Tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah kucing... memang 'Money' yang punya. Begitulah perumpamaan yang sesuai buat seekor kucing bernama 'Money' milik jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri. Bukan sahaja menjadi haiwan kesayangan, malah dianggap sebagai anak angkat apabila di bawah kemana-mana seperti bersiar-siar dan dibawa ke tempat kerja. Lebih beruntung apabila Money yang berusia tiga tahun juga disiapkan dengan baju raya yang direka khas oleh pereka fesyen perkahwinan popular, Man Kajang. Wah! Sedondon baju raya dengan tuan sekali, warna hijau emerald.
Seperti yang diceritakan kepada Majalah Nona, baju mereka sekeluarga disiapkan oleh Man Kajang termasuklah kucing kesayangannya. "Hari-hari biasa, Money memang ada baju sendiri sampai berpuluh pasang yang dibeli dari Bangkok. Cuma, bila berlaku Covid-19, kami tak boleh terbang, jadi saya minta Man Kajang siapkan dan hasilnya memang cantik. Baju Money siap dalam tempoh 24 jam saja." Ternyata baju yang dipaparkan sangat menarik perhatian. Seperti baju gaun yang dipakai oleh bayi berusia setahun pula. Sementara itu, Haliza berkata, pertemuan pertama dengan Money adalah di sebuah 'pet shop'. Ketika itu dia dan suaminya hendak membeli makanan seekor kucing peliharaannya, Gora yang telah dibela sejak 14 tahun lalu. "Suami memang suka kucing. Apabila terpandang Money yang berusia empat bulan ketika itu, dia terus berkenan, lalu membelinya dengan harga RM1,800. Kata suami, Money ni memang manja dan unik." Menurut Haliza lagi, Money diibaratkan anak bongsunya memandangkan anak-anaknya sudah dewasa iaitu 21 tahun dan 17 tahun. Jadi, kucing ini membawa tuah dan kegembiraan kepada mereka sekeluarga. Malah, Money turut dibelai mendapat rawatan 'grooming spa' sedangkan dirinya sendiri tidak sempat untuk memanjakan tubuh. Aduhai, beruntungnya seekor kucing bernama 'Money', segala keperluan disediakan, dibelai dan dimanjakan. Benarlah kata orang, berbuat baik kepada haiwan memang rezeki melimpah ruah. - CARI |
Kurex replied at 16-6-2020 11:34 AM
Dah macam pelacur je kucing tu
doubleA: Susah jumpa orang kaya yang tak membazir. Dah rupa baju budak
prettyuglybabe replied at 16-6-2020 01:50 PM
jangan esok tengok ecah nekta ada baju sepesen dengan kucing tu
Tinot7 replied at 16-6-2020 01:50 PM
Dia ni awet muda ke gambar filter dan edit?
Menurut Haliza lagi, Money diibaratkan anak bongsunya ...
Cari-Azza replied at 16-6-2020 02:19 PM
Umur dia 43 tahun ni. Kahwin masa umur 21 tahun, dapat anak setahun kemudian. Jadi betul lah anak ...
jerukkedondong replied at 16-6-2020 11:41 AM
Hahaha..kan rex...binatang dibajukn....yg manusia plk gila tunjuk lurah dendam..tayang cikpek...eh ...
ADVERTISEMENT