CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Zaman Tunku Lagi Kononnya Gaji Minima Patut RM1,500 Tapi 2020 Pun Baru RM1,200

16-6-2020 10:34 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6081| Komen: 33|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Gaji minima 1,500 ni dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi rupanya diperjuangkan. Siapa yang sekat? Ahli politik ke kapitalis?"




"Gaji minima 1,500 ni dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi rupanya diperjuangkan. Siapa yang sekat? Ahli politik ke kapitalis?"

Kecoh Twitter dek keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 1969 yang memaparkan janji parti politik Perikatan untuk memperjuangkan pendapatan purata penduduk Malaysia berjumlah RM1,500.

Dengan mengambil kira tempoh 51 tahun dari tahun 2020 ini serta Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama, nampaknya cerita mengenai gaji sentiasa menjadi topik utama.

Mengapa ianya sentiasa diperkatakan? Dan mengapa sehingga sekarang, gaji minima pun masih di takuk lama? Tahun 1969 lagi janjinya RM1,500 tapi tahun 2020 pun, ia masih tersekat pada RM1,200. Salah siapa?



Kredit foto: Twitter

Hal ini turut dipersetujui warga maya yang saban tahun meminta kerajaan menilai kembali gaji minimun yang sebenarnya tidak lagi relevan dalam kehidupan serba mencabar ini.

Malah, ada yang menyimpulkan bahawa kenaikan gaji pekerja di Malaysia sangat perlahan. Ianya lebih kepada kapitalisme yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan penduduk marhein dan dibantu ahli politik yang korup.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto :akubudaktelok64.blogspot.com

Bagaimanapun, ada warganet yang menafikan kenyataan akhbar itu dan menegaskan apa yang dimaksudkan oleh Utusan Malaysia adalah gaji purata penduduk ketika itu dan bukannya gaji minimun. 

Jadi, adalah kurang wajar menyamakan situasi ketika itu dengan zaman sekarang. Malah, ketika itu banyak kelebihan yang diperolehi oleh setiap pekerja seperti kenaikan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan.



Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Twitter

Jika ianya bukan seperti yang didebatkan oleh warganet sekalipun, tidak dinafikan Malaysia masih berada di bawah paras gaji yang sepatutnya, lebih-lebih lagi bagi syarikat yang suka mengambil kesempatan.

Jadi, bagaimana? Wajar atau tidak gaji minimun dinaikkan hingga RM1,500? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terpaling 16-6-2020 10:40 AM
sedihhh dah 2020 pun gaji min masih 1.2k..
Quote Boomibulat 16-6-2020 10:48 AM
Tulisan kecik sgt x blh baca..tp ada berita..
Kapal selam Israel di tawan
Konvoi Amerika diserang hendap
Quote electricopop 16-6-2020 10:48 AM
Ekonomi sangat la sedih tahun ni...
Quote husna_amal 16-6-2020 11:18 AM
Dari dulu ekonomi berkembang perlahan. Harap2 kukuhkan nilai ringgit kita.
Quote becir 16-6-2020 11:22 AM
dulu gaji kecik ratus2 je tapi orang mampu hidup, beli rumah lagi..sebab cost of living rendah..
Quote helicornia 16-6-2020 11:27 AM
yg nak mencapub pun tak faham istilah gaji purata dgn gaji minimum tapi tetap nk tunjuk pandai. tengok la gaji purata kita dah berapa sekarang..bodo tk bole diajar
Quote Themilo 16-6-2020 11:51 AM
becir replied at 16-6-2020 03:22 AM
dulu gaji kecik ratus2 je tapi orang mampu hidup, beli rumah lagi..sebab cost of living rendah..

sekarang cost of living mencanak-canak, tapi gaji tetap kat takuk tu juaaaa
Quote Supersirap 16-6-2020 12:20 PM
Pentingnya kerajaan buat sesuatu terhadap perkara ini, bukannya perebutan kuasa yang didahulukan
Quote smartaleck07 16-6-2020 12:43 PM
Pendapatan pukul rata $ 1500.. maksudnya pendapatan average kan? kalau average 1500, maksudnya sebulan dalam $ 125.. tu kalau bahagi 12 bulan lah.. tak reti nk kira ikut jumlah wage earners time tu..

bukan pendapatan minima bulanan kan?

banyak pulak kan aku..
Quote Tinot7 16-6-2020 02:38 PM
Bape rega tonic cap gajah?
Quote Anne.W 16-6-2020 02:54 PM
I nk tunggu dr amalina habis belajar dia nk x balik mesia balas jasa scholar dia dpt.. Or terus kawen mat saleh n settle down kat uk nun..

Most malay yg hi privilege xkesah pon psl wage ni.. Thats why we are where we are.. Hehehe
Quote bakingsoda 16-6-2020 03:45 PM
asal aku baru tau purata rupanya singkatan pukul rata
Quote JohnnyLever 16-6-2020 07:44 PM
itu pendapat per kapita la bukan gaji minimum. gaji minimum pun ikut sektor yang dikuatkuasa dalam undang2

ada ijazah LLB tapi tiada ijazah ekonomi jangan sibuk mahu jadi professor

Quote gigahertz 16-6-2020 10:49 PM
becir replied at 16-6-2020 03:22 AM
dulu gaji kecik ratus2 je tapi orang mampu hidup, beli rumah lagi..sebab cost of living rendah..

Dulu masa awal tahun 1980 an tu zaman introduction al maklumlah baru habis isu dengan komunis. dan perang dunia ke 2.
jadi dapat keje kerajaan gaji RM 300 sebulan tu rasa bersyukur giler.  

Quote gigahertz 16-6-2020 10:50 PM
Themilo replied at 16-6-2020 03:51 AM
sekarang cost of living mencanak-canak, tapi gaji tetap kat takuk tu juaaaa

Negara kita dalam Mode Maintanaces bukan dalam mode Introduction.
Quote Youareyou788 16-6-2020 11:12 PM
Adakah kita bermimpi di siang hari
Quote Xim 17-6-2020 03:10 PM
Edited by Xim at 17-6-2020 03:14 PM
becir replied at 16-6-2020 11:22 AM
dulu gaji kecik ratus2 je tapi orang mampu hidup, beli rumah lagi..sebab cost of living rendah..


Betul....contoh paling dkt parents & grandparents.....tiba ke anak cucu rase ssh benar nak layak beli rmh....
Quote Perk77 17-6-2020 11:15 PM
1.2k ke ...operator kilang kat ptp jb...dh basic 1.4k .belum campur elaun
Quote MeghanK 17-6-2020 11:50 PM
gaji big boss mahal2 gaji orang bawah celah gigi apa dorang kesah

Lihat semua komen(33)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-5-2022 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.171566 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top