CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masih Percaya Bumi Ini 'Flat'? - Ini 7 Cara Mudah Membuktikan Pandangan Itu Salah!

18-2-2019 10:28 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4265| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Antara isu paling panas pada minggu ini adalah kenyataan daripada seorang artis yang mempertahankan hujahnya bahawa bumi ini berbentuk 'flat' atau rata.
Antara isu paling panas pada minggu ini adalah kenyataan daripada seorang artis yang mempertahankan hujahnya bahawa bumi ini berbentuk 'flat' atau rata.  

Pandangan ini bukan milik artis itu seorang, rupanya tidak kurang juga golongan yang sependapat dengan beliau. Uniknya, mereka datang dalam satu pakej; yang turut menentang vaksin.


Kredit foto: Flat Earth Conference

Semua orang yang mempelajari sains pasti tahu bahawa kenyataan beliau bercanggah dengan pengetahuan umum dan fakta. Lebih memalukan, artis tersebut sanggup mencabar angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah bahawa bumi berbentuk sebaliknya.



Kredit foto: Facebook


Kredit foto: Facebook

Sebenarnya, ada beberapa eksperimen mudah untuk membuktikan bahawa bumi ini bukan berbentuk 'flat' tetapi sfera atau lebih tepatnya geosfera (seakan telur), kerana jejari memanjang dan melintang bumi tidak sama jaraknya (6,378 dan 6,356 kilometer).


1. Fenomena Gerhana Bulan

Ketika gerhana bulan, bumi terletak di antara bulan dan matahari. Oleh itu bayang-bayang bumi boleh dilihat pada permukaan bulan. Bayang-bayang ini dalam bentuk eclipse membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat' .


Kredit foto: Popsi


2. Pelayaran Kapal Di Lautan

Untuk membuktikan permukaan bumi adalah melengkung, lihat sebuah kapal yang sedang belayar menjauhi pantai dengan menggunakan binokular. Anda akan mendapati kapal tersebut akan kelihatan seakan hilang tenggelam perlahan-lahan dan bukannya hilang menjauh. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat' .


Kredit foto: Kaiser Science


3. Panjat Pokok

Ahli sains mencadangkan satu eksperimen yang mudah dengan memanjat pokok. Sekiranya bumi ini 'flat', jarak pandangan horizon di bawah pokok adalah sama dengan jarak pandangan horizon di atas pokok. Bagaimanapun, sebaliknya anda akan mendapati jarak pandangan horizon lebih jauh jika anda berada di atas pokok. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat' .


Kredit foto: WikiHow


4. Perbezaan Zon Masa

Menurut hasil kajian, pada ketinggian 35,000 kaki di atas kapal terbang, anda boleh melihat lengkungan permukaan bumi. Ianya akan menjadi lebih jelas pada ketinggian 50,000 kaki. 

Jika anda tidak mampu menaiki kapal terbang, anda boleh memahami teori ini berdasarkan perbezaan masa (subuh, petang, siang, malam) di antara negara-negara. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'.



Kredit foto: ncdes


5. Melihat Matahari Terbenam

Pilih dua lokasi, A dan B di mana A terletak di tanah rendah dan B di tanah tinggi. Mula-mula, berdiri di lokasi A (tanah rendah) ketika matahari terbenam dan hilang sepenuhnya dari pandangan. Jika anda segera bergerak kemudiannya ke lokasi B (tanah tinggi) anda pasti akan sempat melihat 'sisa' kecil matahari sebelum terbenam sepenuhnya. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'.


Kredit foto: pbs.org


6. Ukur Bayang-bayang Serentak Di Dua Negara

Eksperimen sains yang mudah jika anda memiliki seorang teman yang berada di lokasi atau negara lain. Kedua-dua anda mengambil pembaris berukuran satu meter dan meletakkan di bawah matahari. Pada masa yang sama, anda berdua secara serentak mengukur bayang-bayang pembaris tersebut (sekarang lebih mudah dengan adanya WhatApps). Pastinya anda berdua akan mendapat ukuran yang berbeza membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'.


Kredit foto: Popsi


7. Lihat Gambar Bumi Di Laman International Space Station

Malas membuat eksperimen di atas? Pergilah ke laman International Space Station yang banyak menunjukkan gambar-gambar bumi serba berkualiti. Anda tak perlu menaiki kapal angkasa untuk melihat bentuk sebenar bumi. Pastinya anda akan bertambah yakin bahawa bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'.


Kredit foto: Twitter

Diharap eksperimen mudah ini dapat membantu anda untuk mematahkan hujah para golongan yang masih mempertahankan pendapat bahawa bumi ini 'flat'. - CARI
11

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • edmorita79

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OttoVonBismark 18-2-2019 11:41 AM
puak bumi leper memang bodoh dan looooser
Quote nazzse 18-2-2019 11:56 AM
"Terasa diri bijak, padahal bodoh yg amat",  puak flat earth
Quote Artemesiaa 18-2-2019 12:10 PM
Jenis bodoh sombong tak guna diajar buang karen jer nak explain itu ini tapi pasti mereka tetap tak menerimanya.
Quote chicozinn 18-2-2019 12:21 PM
buat la pape pun kalu da benak cm si sohai hantuu gg tu xjalan la weyhh..
Quote Sang_Pencinta 18-2-2019 12:22 PM
Itu jelah...mahukah mereka mendengar fakta??
Quote manjalara_01 18-2-2019 12:23 PM
for muslims out there..please don't waste your time debating about this...
2. Dahaahaa / Dahaah
waal-ardha ba’da dzaalika dahaahaa
“Dan bumi sesudah itu dijadikan oleh-nya berbentuk bulat telur (berbentuk telur burung onta).” (QS.An–Naazi’aat [79]:30).
ada juga yang mengartikan:
“Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.” (QS.An–Naazi’aat [79]:30).
Kata Arab Dahaahaa artinya seperti bentuk telur burung unta. Kata arab dahahaoleh para penerjemah, ada yang diterjemahkan sebagai “menghamparkan”, walau kurang tepat tapi terjemahan ini juga betul.
Bentuk telur burung unta “Dahaahaa” menyerupai bentuk bulatan Bumi. Dengan demikian, Al-Quran menjelaskan dengan benar bentuk Bumi, meskipun anggapan yang berkembang pada saat itu yaitu pada saat Al-Quran diturunkan, Bumi berbentuk datar, tapi Al-Quran tak pernah menyebutkan dengan gamblang bahwa Bumi datar, dan hanya menjelaskan apa yang mereka saat itu lihat, sebagai “hamparan“.

Permukaan Bumi adalah hamparan yang luas. Terhampar atau hamparan yang terlihat didepan mata kita seperti yang Al-Quran maksud bukan berarti memiliki pengertian bahwa planet Bumi adalah datar.

Quote Sang_Pencinta 18-2-2019 12:28 PM
manjalara_01 replied at 18-2-2019 12:23 PM
for muslims out there..please don't waste your time debating about this... 2. Dahaahaa / Dahaahwaal- ...

Gimana SS yg graduan UIA yg kata ada degree Bahasa Arab tu boleh salah tafsir?
Quote manjalara_01 18-2-2019 12:44 PM
Sang_Pencinta replied at 18-2-2019 12:28 PM
Gimana SS yg graduan UIA yg kata ada degree Bahasa Arab tu boleh salah tafsir?

manja sbenarnye x minat dgn "isu" ni..tp kalau u all rajin, sila la research skit...
puak mana yg start bincangkan psl flat earth ni....sape die org tu? golongan org yg ade agama ke? golongan yg x caye Tuhan ke?..penyembah lucifer ke..?...& mcm2 lg...

awareness tu sbg muslims la kan...mesti ade..dlm diri kite semua.."now is the age of psychological warfare"...so kena sentiasa hati2..bile ade ape2 je yg viral..or what not..jgn la org kat kat sana terjun..kite pun ikut terjun skali...please...la...
Quote palmolive 18-2-2019 12:59 PM
alang2 flat naper tak panggil bumi kondo ke apartment ker...kurang2 ada kolam renang
Quote manjalara_01 18-2-2019 01:27 PM
Sang_Pencinta replied at 18-2-2019 12:28 PM
Gimana SS yg graduan UIA yg kata ada degree Bahasa Arab tu boleh salah tafsir?

nak tambah skit..manusia..x kira la level education tahap tinggi mcm mana skali pun tetap manusia jgk..
manusia x bleh lari dari buat kesilapan...no body is perfect..

yg sempurna cume Allah SWT sahaja...


Quote Sang_Pencinta 18-2-2019 08:43 PM
palmolive replied at 18-2-2019 12:59 PM
alang2 flat naper tak panggil bumi kondo ke apartment ker...kurang2 ada kolam renang

Betul jugak no
Quote amyfiq 18-2-2019 10:23 PM
sohai ni la di katakan nak tunjuk pandai tapi tertunjuk bangang
Quote armin 18-2-2019 11:47 PM
manjalara_01: nak tambah skit..manusia..x kira la level education tahap tinggi mcm mana skali pun tetap manusia jgk..manusia x bleh lari dari buat kesilapan...no bo ...



Mcm takde kena mengena je. Tak menerima fakta maksudnya bodoh sombong bkn kesilapan. Fakta dah terang, quran dah cakap. Tak terima quran tu kesilapan? Tu jahil namanya.
Quote palmolive 19-2-2019 01:06 PM

ada pool maintenance fee tinggi sikit
Quote chinta89 19-2-2019 02:46 PM
ckp la ape pun, SS tetap dengan pemahaman kitab dia je.
Quote ninu 22-3-2019 02:45 PM
bukak utube pun boleh tgok bumi flat ke bulat..adoilahhhh

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.421582 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top