut jd mangsa rogol plak.
Quote LadyCarefree 19-6-2020 11:55 AM
pearl.silver: ank yatim dah besar xda org nk adopt.Of course lah. Klu amik bdk laki, nnt mak angkat kne 24j pakai tudung dlm umh. Xleh nk peluk cium. Klu amik bdk p ...


At least these kids are better off dari those hiv positive kids at a shelter i often visit.
Quote LadyCarefree 19-6-2020 11:57 AM
Memang kalau kita selalu buat kerja amal, perasaan serta mentaliti kebendaan tu lain sikit. Ini pendapat iols la sebab kawan2 iols yg kaya raya bagi sedekah pun ada masa atau sebab, lain. Yang jenis selalu bagi dan turun padang, lain. Bukan turun padang takat photo op atau biat majlis dengan anak yatim, tapi benar2 turun padang.
Quote Cumikucingku 19-6-2020 12:29 PM
Masa sekolah menengah... dlm kelas aku dok sebelah anak yatim yg tinggal di rumah kebajikan sbb kematian ayah...

Kekadang dia kirim dgn aku tolong belikan coklat cadbury.

Pastu kekadang pad dia bocor... (mungkin sbb pusat kebajikan bg pad murah atau terhad .. entah lah...)

Tpdia tak pernah meminta2... yg dia kirim tu dia byr sbb dia pun tau aku bawa duit sekolah sikit.
Quote Artemesiaa 19-6-2020 01:51 PM
Mungkin juga sebab mereka dah terbiasa makan makanan tu sebab tu ia jadi pilihan utama dan tak diajar untuk makan makanan mewah supaya tak menyusahkan penjaga.
Quote ~boolean 19-6-2020 02:59 PM
roti canai dan teh tarik...makanan yang hari-hari kita bedal, tapi untuk orang lain itu wishlist...

Quote evlinne 20-6-2020 09:00 AM
Sape potong bawang nie..
Quote shysari 20-6-2020 12:09 PM
Tepi rumah i ada rumah anak yatim normaly i bg food mcm ayam panggang bakers cottage kfc mcD or nasi arab sbb terfikir mesti bdk2 ni kadang2 teringin nak makan mcm kita jugak. Sorry i memang x bg duit atas sbb2 sendiri even tiap2 kali hantar owner tu kata ala susah2 je bg cash pun tak pe nanti kami belikan
Quote shernazz 20-6-2020 01:45 PM
shysari replied at 20-6-2020 12:09 PM
Tepi rumah i ada rumah anak yatim normaly i bg food mcm ayam panggang bakers cottage kfc mcD or nasi ...

Iols rasa betul tu..
Tak yah bagi cash...
Baik bagi sebijik yang kita nak beli..
Puas hati...dah tentu kita beli benda tu utk bebudak tu kan..
Bagus tindakan uols
Quote ellez 20-6-2020 02:58 PM
iols biasa bagi masakan sendiri..tapi mewah bahan2 lauk pauk cukup segala variasi..nasi menimbun..tapi kalau masak sendiri mmg xdpt buat banyak2..
Selang seli dengan pemberian makanan spt kfc,bk,subway,texas chicken utk diorg..ataupun iols order nasi berperisa dgn seseorg yg iols tahu masak mmg sedap cukup bahan segala lauk nasi menimbun juga..niat dihati nak bagi anak2(yatim tu)kenyang..
Baju2,kasut baru..
Duit poket serba sedikit..maaf iols takkan derma cash kat pusat..sbb iols bimbang(ragu sbnrnya)duit tu tak dibelanjakan sepatutnya kpd yg berhak..
Pemberian peribadi iols sdri..
Bukan dari yayasan famili..yg ini lain pulak.
Owh..kita baru taja pelajar2 lepasan spm 2019(yg terpilih..lihat pada latar blkg dan jugak result)seramai 90 org utk belajar disebuah uni swasta di cheras..
Siap sewa hostel(kondo)utk mereka..
6 student serumah/setiap unit..selesa..
Utk pengajian dikampus cawangan bermula July ni..tapi kelas online serta virtual orientation dah start bulan Mei ari tu.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.091665 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top