CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Yang Kalah - Zahid Hamidi

1-7-2018 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4582| Komen: 13

“Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, 
kemenangan UMNO dan ahli parti."


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sah menjadi Presiden UMNO baharu bagi penggal 2018-2021 dalam sesi pemilihan parti itu, semalam mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam pemilihan berkenaan.



Tiada yang kalah dalam proses pemilihan UMNO pada kali ini, katanya seperti dipetik daripada MediaUMNO.

“YB Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka, dan tetap diperlukan di dalam meniupkan semula roh baharu UMNO.


“Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan UMNO.

“Inilah kebebasan yang kita akan julang selama-lamanya. Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya.

“Ini bukan kemenangan individu, tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti,” ujarnya dalam satu kenyataan media.


Foto: IG Zahid Hamidi

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu melepasi majoriti mudah dengan mendapat 78 undi daripada 191 bahagian dari seluruh negara yang layak mengundi.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di bangunan Dato Onn di sini kira-kira pukul 12 malam tadi.

Sementara itu, Khairy dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing mendapat 53 dan 28 undi.

Manakala, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan menyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan 110 undi, menewaskan pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang mendapat 47 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, Tengku Adnan hanya mengesahkan dua daripada tiga Naib Presiden UMNO baharu iaitu Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid masing-masing dengan 146 dan 99 undi.

Manakala, satu lagi nama akan diumumkan esok melalui satu kenyataan.

Sementara itu, Khairy menerusi laman Facebooknya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka selain mengucapkan tahniah kepada semua yang terpilih. - CARI


Loading FB Post...
11

Bagus
14

Marah
5

Terkejut
17

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 1-7-2018 09:10 AM
Umno forever di level itu. Moga terkubur terus.
Quote Orix 1-7-2018 09:29 AM
Hahahha... igtkan dah kalah ada wake up call.. rupanya tido lagiiii org2 umno ni.... hmm selayaknyalah kalah
Quote cahaya_almas 1-7-2018 10:12 AM
Sama je org umno ni tknk buat perubahan..zahid bakal jd pm kalau umno kembali berkuasa...mmg tknklah org muda nak undi umno lgi..
Quote HoneyManjer 1-7-2018 10:33 AM
RIP umeno...perwakilan masih ditakuk lama
Quote taikor 1-7-2018 10:36 AM
Ingatkan ahli2 umno majoriti tak suka Zahid. Lebih suka Ku Li. Indon diangkat pulak. Kena sogok ka apa
Quote dess402 1-7-2018 10:56 AM
aku walaupun tak berkenan dgn umngok ni ..  tapi sejuhurnya aku rasa umno masih ada fungsinya .sebagai benteng kepada orang2 melayu ; terbaek adalah sebagai pendesak kepada pendekatan bakal di ambil kerajaan baru.
dengan 59 kerusi meskipun kalah dlm pru lalu.namun tidak dapat dinafikan umno masih sebagai pemegang kerusi terbanyak . dan biarpun di kala kita bercakap tentang malaysian malaysia ..  betapa perlu konsep sama rata ..  tetapi kita juga sedar dlm banyak hal yg menyentuh isu perlembagaan ..  misalnya isu agama isu ketuanan masih banyak yg perlu dipertahankan . kerana kita sedar dlm mengharungi pelbagai masalah yg begitu kompleks berkaitan kaum ..  isu glbalisasi dan juga tentang soal kapatalisme ..  semuanya bercakap bahasa mudah iaitu kekuatan modal . jadi disini kita memerlukan satu platform yg lebih
rasional didalam meralisasikan agenda2 utk memperkasakan melayu . mungkin ada idea2 umno yg berjaya dan juga mungkin idea2 yg tidak tepat kepada sasaran ..  tetapi pembaikan didalam umno adalah amat2 mustahak utk meneruskan idea2 anak bangsa .  
Quote airmineral 1-7-2018 12:07 PM
Org umno ni nak berapa kali terhantuk baru nak terngadah?
Quote Redskin 1-7-2018 12:20 PM
Edited by Redskin at 1-7-2018 12:21 PM

“Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua,

kemenangan UMNO dan ahli parti."


Memang sukar bagi dia sebab terima banyak kritikan dan
HASUTAN utk membenci dia.
Kerajaan PH - Pakar Hasutan..

Tahniah kpd ZH. Semoga berjaya membawa Umno kearah yg Lebih Baik.


"Bersih, Cekap dan Amanah" ..ini yg Penting.
Quote slyfynx 1-7-2018 01:12 PM
Offcially people can say to these clowns, Go **** yourselves.
Quote dani-rox 1-7-2018 06:07 PM



Quote bungarose 1-7-2018 06:19 PM
Redskin replied at 1-7-2018 12:20 PM
“Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua,

kemenangan UMNO dan ahli parti."

Rakyat xtermakan hasutan mana2 pun
Tgk berita dr zaman pru13 yg banned pembangkang....memburukkan pembangkang... sampai ler ker siaran langsung awani sesi soal jawab. Yg dulu mentadbir dah jd pembangkang... tp pentadbiran baru benarkan pembangkang baru gunakan media sosial dgn bebas...di siatan langsung tu pun rakyat bley nampk tahap pemikiran dan kepimpinan ketiga2 calon mana satu yg terbaik dan terburuk
Quote finesse 1-7-2018 06:21 PM
dani-rox replied at 1-7-2018 06:07 PM

Omg.. spot on sgt GIF ni..
Quote mzzenma 2-7-2018 08:34 AM
Apa beza timbalan presiden dengan naib presiden? Sorry soalan noob

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.074399 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top