CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarawak Report Reka Cerita, Fitnah PM?

16-6-2020 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5652| Komen: 18

Description: ”Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran."
”Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran."

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyelar tindakan Portal Sarawak Report yang disifatkan berniat jahat apabila memfitnah Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin di rumah apabila ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser, lapor MalaysiaGazette yang memetik kenyataan PMO.


Lantaran itu, penulis dan portal berkenaan digesa bertanggungjawab dan mengemukakan bukti seperti nama pesawat yang dinaiki Tan Sri Muhyiddin Yassin, hospital di Singapura dan doktor yang ditemui seperti didakwa.

Dalam kenyataanya, PMO menjelaskan bahawa Muhyiddin telah disahkan bebas daripada penyakit kanser dan cukup sihat untuk melaksanakan tugasnya serta melampirkan sekali surat pengesahan tahap kesihatannya daripada dua perunding hospital.



Kredit foto: PMO

Tegasnya, Muhyiddin sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) serta tidak keluar rumah sepanjang dikuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu.

“Semua tugas rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan,” kata kenyataan itu.

PMO menyifatkan laporan Sarawak Report rekaan penulis yang berniat memburuk-burukkan PM.


Foto: IG Muhyiddin

Muhyiddin sebelum ini menjalani kuarantin selepas seorang pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet dipengerusikannya disahkan positif Covid-19. - CARI
6

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-6-2020 01:38 PM
Tau kan pee esh suka fitnah
Quote Tinot7 16-6-2020 01:46 PM
Ada ke org yg masih percaya geng penipu tu?
Quote akusukaq 16-6-2020 01:51 PM
Edited by akusukaq at 16-6-2020 01:55 PM

Kalu tak fitnah  bukan nama nya Serawak Report.Sama lah jgk dgn puak ph yg mengupah nya. duit habes tembelang pecah.
Naik atas fitnah , jatuh tersungkur atas balasan dosa
Quote meow_tompok 16-6-2020 03:12 PM
humban kat north korea baru tau nasib ko. syukur la masih duduk kat malaysia.

Quote JohnnyLever 16-6-2020 03:16 PM
sebab itu undang2 Akta Anti Berita Tidak Benar digubal oleh kerajaan Najib

supaya boleh tangkap, bicara dan hukum pemfitnah2 yang memfitnah dari luar negara

oleh kerana DAP juga ada peguam2 yang pandai, selain pandai menipu dan memfitnah

mereka tahu ini akan membahayakan keselamatan clare brown

jadi mereka cepat2 mansuhkan akta itu

jadi sampai bila2 pun orang luar boleh fitnah negara kita dan bebas melakukannya

ini semua salah DAP

tapi perkara ini ramai macai Melayu DAP tiada percaya

aku juga akan dituduh sebagai macai dan totok UMNO

apa hina sangatkah UMNO?

UMNO juga yang menjadi kerajaan sebelum ini, kamu semua ada tak cukup makan kah?

lagi mengecewakan macai2 Melayu DAP ini semuanya bekerja kerajaan, glc dan juga IPTA2 cari makan

Quote Anne.W 16-6-2020 03:35 PM
Ni baru bukti kukuh. Bukan 1 tapi 2 expert opinion siap nama, exact position dan subject matter in discussion di tulis dgn jelas. Bkn pakai petik2 rasa2 tuduh2 je..

RIP kaki fitnah!!
Quote kemaruk 16-6-2020 03:40 PM
@sam1528 suka ambil berita dari sarawak report ni

Quote husna_amal 16-6-2020 03:46 PM
Ambil tindakan je kat media yang keluar berita palsu ni.
Quote Maideen. 16-6-2020 03:56 PM
Dulu Hadi Awang telah menyaman Clare Rewcastle-Brown dan Sarawak Report di England.

Hadi kata dia menang saman tu. Pengikut Hadi pon bertakbir dan ada yang menitiskan air mata kesyukoran.

Agaknya Sarawak Report dan Rewcastle-Brown meminta Hadi Saman dia lagi sekali kot.....

Tapi Hadi Awang kini sibuk sebab Din Pagoh dah lantik dia jadi Duta Khas Malaysia ke Timor Tengah bertaraf Menteri pulak.......
Quote pasa 16-6-2020 04:04 PM
sapa percaya sarwak report IQ dia bawah 100
Quote Melorqe 16-6-2020 11:00 PM
JohnnyLever replied at 16-6-2020 03:16 PM
sebab itu undang2 Akta Anti Berita Tidak Benar digubal oleh kerajaan Najib

supaya boleh tangkap,  ...

si pakcik  yg tulis cerita sofamerah tu pun sama.buat fb group, pakat ramai2 mengutuk agung, PM.

tak padan dgn tua. geram betui aku.

Quote JohnnyLever 16-6-2020 11:01 PM
Melorqe replied at 16-6-2020 11:00 PM
si pakcik  yg tulis cerita sofamerah tu pun sama.buat fb group, pakat ramai2 mengutuk agung, PM.
...

siapa pakcik itu

maaflah aku ada ketinggalan komuter juga ini
Quote Melorqe 16-6-2020 11:07 PM
JohnnyLever replied at 16-6-2020 11:01 PM
siapa pakcik itu

maaflah aku ada ketinggalan komuter juga ini

cari la redsofa, aku tak tau la da lagi ke tak website tu, bnyak kali dah down kekekeeke..
aku masih follow fb uncle tu. saja nak tengok kenapa dia busuk ati sgt dgn umno, pas, madet.
ada yg tulis dia geng mata satu.
Quote Youareyou788 16-6-2020 11:10 PM
Tak habis2 politik
Quote najib888 16-6-2020 11:10 PM
Soalnya, ada ka yg masih percaya serawakrepot, meleysiakini, roketkini melainkan pentaksub totok damacai?
Quote ctaz 16-6-2020 11:22 PM
hanya geng2 DAPIG/PH sahaja yg purcaya...
Quote GigaMom 17-6-2020 11:52 AM
Maideen. replied at 16-6-2020 03:56 PM
Dulu Hadi Awang telah menyaman Clare Rewcastle-Brown dan Sarawak Report di England.

Hadi kata dia ...

Kau bodoh!!?!?!!
Quote Rogue98 17-6-2020 04:56 PM
Bila kena kat diri sendiri di katanye fitnah. Bila kena kat Najib dulu si Moo ni bukan main lagi berceramah sebar kan fitnah...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.062203 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top