CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Bront Palarae Kritik Ahli Politik Rakus, Tak Sedar Diri

16-6-2020 10:42 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5014| Komen: 15|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Kemelut politik di Malaysia bukan sahaja dirasai oleh golongan marhein, namun memberi impak terhadap artis juga. Namun, ianya jarang diperkatakan anak seni dengan alasan ia di luar bidang kuasa mereka ...




Kemelut politik di Malaysia bukan sahaja dirasai oleh golongan marhein, namun memberi impak terhadap artis juga. Namun, ianya jarang diperkatakan anak seni dengan alasan ia di luar bidang kuasa mereka.

Namun, berlainan dengan aktor Bront Palarae yang telah beberapa kali menulis kritikan sosial terhadap sistem politik negara. Terbaharu, Bront meminta golongan elit dan berjawatan menghentikan drama politik mereka kerana rakyat sudah muak dengan situasi tersebut.

Cerita yang kononnya mahu membantu rakyat Malaysia sebenarnya hanyalah omongan semata-mata. Begitu tajam dan padu kritikan Bront dan dipersetujui warga maya.



Kredit foto : Twitter


Kredit foto : IG

Merujuk kepada artikel di portal The Edge yang memaparkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penganggur meningkat hampir 50 peratus pada April 2020 sangat menakutkan. 

Malah, menurut Bront, ahli politik yang mendakwa mereka berkorban sebenarnya telah mengorbankan rakyat sendiri kerana terlalu sibuk mengejar kuasa.


Kredit foto : Jabatan Perangkaan Malaysia

Pelbagai cadangan yang dilontarkan di ruangan komen seperti sistem demokrasi baru, ahli politik yang lebih muda bagi menggantikan golongan warga mas, malah ada yang mencadangkan supaya aktor The Bridge itu sendiri menubuhkan parti baru.



Kredit foto : Twitter

Sebaliknya, Bront memberi cadangan kepada bakal pengundi supaya membuat pilihan ke atas calon dan bukannya parti politik. Ini adalah supaya trend politik berubah, sekali gus memberikan pengajaran kepada ahli politik yang rakus.


Kredit foto : Twitter


"Dah sampai masa kita ubah dari pangkah ikut lambang ke pangkah orang yang nak berkhidmat di kawasan kita."

Wah! Memang mengikuti perkembangan semasa dan memberi idea yang bernas betul, Bront. Ya, tak semua mampu berpolitik, namun Bront menunjukkan yang artis juga mampu berfikir secara matang mengenai isu semasa. Jadi, suarakan pendapat anda supaya ia lebih didengari. - CARI
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawar_mustika 16-6-2020 11:02 AM
setuju btul ape yg bront ckp kita patut pangkah mereka yg akan berkhidmat bukan ikut parti
Quote husna_amal 16-6-2020 11:20 AM
ada betulnya juga pendapat bront ni.
Quote Kurex 16-6-2020 11:22 AM
gambar hitam putih tu nampak bront macam pakai turban..

Btw kurex sokong bront!!!
Quote bobo_beck 16-6-2020 11:50 AM
betul.. ak mmg pangkah calon dan bukan parti.. tp masalahnya calon2 pun tersepit dek politik ketua2 parti.. xsokong ketua baget xdpt nk bantu kawasan.. rakyat dah buktikan boleh ubah politik negara.. patutnya ahli politik ni sedar diri.. tp pusing2 itu jugak... nek PRU xtau nk turun ngundi ke tak.. bosan
Quote polluxsstar 16-6-2020 12:16 PM
ingtkan pakcik I tadi. artis rupanya. bront. ONE TWO JAGA karya Sahidzan Salleh best juga.
next pru kalau bront masuk calon I undi. ehh. tiber.
Quote NekNgah 16-6-2020 02:29 PM
Sebab Malaysia ni politik kepartian.  Individu yang cemerlang pun boleh dijentik keluar dengan senangnya.
Quote JohnnyLever 16-6-2020 02:49 PM
artis sangkak minta perhatian minta dipuji

see my level?
Quote Anne.W 16-6-2020 03:02 PM
Bront ni blh jd mcm anolsusahnakeja kt amerika nun.. Masuk politik pls bro.. Ramai suka cara u.. Berlakon xkayu.. Bg komen pon jujur.. I loikeeee
Quote terpaling 16-6-2020 03:03 PM
apa kata bront lak masuk btanding next PRU.. blh bawa perubahan lain sikit..
Quote misuke 16-6-2020 04:33 PM
tun, tan seri, dato seri, datuk2 baca..... ada aku kesah katanya?????
Quote sribayu 16-6-2020 05:30 PM
Baru saja tengok bront kat Bridge last night..
Quote Sham143 16-6-2020 05:36 PM
Edited by Sham143 at 16-6-2020 05:48 PM

Sangat2 setuju apa yg dikatakan oleh Bront Palarie.. Memang betul apa yg dikatakan..kebanyakan ahli2 politik di Malaysia ni hanya bermanis mulut saja..tapi bila rakyat dh beri kuasa utk memerintah, semuanya omongan kosong saja..yg penting  perut sendiri kenyang..Respect org mcm Bront ni..berusaha & berani bercakap benar bukan sprt manusia2 pemalas yg hanya pandai membodek, nk kaya cepat dgn cara yg senang shj..
Quote missyL 16-6-2020 08:05 PM
Yup btol. Aku dr dulu mmg pangkah yg buat keje. Xkesah la parti ape pn
Quote sleepandream 16-6-2020 09:10 PM
selama ni pangkah ikut lambang ke?
patutla letak lembu pun boleh menang...
dah lama iols amalkan pangkah ikut calon individu...
besok lusa yb tu meninggal bukan waris lambang tu yg sambung berkhidmat ponnn
Quote Youareyou788 16-6-2020 10:29 PM
Salah seorang artis yang iols respek. Kerja cun kontroversi kurang

Lihat semua komen(15)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.086151 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top