Konon melakukan ujian swab Covid-19 dari rumah ke rumah menjadi taktik terbaru kumpulan melakukan aktiviti penipuan dan rompakan. Berikutan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kumpulan tertentu menyamar sebagai anggota Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kita mengesyaki kumpulan ini menyamar sebagai pihak berkuasa KKM dan menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran palsu untuk melakukan penipuan dan rompakan. “Setakat ini, KKM hanya melakukan ujian swab di kawasan diisytiharkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sahaja. “Kalau di luar kawasan PKPD, tidak ada. Saya bimbang ini satu rompakan dan orang ramai dinasihatkan membuat laporan polis,” katanya pada sidang media khas pandemik Covid-19 seperti dipetik MalaysiaGazette.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman video tular menunjukkan sekumpulan 'anggota KKM' menggunakan van bertulis “Kementerian Kesihatan” dengan nombor pendaftaran milik Perodua Myvi yang dilaporkan dicuri, melakukan ujian swab dari rumah ke rumah. - CARI
|
Kurex replied at 15-6-2020 03:05 PM
takde ke ujian lain yg boleh dibuat selain swab? macam ujian darah ke...
cutieslilies replied at 15-6-2020 04:01 PM
ada..tapi tahap keberkesanan mengesan virus guna darah adalah bawah 80%..so tak berapa tepat..
...
cutieslilies replied at 15-6-2020 04:01 PM
ada..tapi tahap keberkesanan mengesan virus guna darah adalah bawah 80%..so tak berapa tepat..
...
ninja9 replied at 15-6-2020 07:57 PM
test kit pakai apa... darah ker atau cairan dlm hidung
Kurex replied at 15-6-2020 04:43 PM
Yg mana satu yg sakit tu?
cutieslilies replied at 16-6-2020 09:29 AM
yg jolok dlm hidung tu..tu sakit..tipu kalau org ckp x sakit..cuma sakit tu x lama kalau masa buat ...
Kurex replied at 16-6-2020 09:33 AM
uishhhhh
ramai kata gatal2 je.... tak caya sebab kalau gatal je takkan la ada cerita yg doktor mi ...
cutieslilies replied at 16-6-2020 09:37 AM
gatal??..pelik aku apa yg gatal...hahahahaahah
Kurex replied at 16-6-2020 10:11 AM
katanya gatal hidung... aku nak buat tapi takut... tapi aku kena buat jugak
ADVERTISEMENT