CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Tentera Cetak Wang Palsu Untuk Tampung Kos Majlis Kahwin

18-2-2019 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5960| Komen: 51

Seorang anggota tentera ditahan malam semalam selepas didapati mencetak wang palsu bernilai RM4,000 menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.

BERNAMA melaporkan, suspek berusia 28 tahun itu bertindak demikian kerana tidak cukup wang untuk menampung kos majlis perkahwinannya.


Gambar Hiasan

Tindakan suspek bagaimanapun terbongkar selepas dia membuat laporan polis kononnya wang dikeluarkan dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Sibu adalah palsu dengan harapan dapat menukarkannya dengan wang tulen.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Jonathan Ringgit, siasatan mendapati suspek menyerahkan wang palsu itu kepada tunangnya.


Curiga dengan keaslian wang berkenaan, tunangnya menasihati suspek untuk membuat laporan polis.

"Suspek sebenarnya memang ada mengeluarkan wang RM4,000 dari mesin ATM bank berkenaan Jumaat lalu bagi kegunaan perbelanjaan perkahwinan tetapi menyerahkan wang yang disyaki palsu kepada tunangnya," katanya.

Polis turut merampas 25 keping not RM100 dan 30 keping RM50 serta seunit mesin pencetak.

Suspek yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac ini direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan. - CARI
4

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 18-2-2019 10:47 AM
blm kahwin lagi, dah menipu.

kalau tak ada duit, tak yah le kawin dulu.
Quote shi_jewel 18-2-2019 10:48 AM
abam askar, tak perlu la buat majlis gah2...cukup sekadar byr mas kawin je. lepas tu simpan duit, pi honeymoon di tempat2 romantik.

Quote tagas 18-2-2019 11:00 AM

takde sakit carik penyakit

nak apam halal nye psl
Quote LautBiru52 18-2-2019 11:03 AM
Aduhai urut kepala. Kalau tak mampu terus terang je la dgn tunang tu. Bape je yg kau mampu. Kalau dia desak2 jugak tinggalkan je
Quote gaara_X 18-2-2019 11:19 AM
ermmmm....sikap manusia zaman skang...
Quote lee_sakura 18-2-2019 11:22 AM
kesiannya nk kawen tp tak cukup duit
Quote idakamaruddin 18-2-2019 11:23 AM
RHB LOAN easy kan ada..motif susah2 print duit pelsu guna printer canon?

Quote LostStar 18-2-2019 12:35 PM
ala kesiannyaaa..  
siapa yg dok push dia harus dipersalahkan.. pihak perempuan, bakal isteri atau family sendiri yang harus bertanggung jawab knp dia jd mcmni.. kalau xde sapa dok paksa dia, sah dia takkan guna solution mcmni utk cari duit..
Quote RatuDunia94 18-2-2019 12:42 PM
Sah2 la polis pon curious camna tunang dia boleh cam duit byk2 tu palsu.. ingat polis baru sehari dua ke jd polis? Tgok ferak tubuh pon dah boleh detetc menipu..
Then sah2 la polis akan cek kat bank tempat atm tu.. ni mesti baru belajar nk menipu..
Quote matbad 18-2-2019 12:42 PM
LostStar: ala kesiannyaaa..  siapa yg dok push dia harus dipersalahkan.. pihak perempuan, bakal isteri atau family sendiri yang harus bertanggung jawab knp dia  ...

Betol dowh..sapa tak nak kawen..keadaan mendesak..skrg tau nak buat kndri gah..xtau kita tggal telor ja hahaha
Quote nanny_1 18-2-2019 12:47 PM

habis tu apa nasib printer kat pejabat dia tu?

mesti ramai maki dia sebab printer takda nak print.

Quote pengecatbintang 18-2-2019 12:58 PM
Tak de duit nak wat majils gah n impress family n bakal family mentua..

Utang lee..
Quote palmolive 18-2-2019 01:01 PM
maknanya selama ni printer opis pejabat kerajaan selamba jek la leh print kaler..
dah la ink kaler tu mahal


ke situ pulak perginyer
Quote lashes 18-2-2019 01:09 PM
Mesti die nak kahwin pun dah malu bile dah jadi mcm ni..silap2 terus cancel kahwin
Quote Mina2215 18-2-2019 01:10 PM
Habis la. Silap2 kena buang kerja nih
Quote AyaqMeloSuam 18-2-2019 01:54 PM
Kesian.. sb terdesak nk kenuri & duit hantaran..
Apakah desakkan tunang jua????
Quote Sazida 18-2-2019 02:44 PM
shi_jewel replied at 18-2-2019 10:48 AM
abam askar, tak perlu la buat majlis gah2...cukup sekadar byr mas kawin je. lepas tu simpan duit, pi ...

Kdg2 pihak perempuan yg byk songeh. Nk majlis besar2. Hntran tinggi. Byk jd kt kwn iols kalau tibe bab kawin ni. Ade kwn iols airforce, mak bpk pempuan tu nk hantaran 20k,akad nikah kt mekah. Sebb ank dia doktor. Ko rase?
Quote batmana 18-2-2019 03:02 PM
Sazida replied at 18-2-2019 02:44 PM
Kdg2 pihak perempuan yg byk songeh. Nk majlis besar2. Hntran tinggi. Byk jd kt kwn iols kalau tibe ...

mak pak neraka cmni
psl menyusahkan benda wajib


Quote dua_chzy 18-2-2019 03:04 PM
LautBiru52 replied at 18-2-2019 11:03 AM
Aduhai urut kepala. Kalau tak mampu terus terang je la dgn tunang tu. Bape je yg kau mampu. Kalau di ...

Pasangan biasanya ok.

Yang tak ok, mak pak pasangan tu. Kebiasaannya.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059243 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top